Skip to main content

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas 'TOTAL LOCKDOWN' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak. Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba!

- - -


Resepi Waffle Lembut

Bahan Resepi Waffle Sedap :

3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
3/4 cawan minyak masak/butter cair
2 biji telur & esen vanilla
2 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula castor
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran.
Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap
Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepung yang difikirkan sesuai.

Cara Buat Resepi Waffle Lembut :

#1: Pastikan telur sudah dibasuh bersih dan kemudian pecahkan dalam bekas pengisar makanan. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan pukul menggunakan hand mixer. Pakai blender pun boleh.
Pukul cukup sekadar sebati dan kembang sedikit. Lepas itu rehatkan adunan selama 10-15 minit. Kalau anda nak buat bekal waffle untuk anak ke sekolah, boleh buat pada waktu malam dan masukkan adunan ke dalam peti.

#2: Cara untuk masak waffle ialah, sapukan butter pada acuan yang telah panas guna berus atau tisu.Masukkan adunan sekitar satu senduk dan tutup alat pembakar waffle.
Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap
Bila masak, boleh lah dibuka dan disapu dengan nuttela,jem strawberi, peanut atau apa-apa kesukaan anda sebelum dilipat cantik

Dah siap dah resepi waffle mudah. Selamat mencuba.

- - -

Artikel asal dari laman FB Daily Masak

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Permudahkan Anak-Anak Tempuhi PDPR

Anak-anak sedang diduga dengan PDPR kan? Sebab belajar jarak jauh ni bukannya benda senang. Sesuatu yang baru untuk masyarakat kita. Macamana menduga sekalipun kita kena tempuh kan? Bukannya kita minta pun wabak ni. Seluruh dunia memang kena hadap kan? Antara isu paling sensitif bila anak-anak kena gunakan platform sidang video online . Kalau buat di ruang tamu, nanti ahli-ahli keluarga susah nak lalu-lalang sebab risau terdedah auratnya. Itu belum ambil kira bunyi hiruk-pikuk kaki motor dari luar rumah, suara kartun dari siaran tv, adik-adik menjerit minta dibancuhkan susu dan lain-lain. Apa yang kita boleh usahakan untuk permudahkan urusan anak-anak nak belajar ni? Kita kena wujudkan ruang belajar mereka sendiri di dalam bilik. Biar mereka rasa terasing sikit dari bunyi-bunyi luar dan visual persekitaran yang terdedah dalam lingkungan tangkapan kamera pun dapat dikurangkan. Mudah nak diurus berbanding dengan seluruh keluasan ruang tamu. Less is more, right? Sedikit perkongsian gambar

YB : Rakyat Malaysia Lebih Bijak Dari Kami

Sejak awal tahun 2020 kita sebagai rakyat Malaysia telah diperkenalkan dengan satu kaedah 'baru' dalam pembelajaran dan bekerja. Dengan kewujudan teknologi komputer, telekomunikasi dan sambungan Internet berkelajuan tinggi, kita sudah mula membiasakan diri belajar dan bekerja dalam talian. Ini amatlah bertepatan dengan tindakan responsif kita kepada penularan wabak Covid-19 sejak ia memasuki negara ini pada Disember 2019 yang lalu. Belajar secara online (Sumber imej: Wikipedia) Salah satu keperluan kita untuk bekerja ialah menghadiri mesyuarat. Ada organisasi yang bermesyuarat secara mingguan, bulanan dan ada juga yang melaksanakan taklimat pagi dalam format mesyuarat. Ia satu proses perkongsian maklumat, menerima maklumbalas dan cadangan daripada ahli-ahli lain, juga sebagai pengesahan dan mengumpul persetujuan bersama dalam sesuatu keputusan yang dibuat. Bermesyuarat secara online (Sumber imej: Wikipedia) Dengan lain erti kata, mesyuarat itu sesuatu yang sama penting dengan