"PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku. Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber
Alhamdulillah... yang dah lama kita tunggu akhirnya tercapai juga. Terima kasih DYMM Sultan Selangor atas perkenan ini. Amat besar perbezaannya dengan situasi sebelum ini. Masjid yang berkapasiti 3,000 orang jemaah takkanlah untuk diisi dengan 300~500 orang sahaja kan? Dah tu ada pula sistem jemputan lagi. Nanti yang walk-in berapa kerat sangat la yang boleh masuk masjid kan?
Walaupun anggarannya dalam 35% dari kapasiti asal masjid, sekurang-kurangnya ini jauh lebih ramai dari yang sebelumnya (seandainya yang membuat kiraan itu benar-benar jujur dan amanah, insyaAllah). Jadi, ayuhlah semua yang berkenaan. Semoga kita gunakan sepenuh-penuhnya kapasiti sementara ini sebaik mungkin.
Jangan biarkan masjid menjadi satu tempat yang asing dalam kehidupan kita. 'Terlupa rupa pintu masuk masjid' mungkin bunyinya agak kelakar, tapi ia bukan sesuatu yang mustahil. Perlahan-lahan ia akan mula melekat di dalam minda kita bahawa ia sesuatu yang normal... baharu.
Siapa tahu?
Siapa tahu?
Comments
Post a Comment