Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

KOPI : Bukan Untuk Diminum

Tahu kan macamana perasaan seorang peminum kopi kalau tersilap beli kopi. Peminat kopi ni ada satu expectation terhadap rasa, aroma dan feel ketika minum kopi. Memang kopi ada identitinya tersendiri dan kesemua kriteria itu perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh pihak pengeluar barulah produk itu dapat diterima pasaran.

Dah lebih setengah tahun beli serbuk kopi ni (gara-gara terpengaruh dengan iklannya yang gah merata-rata). Baru sekali bancuh dah rasa macam 'yucks'! Ni kopi ke apa? Aroma serbuk kopinya betul, tapi rasanya tak sedap dan bila dibancuh dengan air panas, mengeluarkan bau yang hapak.

Seriously... Produk ni untuk pasaran Malaysia? Tak kot. Cuba jual di negara-negara lain yang lebih memerlukan la. Mungkin ada peluang lebih cerah di sana. Siapa tahu kan?

Jadi, nak diminum tak sanggup. Apa nak dibuat? Ni ada salah satu caranya untuk elakkan serbuk kopi ni dibazirkan.



Tuang ke dalam bekas rata yang besar. Lagi besar, lagi bagus.

Ratakan supaya tingginya nampak sekata.

Letakkan dalam bilik yang baru dicat. 

Iya, betul. Serbuk kopi juga merupakan salah satu bahan yang mampu menyerap bau-bau yang tidak enak, contohnya bau perabot yang baru lepas dicat menggunakan cat minyak. Buat begini sahaja dan pasangkan kipas untuk memudahkan kitaran udara. Pastikan tingkap dibuka. Dalam tempoh sehari sahaja pasti ada perubahan bau bilik ni, insyaAllah.

Selain dari mengelakkan pembaziran sebab menyimpan serbuk kopi yang tak lalu nak dibancuh dan diminum, cara ini juga mampu menjimatkan ruang di dapur dari menyimpan benda-benda yang kita tak perlu pun.

Boleh la mencuba ye. 

- - -

Nota: Selepas digunakan macam ni, jangan dibancuh, diminum pula ye. Bau cat minyak yang meresap ke dalam butiran serbuk kopi ni tak menjadikannya lebih sedap. Dapat bahaya ada la!

Comments

  1. wahhhh bagus petua ni...boleh cuba:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat, insyaAllah.

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu