"PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku. Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber
Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini.
Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".
Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -
https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8
Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilmu dan kemahiran ikhtiar hidup yang ada. Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.
Comments
Post a Comment