Skip to main content

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Restoran Atok Berjanggut Putih Buat Hal Lagi

Ahhh... Che Det kata Melayu mudah lupa. Ada juga betuinya. Kita pernah tengok bidio pekerja-pekerja satu restoran makanan segera ni palit-palit ayam kat tapak kasut, perah kain kotor kat ayam. Yeah, memang pengotor dan itu kira menganiaya pelanggan. Itu 'kat sana' nanti dia mampu jawab kot. Pihak pengurusannya kata itu kes lampau dan dah diambik tindakan disiplin.

Ke mana lesapnya isu berprofail tinggi tu? Iya, buat ke sekian kalinya Che Det punya statement tu betui lagi. Orang kita mudah lupa, dan sekarang orang kita boleh makan ayam goreng kat restoran-restoran tu macam tak ada apa pernah berlaku. Takmo kata orang lain, tapi teman tengok diri sendiri.

Pagi ni kira-kira pukul 10:14 pagi, 13 September 2014, teman bawak seluruh famili bersarapan kat restoran yang lambang atuk berjanggut tu, kat cawangan LY Plaza, KL. Nak sebut namanya, kita katakan Kepsi la (bukan nama sebenar). Tak ada apa yang pelik. Semuanya berjalan lancar. Tengok je la sandwich yang teman dapat ni. Sedap tau! Rotinya segar, gebu, rasanya seimbang, dan inti ayamnya cukup perap, lembut.



Err... sounds too good to be true? Yup! I lied. Teman nipu je tadi tu. Gambor sandwich kat atas tadi tu yang teman terima buat kali kedua, sebagai gantian. Yang memulanya cemana rupa? Jom, kita tengok sama-sama.



Dengan spontan, bila orang rumah teman tunjukkan roti tu, teman ambik gambor dan terus panggil budak krew warga asing yang layan teman di kaunter tadi. Teman tanya, "You put extra seasoning...?", sambil tunjuk kat benda tu. Dia terkebil-kebil sebab terkejut dan tak tau nak explain apa kat teman.




Hmmm... diulang sekali lagi, dia warga asing. Cuma, bahasa Inggerisnya lagi bagus dari budak-budak motor bangsa kita yang tampal stiker 'Willy' untuk perkataan wheelie. Dia terus ambik balik sandwich tu dan tukar dengan yang baru.

Masa dia bagi gantian tu, teman tanya dia macamana isu tu. Dia mintak maap dan katakan dah serah ke manager untuk settle. Jawapan jujur dari budak krew tu menjadikan teman lebih berminat nak tunggu bos dia datang berdepan dengan teman untuk bagi penjelasan atau paling tidak mintak maap sama macam apa yang anak buahnya dah buat.

Guess what? 10:45 pagi, langsung tak nampak batang hidung si manager. Teman consider ada dua kemungkinan di situ - isu remeh temeh tak perlu diperbesarkan, atau si bos tak cukup kekuatan nak berdepan dengan pelanggan bila ada masalah. Tak ada lagi penjelasan terbaik untuk teman simpulkan situasi masa tu, cuma dia agak bernasib baik teman tak buat perangai lama macam bangun, tepuk meja dan pekik kuat-kuat, 'I want to see your manager, NOW!'

Untung buat dia sebab tak perlu kendalikan hal yang lebih buruk lagi, tapi teman rasakan ia tidak adil untuk teman abaikan 120% isu ni sebab ia berkait secara terus dengan 'food safety'. Apa gunanya kita makan di tempat berhawa dingin, bayar lebih mahal, tapi tahap keselamatan makanan kita tak dijamin oleh pihak yang memberi servis? Apa bezanya dengan makan cangkung di tepi longkang lepas kita beli burger di pasar malam? Langsung tak ada beza kan?

Teman mula terbayang, apa dah jadi kat pelanggan-pelanggan yang beli bawak balik makanannya, dan bila bukak bungkusan tengok-tengok ada kulat atas rotinya. Itu andai kata kulat tu di bahagian atas. Kalau bahagian bawah roti yang berkulat, silap gaya mau MC dua-tiga hari orang tu sebab keracunan makanan.

Jadi, apa yang patut diperkatakan sekarang selepas rakyat Malaysia 'memafkan' dan bersikap tidak kisah termakan ayam palit tapak kasut? Kami masih ditawarkan dengan 'expensive-low class service' macam ni?

Oh, come on! You can do better than this, unless you want to join your neighbour, the big M. Mereka memang dah lama kena boikot dan belum tau sampai bila baru rakyat Malaysia nak memafkan diorang tu. Nak cuba? Silakan... Kami hanya perlu tunggu kompeni-kompeni tempatan 100% untuk perbanyakkan lagi program francais restoran ayam goreng di Malaysia. Ia patut tak ambik masa yang panjang sebab memang dah bermula pun.

Kalau teman berkesempatan, insyaAllah, teman akan hubungi pengurusan tertinggi kompeni tu untuk dapatkan penjelasan. Sekian nukilan teman untuk renungan bersama. 

Wassalam...

Comments

  1. as salam. mmg x de etika langsung staff KFC berkenaan. Elok report kat kem pengguna aje..baru padan muka mrka..
    BTW. abe kie dah follow blog bro..no 92..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

Anda Sudah Potong? Jangan Tunggu Lagi...!!!

Entri kali ni sekadar hiburan semata-mata, dan tak ada apa niat untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa OK?! Duduk rileks, baca, tengok gambar, dan senyum sinis cukup laaa.  Baru-baru ni ada kompeni penyedia khidmat Internet berkelajuan tinggi wayarles dah melancarkan satu servis barunya iaitu khidmat talian guna kabel optik fiber. KABEL! Iyaaa... Perkataan yang patut kita bagi perhatian kali ni ialah kabel. Teman nak cadangkan kompeni tu gunakan pendekatan yang agak berani dalam mempromosi servis barunya tu. Contohnya, dengan penggunaan poster macam ni - Perkara ini bukanlah idea baru untuk kompeni ni pun. Tak ada apa yang nak kita rasa pelik pun sebenornya. Ingat tak dulu, kita selalu nampak poster 'POTONG! POTONG! POTONG!'. Mesti biasa kan? Kat tv pun selalu ada iklan camtu. Alaaa... yang ni haaa... Wohooo... kepada sesiapa yang terlibat secara langsung, atau tak langsung dengan syarikat Pee1 ni, jangan la marah. Kan teman dah kata, entri ni sekadar hiburan semata-mata. Ini

Kabinet Dapur (DIY Bulan Ramadhan 1431H)

Kembali atas popularitinya sendiri, maka entri kabinet dapur ni teman masukkan balik ke dalam blog teman ni. Terima kasih atas sokongan semua! :-) - - - Konsep sendiri, design sendiri, buat drawing sendiri, tukang sendiri... Maka, terhasillah kabinet dapur baru ni. Bajet yang tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan ditempah dengan kontraktor. Alhamdulillah, selesai sudah.  Yeah, bersih dan kemas rasanya konsep ni. Hitam-putih. Gambar semasa baru siap, sebelum barang-barang dimasukkan. Tiga pintu. Paling kiri - Barang kegunaan harian. Tengah - Tong gas dan simpanan barangan kurang aktif. Paling kanan - Simpanan barang paling jarang guna. Memang spesifik, tak campur aduk. Tempat letak tong gas ada tanda - supaya jangan lupa tutup. Kalau tak, nanti nampak tong gas kaler hijau-merah yang berkarat-karat tu. Hehehe (Syarikat Nasional punya ke tong hijau-merah tu) Ada lubang air-vent untuk pengudaraan - selalu designer lupa, tempat gas perlu ada pengudaraan yang baik. Dah mula letak

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u