Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

YB : Rakyat Malaysia Lebih Bijak Dari Kami

Sejak awal tahun 2020 kita sebagai rakyat Malaysia telah diperkenalkan dengan satu kaedah 'baru' dalam pembelajaran dan bekerja. Dengan kewujudan teknologi komputer, telekomunikasi dan sambungan Internet berkelajuan tinggi, kita sudah mula membiasakan diri belajar dan bekerja dalam talian. Ini amatlah bertepatan dengan tindakan responsif kita kepada penularan wabak Covid-19 sejak ia memasuki negara ini pada Disember 2019 yang lalu. Belajar secara online (Sumber imej: Wikipedia) Salah satu keperluan kita untuk bekerja ialah menghadiri mesyuarat. Ada organisasi yang bermesyuarat secara mingguan, bulanan dan ada juga yang melaksanakan taklimat pagi dalam format mesyuarat. Ia satu proses perkongsian maklumat, menerima maklumbalas dan cadangan daripada ahli-ahli lain, juga sebagai pengesahan dan mengumpul persetujuan bersama dalam sesuatu keputusan yang dibuat. Bermesyuarat secara online (Sumber imej: Wikipedia) Dengan lain erti kata, mesyuarat itu sesuatu yang sama penting dengan

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu

COVID-19 : "MITI, Please Leave The Service"

Seperti apa yang disebut pada tajuk artikel ini, begitulah maksud yang nak disampaikan. Silakan dengar bebelan Dr. Zaqrul melalui video FB live yang dikongsikan pada jam 4 petang, 1 Julai 2021. Antara lain yang disentuh ialah MCO 3.0 gagal, M.I.T.I out , Azmin out , tukar pentadbiran dan gantikan dengan orang yang benar-benar ingin menjaga kesihatan rakyat dan buka parlimen pun tak guna sebab semuanya mangkuk hayun. Letaklah orang yang betul-betul ahli dalam bidangnya. Nampaknya ini memberi isyarat lebih jelas kepada rakyat untuk bangkit dan menjadi lebih vokal dalam memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya. Tinggal lagi, kita mahu melakukannya dengan cara betul atau tidak.

LGBTQ+ : Bukan Calang-Calang Yang Terlibat

Mungkin ada yang perasan dalam tempoh sebulan kebelakangan ni banyak jenama besar yang gunakan warna-warna pelangi sebagai latarbelakang logo mereka. Ada yang rasa pelik, dan ada yang lebih kurang tahu apa ceritanya.  Untuk yang tak berapa tahu, warna-warna pelangi tu mewakili bendera LGBTQ+ (dulu LGBT sahaja, dan kemudian beranak-pinak lagi). Singkatan huruf-huruf tu membawa maksud Lesbian , Gay , Bisexual , Transgender dan Queer . Benda ni tak susah nak faham. Kiranya depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, jantan, betina, pondan, semua boleh. Sapu sama rata aje. Kot sempat batang penyapu boleh jalan... kalau jumpa lubang botol pun jalan. Lebih kurang begitulah kalau nak dikiaskan. Asal boleh, kira jadi. NASA pun promosi LGBTQ Janganlah terkejut kalau dikatakan aktiviti luar tabii ni sedang dinormalisasikan. Bukan baru hari ni. Dah lama dah... Dah lama dah... 'Perjuangan' songsang ni dah berlangsung seawal 50'an, 60'an dan 70'an, hanya caranya berbeza mengikut