Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


RELA : Tak Semua Orang Rela

Apa sudah jadi dengan integriti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang menjadi tumpuan beberapa penemuan yang mengejutkan baru-baru ini? Adakah benar berlakunya penyalahgunaan data peribadi dengan mendaftarkan nama-nama individu secara rawak ke dalam senarai keahlian RELA?


Tak dapat dinafikan peranan RELA dalam pelbagai bentuk tugasan yang membantu masyarakat umum, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, juga majlis-majlis perjumpaan parti-parti politik. Kita amat menghargai kesanggupan mereka berhujan berpanas walaupun tugasannya dilihat remeh seperti menjaga lalulintas ketika kenduri kahwin, mengawal laluan keluar masuk parking, dan sebagainya.

Yang agak aneh bila kita boleh menemui banyak nama individu yang langsung tak pernah memohon untuk mendaftar ahli RELA, tetapi ada butirannya dalam senarai keahlian. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Perbuatan khianat? Tak sengaja copy-paste dari sumber lain yang tak berkaitan? (lagi pelik!), atau memang ada agenda pihak-pihak tertentu yang nak memperlihatkan peningkatan mendadak jumlah ahli RELA yang direkrut dalam tempoh masa-masa tertentu?

Tapi... untuk apa? Tujuannya siapa yang tahu?




Apa yang pasti maklumat peribadi rakyat Malaysia boleh terdedah begitu sahaja tanpa pengetahuan tuan empunya diri. Kalau benar ia berlaku, salah siapa? Nak dakwa siapa? Nak heret siapa ke mahkamah atas kecurangan macam ni? Atau patut dirujuk kepada MCMC, PDRM dan SPRM untuk menyiasat sebarang kemungkinan?




Terkini, laman semakan keahlian RELA tak dapat diakses. Ada yang membuat andaian bahawa trafik ke laman web tersebut terlalu banyak, dan ada juga yang membuat kesimpulan bahawa ia sengaja dilumpuhkan sebagai salah satu tindakan damage control.

Tidak semua orang rela nak masuk RELA. Wallahhua'lam...


- - -

Kemaskini - 15 Jun 2021, jam 4:56 pagi mendapati laman web semakan keahlian RELA telah berfungsi semula.





Comments

Popular Kini

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me