Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


COVID-19 : Uncertainty Is Not A Joke

Sebenarnya, artikel ini tidak perlu panjang lebar untuk menjelaskan maksudnya. Dari tajuk dan gambar-gambar ini sudah hampir pasti seluruh rakyat Malaysia memahami apakah mesejnya. Yang malas membaca boleh scroll dan tengok gambar sahaja.

Ketepikan sentimen fahaman politik kepartian, dan fokus kepada wajah-wajah mereka yang terpampang gambar-gambarnya di bawah ini. Telanlah walaupun pahit dan pahatlah dalam memori masing-masing agak tidak akan terlupa sampai bila-bila.


Maaf. Gambar sengaja dikaburkan bagi mengelakkan kontroversi.


Yup! Kita golongan marhaen memang biasa makan megi. Cuma kita tak makan megi semata-mata kerana tak bergaji tiga bulan. Kita juga tak makan megi kerana wabak Covid-19 semata-mata. Kita tak sampai ke tahap itu lagi kerana hampir setiap minggu kebelakangan ini kita mendengar berita berbondong-bondong pelabur asing nak melabur dalam negara kita. Maksudnya, ekonomi kita bagus.

Diva AA (Azwan Ali) pun makan megi macam kita. Cuma versinya boleh tahan juga la mewahnya.


Beruntunglah kita atas usaha sekian-sekian kementerian yang menjaga sektor ekonomi dengan mantap sepanjang tempoh TOTAL LOCKDOWN yang hanya berbaki sehari dua ini. Kegiatan ekonomi semakin menjadi-jadi berhantunya sepanjang tempoh sukar ini. Siapa sangka? Terbukti negara kita ini amatlah hebat. Bukan calang-calang...

Cuma satu je nak ingatkan. Jangan bermain-main dengan isu kesukaran hidup rakyat sedangkan hampir seluruh negara sedang hidup dalam ketidakpastian. Uncertainty is not a joke. It's not funny. Stop it! Sila buat benda yang setara dengan taraf jawatan dan tahap pendidikan masing-masing. Maka betullah dikatakan, berpendidikan tinggi, berpangkat besar, tak menjamin seseorang itu bijak. Ada kalanya mereka buat sesuatu yang jauh lebih 'kurang cerdik' berbanding dengan orang yang kurang cerdik dari mereka.

You got nothing to do eh? So, this is the reason why we are in this deep sh!t now. Because you're too smart and too prihatin. Kami masyarakat biasa yang tidak nampak warna dan lambang parti-parti anda. Sebaliknya kami sedang menilai anda sebagai manusia, secara individu.

Contohnya, beginilah...



"You are what you eat." begitulah kata-kata pesanan orang tua Banjar kampung kami. Barangkali inilah kesan sampingan akibat terlalu banyak makan megi. Mungkin juga tanpa makan megi sekalipun memang begitulah tahap daya pemikiran mereka. Siapalah kita untuk menilai, kan?

Menung sekejap memikirkan adakah esok lusa kes akan turun ke dua digit dan negara akan masuk ke fasa pemulihan? Tidak sabar rasanya melihat semua sektor ekonomi beroperasi sepenuhnya. Barulah lebih banyak pelabur asing dapat dibawa masuk. Kan...???

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba