Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19.


Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer. Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba tradisional, dan bukan semua yang hebat-hebat itu. Aku adalah aku dan sekadar seorang aku.

Pada tarikh 8 Ogos 2021, badan aku mula rasa kurang selesa macam memberi isyarat aku perlu berehat. Berehat yang bukan alang-alang. Macam aku dipaksa untuk mencukupkan rehat. Dulu aku pernah merasa macam ni, perasaan yang 100% sama macam ni, iaitu semasa aku terkena denggi. Di peringkat paling awal, segala bentuk aktiviti harian yang memang selalunya aku buat laju-laju, tiba-tiba menjadi perlahan. Terasa macam ada yang tak kena dengan sistem badan aku. Malamnya aku mula dapat demam. Mild, low-grade fever yang kalau bukan sebab dek musim wabak pasti tak akan ada sesiapa pun akan concern tak memasal.

Dah memang jadi habit aku kalau aku rasa macam nak demam aku akan telan paracetamol dengan air suam, lepas tu paksa badan buat aktiviti-aktiviti ringkas sampai berpeluh. Aku cuba buat benda yang sama. Telan paracetamol dan sebab dek hari dah malam aku tak ada banyak pilihan selain mengikut rentak badan untuk berehat. Suhu badan aku tak berapa cantik, paling rendah 36.4°C selepas mandi atau basahkan kepala, dan boleh naik ke 37.5°C sedangkan aku tak berpeluh walaupun dah telan PCM 650 dengan air suam. Dalam kepala dah bermain-main, "Adakah ini yang dinamakan Covid-19?"

(Sumber imej : Shopee)

Malam itu bermulanya episod aku semi-isolate diri aku dari ahli keluarga yang lain. Aku katakan semi sebab rumah aku belum cukup disediakan untuk proses isolasi sepenuhnya. Anak aku yang umur tiga tahun yang biasanya sticky dengan aku pun aku suruh dia main jauh-jauh dari aku. Biasanya dia akan panggil dan tarik-tarik aku untuk minta tukarkan video Baby Shark, My Little Pony, Cocomelon dan ada la dua tiga lagi yang aku tak ingat namanya. Sesekali aku terpaksa keraskan suara supaya dia tak berapa selesa nak cari aku tiap kali nak tukar cerita di tv dia.

Esok paginya aku bangun dengan satu perasaan yang tak berapa biasa. Jarang aku demam yang memang akan memaksa badan aku baring dan berehat. "Oh-oh! Nampak dah hampir-hampir pasti, inilah dia penyakit yang aku tak pernah rasa sebelum ni." Badan aku macam learning something new. Macam kena menyesuaikan diri dengan satu situasi yang tak pernah dihadap sebelum ni. Aku sambung sahaja ambil paracetamol ikut jadual kekerapan pada label. Sambil tu aku berkira-kira sepanjang 14~21 hari sebelum tu aku ada keluar ke mana-mana, dan apa insiden-insiden 'menarik' yang aku encounter sepanjang tempoh tu. 

Aku hanya dapat ingat dua tarikh melalui transaksi bank iaitu aku temankan anak aku buat medical check-up untuk masuk kolej, dan satu lagi aku keluar ke hypermarket untuk beli barang keperluan harian. Di klinik aku terpaksa berdiri di sebelah seorang perempuan yang batuk tak berhenti-henti, manakala di pasaraya aku berselisih dengan seorang manusia aneh yang menyentuh hampir semua barang yang sempat dicapainya di atas rak, walaupun tak membeli apa-apa. Hanya dua insiden unit itu yang aku boleh ingat.

(Sumber imej : Wallhere)

Menjelang lewat petang tu badan aku dah mula terasa ringan balik, tapi tetap tidak membenarkan aku buat aktiviti-aktivi biasa. Perasaan yang sangat-sangat mengelirukan, antara kita malas atau sebenarnya badan kita tak berapa mampu nak buat sesuatu yang agak fizikal. Aku confused! Tak tau apa patut aku buat. Rasa macam dalam dilema.

Esoknya pula terjawablah misteri bila anak sulong aku pula mula terasa dedar dan sakit tekak sikit. Ini lebih menguatkan rasa saspek. Aku terus order unit ujian kendiri (self-test RTK) untuk mengesahkan situasi. Ujiannya tak lama. Dalam 15 minit dah dapat keputusan. Seperti yang dijangkakan, kedua-dua aku dan anak sulong aku positif Covid-19. Yang berbeza kejelasan garisan pada penanda T. Aku punya garisan memang solid, tanpa sebarang rasa was-was. Yang anak aku punya hanya kabur-kabur macam baru bermula dapat jangkitan. Asal ada sahaja garisan pada T, itu membawa maksud sudah positif tak kira berapa kabur pun garisan tu. Positif tetap positif. Serta-merta aku kemaskini dalam aplikasi MySejahtera supaya aku tak terleka, dan berkemungkinan keluar ke farmasi untuk dapatkan bekalan ubat. Aku tak boleh buat silap macam tu. Waktu ini seluruh keluarga sedang bersedia untuk menjalankan isolasi penuh. Perancangan menjadi semakin rapi, menetapkan bilik-bilik dan ruang mana yang strategik untuk sesuatu kegunaan.

Sebagai langkah proaktif, ketiga-tiga ahli keluarga aku yang lain buat ujian RTK Antigen juga, tapi di klinik swasta yang diiktiraf. Kaedah ujiannya lain sikit sebab guna swab. Yang kami buat di rumah hanya guna air liur. Hasil dari ujian tu? Wife aku juga positif sebab menjaga aku yang demam pada malam pertama simptom, tetapi untuk anak kedua dan ketiga aku negatif. Alhamdulillah, syukur.

(Sumber imej : The Conversation)

Pada tarikh 10 Ogos 2021, dengan rasminya keluarga kami memulakan proses self-quarantine. Ini sesuatu yang amat baru bagi kami sebab sekian lama kalau ada ahli keluarga yang tidak sihat, kami akan saling menjaga. Sesiapa yang sihat akan lebih buat kerja untuk menjaga yang tidak sihat. Tapi, penyakit yang satu ni dia lain macam. Makin kena diasingkan. Sesungguhnya ini memang satu pengalaman baru.

Waktu itu, di dalam rumah kami sudah ada dua kumpulan dengan kategori berbeza. Tiga orang yang positif, semuanya berumur dewasa, manakala dua orang yang tested negatif tetapi kedua-duanya umur remaja dan kanak-kanak. Berlaku kecelaruan sikit bila memikirkan macamana anak aku yang umur 14 tahun nak jaga dirinya sendiri dan adiknya yang baru tiga tahun lebih. Terasa macam terlalu mencabar untuk dia. Aku sebagai decision maker waktu tu memang terasa struggle untuk susun strategi macamana nak memastikan isolasi keluarga aku betul-betul berkesan. Aku terpaksa biarkan malam hari itu berlalu dengan anak kedua aku menjaga adiknya, hanya berdua dalam bilik. Selagi tak ada sebarang keputusan yang lebih baik, maka cabaran ini dia kena tempuh. Aku amat berharap esok paginya satu solusi yang agak berbeza dapat dicapai, insyaAllah.



[ Bersambung di Bahagian 2 ]

Comments

Popular Kini

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu