Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan?



Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas.

Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.


Seumur hidup makan ayam goreng KFC, hari ni la pertama kali dapat merasa ayam Hot & Spicy yang garing macam biasa, tapi rasanya sebijik sama macam yang Original Recipe. Ah, sudah! Lain macam ni weh! Apa ke bendanya ni? Hahahaha. 

Bunyi macam mustahil, tapi betul-betul terjadi. Macam ni rupanya.


Aaaa. Tengok tepung salutannya, sama macam HS kan? Memang garing, rangup macam biasa. Tapi tengok isinya pulak. Putih melepak. Tak ada kesan merah-merah serbuk cili langsung. Cuma, jangan la risau sebab benda tu tetap la ayam goreng namanya. Rupanya aje yang pelik sikit. Err... tak. Bukan rupanya je. Rasa isinya pun memang sebijik sama macam OR. Teng-teng-teng!

Untuk perbandingan, korang boleh bezakan antara ayam goreng OR yang biasa di sebelah kiri, dan ayam goreng aneh ni sebelah kanan. Memang sahih korang yakin yang sebelah kanan tu HS yang biasa korang makan kan? Salah tu. Rupanya mungkin sama, tapi rasanya jauuuuuuuh berbeza.


Jangan salah faham ye. Ni bukan nak komplen atau buat kecoh. Jauh lagi la nak buat claim kat KFC. Kita tak bawak sembang ala-ala Langkawi dan Port Dickson kat sini. Sekadar nak berkongsi pengalaman sebab benda ni tak pernah terjadi sebelum ni. Ayam goreng tu pun dah habis dimakan. Kita cool aje. Bukan rezeki la nak makan ayam goreng Hot & Spicy malam ni. Tetap juga dapat ayam goreng kacukan HS+OR. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi, kita bersyukur.


Cuma, itulah... KFC sebagai sebuah entiti perniagaan fast food yang terkenal dengan ayam gorengnya, anda tak boleh silap tentang ayam goreng. Sebab pelanggan anda tak expect anda akan buat silap di bahagian ini. Apa lagi tumpuan dan tarikan Kentucky Fried Chicken kalau bukan pada ayam gorengnya kan? Kami sebagai pemakan ayam goreng tegar, pastilah kami ada expectation tertentu terhadap ayam goreng KFC. Anda boleh buat serba-sedikit silap di sana-sini, tapi anda tak boleh silap tentang ayam goreng.

Semoga KFC dapat menyemak dan memperbaiki sistem operasinya dari masa ke semasa. Kami tetap setia, insyaAllah.

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me