Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

YB : Rakyat Malaysia Lebih Bijak Dari Kami

Sejak awal tahun 2020 kita sebagai rakyat Malaysia telah diperkenalkan dengan satu kaedah 'baru' dalam pembelajaran dan bekerja. Dengan kewujudan teknologi komputer, telekomunikasi dan sambungan Internet berkelajuan tinggi, kita sudah mula membiasakan diri belajar dan bekerja dalam talian. Ini amatlah bertepatan dengan tindakan responsif kita kepada penularan wabak Covid-19 sejak ia memasuki negara ini pada Disember 2019 yang lalu.

Belajar secara online (Sumber imej: Wikipedia)

Salah satu keperluan kita untuk bekerja ialah menghadiri mesyuarat. Ada organisasi yang bermesyuarat secara mingguan, bulanan dan ada juga yang melaksanakan taklimat pagi dalam format mesyuarat. Ia satu proses perkongsian maklumat, menerima maklumbalas dan cadangan daripada ahli-ahli lain, juga sebagai pengesahan dan mengumpul persetujuan bersama dalam sesuatu keputusan yang dibuat.

Bermesyuarat secara online (Sumber imej: Wikipedia)

Dengan lain erti kata, mesyuarat itu sesuatu yang sama penting dengan aktiviti-aktiviti lain dalam kerja harian kita. Tanpa mesyuarat, sesuatu cadangan, saranan dan pelan tindakan seakan-akan tidak berapa telus dan tiada faktor pengimbang. Boleh kita katakan macam syok sendiri? Pun masuk akal juga kan?

Mujurlah rakyat Malaysia ni merupakan sebuah keluarga besar yang mudah menerima perubahan. Ada juga yang berdepan dengan pelbagai masalah apabila banyak aktiviti harian dijalankan secara online. Ini berkaitan dengan jurang ekonomi dan juga jurang perbezaan teknologi. Benar, kita menuju ke arah IR4.0 tetapi takkanlah kita nak jayakannya dengan infrastuktur yang setara dengan servis TMnet 1515 kan? Tak atau apa benda tu? "Eek ook eek ook... seerrrrr.... eeee... toing toing!" Begitulah lebih kurang bunyinya bila kita lakukan dial-up ke perkhidmatan TMnet ketika itu.

Walaubagaimanapun, tidak semua yang tercicir itu berpunca dari masalah ekonomi dan infrastruktur sistem komunikasi. Ada juga pihak yang mempunyai segala-gala keperluan ini tetapi tetap gagal dalam melaksanakan kerja-kerja dalam talian seperti yang disarankan. Siapa agaknya?

Iya, benar. Merekalah YB-YB yang berjumlah beratus-ratus orang yang dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia untuk berkhidmat kepada rakyat. Tidak kiralah dari parti politik mana datangnya mereka, kita dapat lihat tabiat yang sama sahaja. Kita tidak berminat dengan politik kepartian, tetapi apa yang jelas mereka gagal untuk bersepakat ke atas sesuatu resolusi. Pihak satu ni buat sesuatu, pihak lain akan mengutuk dan mengecam. Pihak satu lagi sarankan sesuatu, kena troll pula dengan pihak seterunya yang lagi satu. Untuk apa semua drama ini? Apa faedahnya kepada rakyat Malaysia?

"Apa? Mana boleh macam tu. Kita kan dalam tempoh darurat sepanjang proses pemulihan negara kita ini. Baru-baru ni sahaja kita meletakkan satu tarikh sasaran bila kita akan memulakan sidang parlimen semula."

Ehem! Kalau begitu, kenapa rakyat masih perlu buat kerja sepanjang tempoh darurat? Kenapa masih perlu pergi bekerja di kilang-kilang 'essential' seperti yang diluluskan operasinya oleh pihak MITI? Kenapa kita tetap belajar secara online sepanjang setahun setengah ini? Kenapa ada rakyat Malaysia yang berusaha sendiri dan meletakkan modal untuk mewujudkan pejabat di rumah semata-mata nak membolehkan kita WTF? Eh, silap. WFH - Work From Home, istilahnya. Untuk apa semua ini? Benar, kerana ia merupakan satu keperluan untuk meneruskan kehidupan harian kita. Kita perlu belajar. Kita perlu bekerja. Kita perlu berniaga. Cuma caranya yang berubah. Seperti yang diperkatakan oleh pihak pentadbir negara sejak tahun lepas -NORMA BAHARU. (Err... Not Normah okay. Itu nama makcik aku.)

Jadi, apa masalah YB-YB kita ni? Kalaupun sidang parlimen secara pertemuan bersemuka tak boleh dibuat sepanjang tempoh ini, tidak bolehkah mereka bermusyawarah secara online untuk membuat keputusan bersama? Apa yang menghalang mereka? Anak guna telefon untuk main game? Tak dapat beli topup sebab kedai Acheh tutup? Atau rumah mereka tiada liputan Internet? Nak kena panjat pokok baru dapat signal?

Bermesyuarat secara offline sahaja di Parlimen (Sumber imej: Wikipedia)

Hmmm. Adakah terlalu zalim kalau kita katakan bahawa kita telah memilih ratusan ekor ketam untuk mentadbir negara ini, mewakili suara-suara kita, dan berkhidmat untuk negara. Pesanan ikhlas kepada para YB, jika perlukan bantuan silalah kibarkan bendera putih di depan rumah. InsyaAllah, adalah komponen masyarakat Malaysia yang akan tampil membantu. Kerana apa? Sebabnya mudah. Kami sudahpun membiasakan diri dengan norma baharu ini.

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu