Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

COVID-19 : Permudahkan Anak-Anak Tempuhi PDPR

Anak-anak sedang diduga dengan PDPR kan? Sebab belajar jarak jauh ni bukannya benda senang. Sesuatu yang baru untuk masyarakat kita. Macamana menduga sekalipun kita kena tempuh kan? Bukannya kita minta pun wabak ni. Seluruh dunia memang kena hadap kan?

Antara isu paling sensitif bila anak-anak kena gunakan platform sidang video online. Kalau buat di ruang tamu, nanti ahli-ahli keluarga susah nak lalu-lalang sebab risau terdedah auratnya. Itu belum ambil kira bunyi hiruk-pikuk kaki motor dari luar rumah, suara kartun dari siaran tv, adik-adik menjerit minta dibancuhkan susu dan lain-lain. Apa yang kita boleh usahakan untuk permudahkan urusan anak-anak nak belajar ni?

Kita kena wujudkan ruang belajar mereka sendiri di dalam bilik. Biar mereka rasa terasing sikit dari bunyi-bunyi luar dan visual persekitaran yang terdedah dalam lingkungan tangkapan kamera pun dapat dikurangkan. Mudah nak diurus berbanding dengan seluruh keluasan ruang tamu. Less is more, right?

Sedikit perkongsian gambar-gambar projek katil loteng (loft bed) untuk bilik anak-anak. Ringkas sahaja. Kos tak la keterlaluan macam nak buat gaming setup. Tapi, apa yang penting ia perlu memenuhi objektifnya. Apa tujuan kita buat? Untuk memudahkan anak-anak belajar kan?

Sila-sila la, layani halwa mata masing-masing ye.







Yang belum lengkap hanya reading lights, kusyen dan alas kerusi, blackout curtain untuk mini walk-in wardrobe dan beberapa aksesori hiasan. Beginilah hasilnya setakat 95% siap, ditukang DIY oleh seorang noob. Hahahaha.

Sekian perkongsian untuk kali ini.

- - -

DIY Loft Bed

Comments

  1. Mula mula memanb susah lama lama ok lah tu...aku pun ada anak masih belajar..pendidikan ni memang kena ade revolusi..pembaharuan teknologi. Jimat belanja tak perlu beli baju n kasut sekolah...semuanya hanya di hujung jari.

    filem10minit.blogspot.com
    Filem Seram Pendek

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu