Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

BARANGKALI BUKAN PUNCA DARI BOIKOT

Terbaca artikel tentang QSR tutup sementara 108 cawangan sebab terkesan dengan boikot. Sesuai la tindakan tu, sebab kalau jualan tak sampai ke tahap ekonomik untuk operasi nak buat apa tanggung rugi berpanjangan kan? Lagi baik tutup dulu. Tengok apa implikasinya nanti kepada kewangan syarikat. Kalau perlu tutup terus ke lepas ni, atau buka balik semua ke, ataupun separuh tutup separuh buka ke, atau buka separuh pintu macam kedai dobi ke, tak ada siapa pun yang boleh ramalkan betul tak? Artikel penuh Di TheStar.com.my Cuma rasanya ada satu yang kurang kena la dengan kandungan artikel tu. Tak patut kalau tindakan ni dikaitkan dengan kesan dari boikot. Jadi macam tuduhan tak berasas. Tapi benda ni belum dapat kepastian pun lagi. Rasanya pihak wartawan pun belum dapat pengesahan dari QSR, pihak pengurusan KFC Malaysia. Dalam artikel The Star tu ada ayat, " The report noted that Kelantan is the hardest hit with nearly 80% or up to 21 outlets suspended, followed by 15 outlets in Johor.

SUIS LOCENG PINTU ROSAK LAGI

Dah dua kali rosak suis loceng pintu rumah ni. Tekan-tekan, dah tak boleh bunyi locengnya. Budak-budak courier ni bukannya kasar sangat. Cuma diorang buat kerja angkat berat hari-hari. Bila nak buat kerja-kerja halus macam tekan loceng pintu, mungkin ada masalah nak menyesuaikan kekuatan tangan tu. Maklum la, baru lepas angkut barang-barang berat kan? Orang lain pun berpuluh atau beratus kali tekan suis yang sama tapi tak rosak. Hanya bila sekian-sekian individu je tekan baru boleh rosak. Jadi, tak timbul la isu suis mahal ke murah, atau berkualiti ke tidak. Suis loceng pintu tu tetap akan rosak sebab punca utama bukan dari suis tu sendiri. Tindakannya? Ubahsuai transmitter loceng pintu tu untuk guna suis buatan sendiri. Guna suis murah-murah pun tak apa sebab suis tu tetap akan rosak juga kan? Bezanya cepat atau lambat je. Cuma bila rosak tu la berapa lama tempoh masa nak ganti baru. Bukannya kita sentiasa ada masa nak keluar semata-mata beli satu suis loceng pintu je kan? Kena ada pl

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI DAN SALAM SYAWAL

Untuk yang tak sempat nak bagi alamat, dan yang kadnya tak sempat nak tiba sebelum raya, juga untuk semua yang terlihat posting ini, terimalah kad ucapan raya daripada kami. - BraderPET