Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

COVID-19 : Negara Memasuki Fasa Pemulihan Dengan 6,000 Kes Harian?

Semalam kita dapat melihat satu edaran yang dikeluarkan oleh pihak Ketua Setiausaha Negara , bertarikh 29 Jun 2021. Edaran umum itu memberi maksud kesediaan negara kita untuk memulakan operasi perkhidmatan awam secara fizikal. Ini khusus untuk perkhidmatan awam yang mendesak. Perkara-perkara asas sahaja. Ia mungkin agak berbeza antara sesebuah kementerian dengan kementerian yang lain, contohnya MITI . Itu contohnya la. Contoh sahaja ye. Antara lain, kandungan teks tersebut ada menyebut tentang tarikh bermulanya operasi fizikal iaitu 1 Julai 2021, bersamaan hari esok. Garis panduan operasi ini berkaitan dengan status terkini negara yang memasuki fasa pertama pelan pemulihan (mengikut kandungan teks edaran tersebut). Kita tak perlu bersikap terlalu berkira tentang maksud 'pemulihan' itu sendiri kerana definasi tersebut boleh ditentukan oleh sesiapa sahaja yang berkuasa, bagaimana struktur fasa-fasanya dan pada bila-bila masa ia mahu diumumkan. Mari kita lihat pula fakta-fakta ber

COVID-19 : Uncertainty Is Not A Joke

Sebenarnya, artikel ini tidak perlu panjang lebar untuk menjelaskan maksudnya. Dari tajuk dan gambar-gambar ini sudah hampir pasti seluruh rakyat Malaysia memahami apakah mesejnya. Yang malas membaca boleh scroll dan tengok gambar sahaja. Ketepikan sentimen fahaman politik kepartian, dan fokus kepada wajah-wajah mereka yang terpampang gambar-gambarnya di bawah ini. Telanlah walaupun pahit dan pahatlah dalam memori masing-masing agak tidak akan terlupa sampai bila-bila. Maaf. Gambar sengaja dikaburkan bagi mengelakkan kontroversi. Yup! Kita golongan marhaen memang biasa makan megi. Cuma kita tak makan megi semata-mata kerana tak bergaji tiga bulan. Kita juga tak makan megi kerana wabak Covid-19 semata-mata. Kita tak sampai ke tahap itu lagi kerana hampir setiap minggu kebelakangan ini kita mendengar berita berbondong-bondong pelabur asing nak melabur dalam negara kita. Maksudnya, ekonomi kita bagus. Diva AA ( Azwan Ali ) pun makan megi macam kita. Cuma versinya boleh tahan juga la mewa

COVID-19 : Permudahkan Anak-Anak Tempuhi PDPR

Anak-anak sedang diduga dengan PDPR kan? Sebab belajar jarak jauh ni bukannya benda senang. Sesuatu yang baru untuk masyarakat kita. Macamana menduga sekalipun kita kena tempuh kan? Bukannya kita minta pun wabak ni. Seluruh dunia memang kena hadap kan? Antara isu paling sensitif bila anak-anak kena gunakan platform sidang video online . Kalau buat di ruang tamu, nanti ahli-ahli keluarga susah nak lalu-lalang sebab risau terdedah auratnya. Itu belum ambil kira bunyi hiruk-pikuk kaki motor dari luar rumah, suara kartun dari siaran tv, adik-adik menjerit minta dibancuhkan susu dan lain-lain. Apa yang kita boleh usahakan untuk permudahkan urusan anak-anak nak belajar ni? Kita kena wujudkan ruang belajar mereka sendiri di dalam bilik. Biar mereka rasa terasing sikit dari bunyi-bunyi luar dan visual persekitaran yang terdedah dalam lingkungan tangkapan kamera pun dapat dikurangkan. Mudah nak diurus berbanding dengan seluruh keluasan ruang tamu. Less is more, right? Sedikit perkongsian gambar

KOPI : Bukan Untuk Diminum

Tahu kan macamana perasaan seorang peminum kopi kalau tersilap beli kopi. Peminat kopi ni ada satu expectation terhadap rasa, aroma dan feel ketika minum kopi. Memang kopi ada identitinya tersendiri dan kesemua kriteria itu perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh pihak pengeluar barulah produk itu dapat diterima pasaran. Dah lebih setengah tahun beli serbuk kopi ni (gara-gara terpengaruh dengan iklannya yang gah merata-rata). Baru sekali bancuh dah rasa macam ' yucks '! Ni kopi ke apa? Aroma serbuk kopinya betul, tapi rasanya tak sedap dan bila dibancuh dengan air panas, mengeluarkan bau yang hapak. Seriously ... Produk ni untuk pasaran Malaysia? Tak kot. Cuba jual di negara-negara lain yang lebih memerlukan la. Mungkin ada peluang lebih cerah di sana. Siapa tahu kan? Jadi, nak diminum tak sanggup. Apa nak dibuat? Ni ada salah satu caranya untuk elakkan serbuk kopi ni dibazirkan. Tuang ke dalam bekas rata yang besar. Lagi besar, lagi bagus. Ratakan supaya tingginya nampak sekata.

LOCKDOWN : Apa Yang Ramai Orang Fikirkan?

  Lebih kurang tiga minggu sudahpun rakyat Malaysia menempuh proses ' total lockdown ' sejak ia diumumkan, namun jumlah kes masih di sekitar 5,000 ke 6,000 dan sesekali ia turun ke 4,000 lebih. Berlegar-legar di fikiran ramai rakyat Malaysia, apa lagi yang tidak kena sedangkan mereka bersusah-payah berkurung di dalam rumah. Ada juga yang terfikir... Bunyinya agak kelakar, tapi kalau difikirkan balik memang ada juga betulnya. Kalau setakat nak dapatkan result sekitar jumlah itu kes baru harian, memang hampir tak ada sebarang pencapaian la lockdown sepanjang tiga minggu ini. Atau kita boleh berharap pada minggu terakhir ini berlakunya keajaiban dan barulah habis kluster perayaan. Tapi, raya haji pun dah nak tiba ni. Adakah akan sambung-menyambung lagi kes-kes kluster perayaan ini? Sungguh-sungguh membimbangkan. (Juga amat menghairankan.)  Kita dalam tempoh total lockdown ke ni? Agak musykil juga la dibuatnya.

PKP : Hidup Berkurung Dan Pasif

Sejak dua tiga minggu lepas kita rasakan terlalu lemau macam biskut meri yang terdedah sehari suntuk. Slow , pasif, kurang aktiviti fizikal. Kecualilah kalau kita ni pekerja kilang. Ada sedikit keistimewaan kerana mereka ini mengeluarkan keperluan asas, yang dipanggil essentials . Kiranya kalau tak dibenarkan beroperasi, berkemungkinan negara kita akan terputus bekalan makanan dan minuman. Begitulah lebih kurang ceritanya. Kalau kurang faham apa yang dimaksudkan dengan keperluan asas, bolehlah diajukan soalan kepada pihak MITI , apakah definasi ' essentials ' itu sendiri. Berbalik kepada isu kehidupan yang sendu, terkurung di rumah, ada baiknya kita merubah amalan pemakanan kita. Barangkali salah satu ideanya ialah meminimakan pengambilan makanan yang tinggi kadar karbohidratnya. Hahahaha. Bunyinya macam masalah besar tu. Nak suruh orang Malaysia berhenti makan nasi ke? Tak juga. Kita cuma menyelaras semula kadar pengambilannya bersesuaian dengan perubahan aktiviti harian. Err.

RELA : Tak Semua Orang Rela

Apa sudah jadi dengan integriti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang menjadi tumpuan beberapa penemuan yang mengejutkan baru-baru ini? Adakah benar berlakunya penyalahgunaan data peribadi dengan mendaftarkan nama-nama individu secara rawak ke dalam senarai keahlian RELA? Tak dapat dinafikan peranan RELA dalam pelbagai bentuk tugasan yang membantu masyarakat umum, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, juga majlis-majlis perjumpaan parti-parti politik. Kita amat menghargai kesanggupan mereka berhujan berpanas walaupun tugasannya dilihat remeh seperti menjaga lalulintas ketika kenduri kahwin, mengawal laluan keluar masuk parking , dan sebagainya. Yang agak aneh bila kita boleh menemui banyak nama individu yang langsung tak pernah memohon untuk mendaftar ahli RELA, tetapi ada butirannya dalam senarai keahlian. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Perbuatan khianat? Tak sengaja copy-paste dari sumber lain yang tak berkaitan? (lagi pelik!), atau memang ada agenda pihak-pihak tertentu y

COVID-19 : Malaysia Menjadi Semakin Aneh

Semenjak negara kita dilanda wabak koronavirus pada awal tahun lepas, banyak perkara yang berubah dalam hidup kita. Ada yang semakin bagus, ada yang semakin buruk. Perubahan demi perubahan banyak berlaku sealiran dengan proses adaptasi dan normalisasi kehidupan cara baru ini. Selama ini kita kurang berminat nak mengambil tahu tentang persidangan video dalam talian, beraya dalam talian, memakai pelitup muka bila keluar rumah, tidak keluar berjalan-jalan dengan ahli keluarga pada hujung minggu, dan banyak lagi perubahan yang tidak mampu kita nak senaraikan semua. Biasa tengok orang naik lori atas jalanraya? Dulu-dulu biasa la. Pasukan kompang berarak nak menghantar pengantin kan? Itu biasa. Tapi hari ni kejadiannya tak macam yang kita biasa lihat. Beberapa gambar yang dikongsikan oleh Dato' Shahanim Mohd Yusoff di laman FB-nya memberi sedikit kejutan kepada segolongan netizen dan sehingga kini ramai yang masih bermain teka-teki dengannya. Menurut pemerhatian beliau, kesemua individu