Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


BANJIR : Kerajaan Tubuhkan Task Force

  Baguslah...

+60 11-1566 0387 : Milik Halal JAKIM Atau ... ???

Pada 23 Disember 2021 yang lalu, ada buat satu aduan berkaitan penyalahgunaan logo Halal JAKIM di sebuah pasaraya sekitar Kota Damansara. Tunggu punya tunggu, seminggu berlalu tapi tak ada maklumbalas. Check balik nombor WhatsApp, nampaknya betul dah tu. Barangkali orang yang mengendalikan nombor telefon tu kena kuarantin agaknya. Maklumlah, sekarang ni varian Omicron sedang aktif merebak kan? Tak apalah. Kita berbaik sangka. Mungkin ada masalah-masalah tertentu yang jadi asbab kelewatan maklumbalas tu. Takkanlah pihak Halal JAKIM tak ambil kisah urusan halal haram kan? Kita percaya dengan yakin, pihak JAKIM memang berkredibiliti dalam urusan-urusan macam ni. Hantar semula saja la aduan yang sama melalui Facebook. Mungkin ada titik sinar di hujung terowong kan? Takkanlah kelam, gelap gelita sampai ke hujung kan? Tapi... bila dicari nombor telefon +60 11-1566 0387 di Google, hasil cariannya agak menarik. Boleh jumpa macam-macam. Haaaa. Macam-macam adaaaaa...!!! Betul kan nombornya? 01

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

KERA : Orang Kata Aku Kera Sumbang

Apa? Kera sumbang? Betul dah tu. Aku tak boleh nafikan. Sebabnya aku jadi segan bila di sekeliling aku penuh dengan insan-insan hebat. Boleh buat programming , pandai design barang, buat wiring kat celah gigi je. Nombor microchip ? Tu dalam kepala je la. Semua hafal, siap dengan datasheet semua sekali la. Aku ni, apa sangat kebolehan aku ada? Bina mesin sendiri reti la. Tak akan sama taraf dengan orang hebat-hebat macam tu. Itik takkan layak nak terbang sekawan dengan enggang kan? Sebab itulah bila kawanan-kawanan enggang mengumpat dan menghina aku, aku tak akan kata apa-apa sebab aku sedar aku tak sama taraf dengan diorang. Biarkan aje la. Lagipun aku sibuk buat kerja aku. Mana ada masa nak fikir benda-benda macam tu. Yang tak sibuk tu silakan la, teruskan dengan daya usaha gigih anda.

MAKAN : Ada Halal, Haram, Makruh, Harus, ... Ada Muslim Friendly?

    Istilahnya ' Muslim friendly' . Bahan-bahannya HALAL. (perhatikan ejaan halal dalam ALL CAPS ) Aku juga ada kawan-kawan Cina, India, Iban, dan kami berkawan baik. Saling hormat-menghormati bangsa dan agama masing-masing. Kami tidak melanggar batas-batas kaum dan agama. Tapi dalam situasi macam ni, sebenarnya satu taktik halus dalam mengelabukan pandangan orang awam terutamanya yang Muslim. Dari kecil kita belajar agama. Ada halal, ada haram, ada makruh, ada harus, semuanya istilah yang khusus. Masa kat sekolah dulu pernah dengar ustaz dengan ustazah sebut, "Yang ni hukumnya Muslim friendly ." Ada ke? Fikir-fikir dan renung-renungkanlah. Mungkin akan teringat kembali ajaran-ajaran agama guru-guru kita dahulu. InsyaAllah.