Skip to main content

MAKAN : Ada Halal, Haram, Makruh, Harus, ... Ada Muslim Friendly?

    Istilahnya ' Muslim friendly' . Bahan-bahannya HALAL. (perhatikan ejaan halal dalam ALL CAPS ) Aku juga ada kawan-kawan Cina, India, Iban, dan kami berkawan baik. Saling hormat-menghormati bangsa dan agama masing-masing. Kami tidak melanggar batas-batas kaum dan agama. Tapi dalam situasi macam ni, sebenarnya satu taktik halus dalam mengelabukan pandangan orang awam terutamanya yang Muslim. Dari kecil kita belajar agama. Ada halal, ada haram, ada makruh, ada harus, semuanya istilah yang khusus. Masa kat sekolah dulu pernah dengar ustaz dengan ustazah sebut, "Yang ni hukumnya Muslim friendly ." Ada ke? Fikir-fikir dan renung-renungkanlah. Mungkin akan teringat kembali ajaran-ajaran agama guru-guru kita dahulu. InsyaAllah.

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif


Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan 'Serve Customers'. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India.


Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.

 

Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik untuk menukar wajahnya menjadi seorang lelaki Cina. Muhammad Hanif benar-benar seorang yang 'masyarakat majmuk' kerana beliau seorang sahaja pun boleh menjadi ketiga-tiga kaum terbesar rakyat Malaysia. Cukup ada Melayu, Cina dan India. Complete set. Pakej lengkap. Full accessories. Flagship product.

Bertabahlah bro. Dunia ini kejam. Kadangkala kita tidak tahu siapa diri kita dan apa watak yang patut kita bawa. Lain kali cuba call lagi dengan suara pelat lelaki Jerman dan profile picture letakkan gambar Muhammad Sajad pula. Mungkin kali itu ia berjaya. Siapa tahu kan?

- - -

Maklumat lanjut, sila baca di sini: https://www.bigpayme.com/post/the-ultimate-guide-to-how-scams-happen-and-how-to-keep-your-bigpay-money-safe

Comments

Popular Kini

Pengalaman Pertama Bersama MyE.G*

Setiap perkara pasti ada pertamanya kan? Lazimnya macam la... Untuk entri kali ni, teman nak ceritakan pengalaman teman buat kali pertama mengambil pelekat cukai jalan di pejabat telur saya MyE.GG (bukan nama sebenar). Jangan berprasangka buruk dengan teman ye. Ini sekadar sesi berkongsi pengalaman; tidak lebih dan tidak kurang dari tu la ye. Hari ni, 14 Februari 2013, jam lebih kurang 11:25 pagi, teman berkunjung ke bangunan yang terletak di Bandar Utama, tempat di mana yang telah teman pilih untuk ambil sendiri pelekat cukai jalan kereta teman yang dah diperbaharui secara online . Di lobi bangunan, teman disambut mesra dek seorang pengawal keselamatan dan beliau merekodkan butir-butir peribadi sebelum menunjukkan arah ke lif bangunan. Pejabat MyE.GG letaknya di tingkat lapan bangunan tu. Dengan layanan mesra yang teman terima dari pengawal keselamatan tadi tu, kiranya teman dah siap-siap buat andaian khidmat yang bakal teman terima nanti memang mencapai tahap yang teman harapkan. (u

Logo BRPiEC

Kira buleh le ni ye? Sekian je la, untuk jamu mata. Hehehe. Wassalam.

LGBTQ+ : Bukan Calang-Calang Yang Terlibat

Mungkin ada yang perasan dalam tempoh sebulan kebelakangan ni banyak jenama besar yang gunakan warna-warna pelangi sebagai latarbelakang logo mereka. Ada yang rasa pelik, dan ada yang lebih kurang tahu apa ceritanya.  Untuk yang tak berapa tahu, warna-warna pelangi tu mewakili bendera LGBTQ+ (dulu LGBT sahaja, dan kemudian beranak-pinak lagi). Singkatan huruf-huruf tu membawa maksud Lesbian , Gay , Bisexual , Transgender dan Queer . Benda ni tak susah nak faham. Kiranya depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, jantan, betina, pondan, semua boleh. Sapu sama rata aje. Kot sempat batang penyapu boleh jalan... kalau jumpa lubang botol pun jalan. Lebih kurang begitulah kalau nak dikiaskan. Asal boleh, kira jadi. NASA pun promosi LGBTQ Janganlah terkejut kalau dikatakan aktiviti luar tabii ni sedang dinormalisasikan. Bukan baru hari ni. Dah lama dah... Dah lama dah... 'Perjuangan' songsang ni dah berlangsung seawal 50'an, 60'an dan 70'an, hanya caranya berbeza mengikut