Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


COVID-19 : Negara Memasuki Fasa Pemulihan Dengan 6,000 Kes Harian?

Semalam kita dapat melihat satu edaran yang dikeluarkan oleh pihak Ketua Setiausaha Negara, bertarikh 29 Jun 2021. Edaran umum itu memberi maksud kesediaan negara kita untuk memulakan operasi perkhidmatan awam secara fizikal. Ini khusus untuk perkhidmatan awam yang mendesak. Perkara-perkara asas sahaja. Ia mungkin agak berbeza antara sesebuah kementerian dengan kementerian yang lain, contohnya MITI. Itu contohnya la. Contoh sahaja ye.


Antara lain, kandungan teks tersebut ada menyebut tentang tarikh bermulanya operasi fizikal iaitu 1 Julai 2021, bersamaan hari esok. Garis panduan operasi ini berkaitan dengan status terkini negara yang memasuki fasa pertama pelan pemulihan (mengikut kandungan teks edaran tersebut). Kita tak perlu bersikap terlalu berkira tentang maksud 'pemulihan' itu sendiri kerana definasi tersebut boleh ditentukan oleh sesiapa sahaja yang berkuasa, bagaimana struktur fasa-fasanya dan pada bila-bila masa ia mahu diumumkan.

Mari kita lihat pula fakta-fakta bernombor yang mewakili jumlah-jumlah kes baru harian, dan jumlah kes pulih sepanjang tempoh TOTAL LOCKDOWN yang berbaki sehari ini sahaja.
Menurut graf yang bersumber dari data harian Kementerian Kesihatan Malaysia, dapat dilihat bahawa purata kes baru harian ialah pada tahap 5,977.45 kes sehari. Benar, ia hampir-hampir 6,000 kes sehari. Manakala, julat antara minima dan maksima adalah 3,598 kes secara harian. Mengikut garis trend pada graf tersebut, jumlah kes baru harian merosot secara perlahan-lahan, maka benar keadaan kita semakin pulih. Manakala jumlah kes pulih juga mengikut trend merosot yang sama (???). 

Kita tidak boleh membuat andaian liar bahawa kapasiti perkhidmatan kesihatan awam kita sedang merosot. Barangkali ia juga berkaitan dengan varian import yang sukar dikendalikan. Secara terperincinya, itu pihak pentadbir kesihatan awam yang lebih arif berbanding kita. Apa yang kita dapat komen sekadar nombor-nombor empat digit yang dihidangkan kepada kita setiap hari.

Dengan baki sehari ini, seandainya kita meletakkan 4,000 kes baharu sebagai penanda aras untuk kita memasuki fasa pemulihan, maka jurang yang kita perlu rapatkan tidaklah jauh mana pun. Jumlah kes baru semalam hanya 6,437 dan untuk hari ini kita hanya perlu turunkan sebanyak 2,437 kes harian sahaja. Itu tidaklah menjadi sesuatu yang mustahil untuk sebuah negara yang bernama Malaysia ini. Malaysia boleh!

Namun begitu, agak aneh kerana baki masa untuk menurunkan kes ini tinggal beberapa jam sahaja tetapi kita perlu mengekalkan jumlah 4,000 kes baru harian ini selama seminggu lebih kurang. Hmmmm. Pasti ada formulanya untuk compress tujuh hari kepada beberapa jam. Itu kita kurang maklum. Barangkali lebih baik diserahkan kepada yang pakar.


Mereka jauh lebih arif. Wallahhua'lam.


Comments

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk