"PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku. Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber
Bahan-bahan (Ingredients) :
120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block)
170gm gula perang lembut / light brown sugar
60gm gula pasir halus / fine grain sugar
15gm susu tepung / powdered milk
1tbs esen vanila / vanilla essence
1 biji telur (saiz besar) / egg (large)
300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour
1½tbs soda bikarbonat / baking soda
60gm cip coklat / chocolate chips
170gm gula perang lembut / light brown sugar
60gm gula pasir halus / fine grain sugar
15gm susu tepung / powdered milk
1tbs esen vanila / vanilla essence
1 biji telur (saiz besar) / egg (large)
300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour
1½tbs soda bikarbonat / baking soda
60gm cip coklat / chocolate chips
Langkah-langkah :
1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik.
2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata.
3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim.
4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata.
5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung ke dalam adunan, sedikit demi sedikit. Berhentikan pengadun sebentar untuk mengaup adunan di bahagian bawah dan tepi. Kacau dengan senduk supaya rata. Tambah lagi campuran tepung sehingga habis.
6.) Panaskan oven ke suhu 150~160°C selama 10 minit.
7.) Masukkan cip coklat ke dalam adunan dan gaul sehingga nampak sama rata.
8.) Bentukkan doh bulat-bulat sebesar ibu jari dan susun di atas loyang pembakar dengan jarak kira-kira 1 setengah inci. Sekiranya menggunakan loyang yang mudah lekat, alaskan dengan kertas parchment.
9.) Bakar di dalam oven kira-kira 10~15 minit pada suhu 150~160°C mengikut kesesuaian oven.
10.) Sementara menunggu biskut di dalam oven masak, sejukkan baki doh di dalam peti sejuk bahagian segar. PENTING untuk mengekalkan konsistensi doh dari mula hingga habis.
11.) Keluarkan biskut dari oven, tunggu seminit dan alihkan di atas dulang beralas kertas tisu atau di atas jaring untuk disejukkan.
12.) Ulang dari proses ke-8 hingga habis semua doh.
13.) Biarkan semua biskut betul-betul sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Comments
Post a Comment