Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri.


Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok!

Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System. Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud.



Hard power switch. Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display. Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display.

Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya memang suis fizikal yang menyambung dan memutuskan litar elektrik. Tekan sekali, keletak! Komputer pun hidup sebab dapat bekalan kuasa. Tekan lagi sekali, keletak! Komputer tu mati sebab bekalan kuasa elektrik diputuskan. Jauh sangat bezanya dengan sistem bekalan kuasa komputer moden yang gunakan suis yang setakat disentuh lembut dan bekalan kuasa tetap berjalan selagi tidak dimatikan oleh sistem pengoperasian komputer. Sistem pengoperasian perlu benar-benar tamatkan operasinya sebelum suis dimatikan. Kalau tak, nanti hard disk dalam tu mungkin akan corrupt. Cuma ia taklah sampai boleh meletup. Bunyi ayat pada screen tu yang dramatik sangat. Setakat rosak aje la.

Hasilnya? Dua jenis komputer yang berbeza cara mematikannya. Komputer dahulu, selepas kita keluar dari operating system, kita kena matikan bekalan kuasa supaya komputer tidak lagi gunakan tenaga elektrik. Komputer sekarang pula, operating system akan 'matikan' bekalan kuasa tanpa kita perlu tekan suisnya. Memang ada standby power yang sangat-sangat rendah sedang mengalir pada perkakas komputer, menunggu butang Power ditekan semula. Kalau tekan suis balik apa jadi? Iya, betul. Komputer akan hidup semula. Maksudnya, bekalan kuasa tak benar-benar mati bila kita keluar dari sistem kan? Dia mati olok-olok, jadi zomba tunggu nak kena seru je. Bila kita tekan suis tu, nanti zomba tu bangun semula. Begitulah penerangan ringkasnya.

Tapi perasan tak, ada lubang kunci, dan ada butang Turbo pada panel tu? Siap ada LED tunjuk nombor lagi tu. Apa bendanya semua ni? Yang lubang kunci tu biasa la. Memang gunanya untuk elakkan orang lain boleh guna komputer tu tanpa kebenaran. Kena pusingkan anak kunci baru keyboard komputer boleh berfungsi. Tapi itu zaman dahulu. Tidak berapa praktikal pun. Gunakan password atau kad akses jauh lebih mudah kan?

Yang butang Turbo tu kalau tekan jadi apa?



Jangan berani-berani la nak tekan.




Komputer tu akan terbang macam KITT dalam cerita Knight Rider.

Eh! Tak la. Huhuhu. Itu untuk tukarkan frekuensi pemproses komputer tu. Contohnya pada LED hijau tu asalnya 66MHz., bila ditekan suis turbo tu mungkin bertukar ke nilai 40MHz. Lebih kurang macam tu la penerangan sehabis ringkasnya.  

Huh?! Macam tipu je. Kenapa guna turbo untuk perlahankan? Bukan ke turbo untuk lajukan? (Sila rujuk sales dealer kereta Knight Rider berhampiran dengan rumah anda.) Menurunkan frekuensi pemprosesan kadangkala perlu untuk membolehkan sesuatu perisian berfungsi dengan betul. Kiranya compatibility adjustment la. Kalau kita main game lumba kereta yang diprogram untuk CPU clock 40MHz., pada komputer yang beroperasi pada frekuensi 66MHz, kita akan rasa macam tengok cerita Charlie Chaplin. Punya la ligat. Asyik nak eksiden je. Haaaa. Itu lagi baik Google sendiri la ye. Penerangannya agak teknikal dan kurang relevan dengan perkembangan teknologi terkini. Sebab itulah benda tu dah pupus sekarang ni.

Yang kekal dengan fungsi yang sama ialah butang Reset. Memang pailang juga la suis yang satu ni. Zaman dah beredar tapi tak ada sesiapa pun berani nak usik dia. Dulu, kini, selamanya memang macam tu je la. Tekan reset memang untuk reboot komputer bila dah hang. Takde la kegunaan lain dah. Huhuhu.

Cukup panjang dah rasanya bebelan kali ni. Memang seronok kalau mengimbau kembali kenangan silam ni. Sama dia punya syok macam dengar lagu Ukays. Layan je... Tak sedar masa berlalu. Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.



Comments

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk