Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


+60 11-1566 0387 : Milik Halal JAKIM Atau ... ???

Pada 23 Disember 2021 yang lalu, ada buat satu aduan berkaitan penyalahgunaan logo Halal JAKIM di sebuah pasaraya sekitar Kota Damansara. Tunggu punya tunggu, seminggu berlalu tapi tak ada maklumbalas. Check balik nombor WhatsApp, nampaknya betul dah tu. Barangkali orang yang mengendalikan nombor telefon tu kena kuarantin agaknya. Maklumlah, sekarang ni varian Omicron sedang aktif merebak kan?

Tak apalah. Kita berbaik sangka. Mungkin ada masalah-masalah tertentu yang jadi asbab kelewatan maklumbalas tu. Takkanlah pihak Halal JAKIM tak ambil kisah urusan halal haram kan? Kita percaya dengan yakin, pihak JAKIM memang berkredibiliti dalam urusan-urusan macam ni. Hantar semula saja la aduan yang sama melalui Facebook. Mungkin ada titik sinar di hujung terowong kan? Takkanlah kelam, gelap gelita sampai ke hujung kan?

Tapi... bila dicari nombor telefon +60 11-1566 0387 di Google, hasil cariannya agak menarik. Boleh jumpa macam-macam. Haaaa. Macam-macam adaaaaa...!!!



Betul kan nombornya? 011-15660387 . Rasanya betul dah tu.

Macam ni la rupa hasil carian di Google pada tarikh hari ni, 28 Disember 2021 :


Aneh kan? Kita pun mula la datang minat nak korek lagi. Follow berapa link dan buat carian lagi di FB. Mungkin akan jumpa perkara-perkara yang lebih menarik.



Yang ni ceritanya cari orang.



Yang ni jual tanah.


Semak balik untuk kepastian. Rasa macam tersalah alamat pun ada. Eh-eh?! Betul la nombornya. Haish!



Haaa. Yang ni cari orang juga tapi tak boleh orang yang makan gaji. HARAM hukumnya. Kata dia la. Ada sentuh halal haram ni, rasa betul dah kot ni Halal JAKIM punya nombor ni.


Lepas tu scroll punya scroll kat FB, jumpa benda ni :


Ahahahahaha. Lagilah menarik! Kah kah kah!

Walau siapa pun anda yang mengendalikan nombor +60 11-1566 0387 ini, anda memang seorang yang mempunyai pelbagai kebolehan dan memang seorang businessman yang berpengetahuan luas, seluas-luas lautan. Diandaikan begitulah ye. Syabas anak muda!

Berbalik kepada persoalan asal, "Nombor +60 11-1566 0387 ni milik Halal JAKIM atau ...???"









Comments

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Ramadan Kembali Lagi?

Alhamdulillah, Ramadan bakal menjelang tiba lagi! Eh, Ramadan ke Ramadhan ? Ramai yang keliru dengan ejaan Rumi untuk perkataan    رمضان ni rupanya ye. Termasuk la tukang-tukang taip di media arus perdana. Atau, bukan mereka terkeliru, tetapi sekadar mematuhi apa yang termaktub di 'kamus utama' negara? Tidak dapat la teman nak pastikan. Kalau ada sesiapa berkesempatan merujuk kamus yang tebal itu, apa salahnya dicarikan dan dikongsikan bersama ya? Eh-eh! Nanti dulu... baru teman teringat. Dalam media arus perdana juga, sebenarnya ejaan tersebut bercampur-aduk. Ada yang menggunakan 'Ramadan', dan ada juga yang mengejanya 'Ramadhan'. Ada kekeliruan yang jelas di situ? Ah sudah. Keliru, tapi jelas pula ye. Macam-macam la dia ni. Walaubagaimanapun, tidaklah entri ini bertujuan hendak mengajar bacaan Jawi apatah lagi hendak memberi panduan sebutan-sebutan perkataan bahasa Arab. Cuma, kita nak mengimbas kembali sewaktu kita kecil-kecil dahulu, diajar membaca Jawi (b