Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe.


Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try, ce try. Hehehe.



BAHAN-BAHAN -

1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh)
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut)
1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan
2 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

*** Garam dengan gula tu korang ekjas la ikut selera korang ***



CARA PENYEDIAAN -

a.) Gaul kering tepung, serbuk roti, garam, gula dengan serbuk kunyit.

b.) Tambahkan minyak masak dan gaul rata lagi.

c.) Tuang air sambil kacau. Tambah sikit demi sedikit sampai lebih kurang sama macam dalam gambor bawah ni.



d.) Masukkan la buah cempedak korang tu. Masuk sikit-sikit, gaul, baru tambah lagi, gaul lagi, sampai habis. Jangan masukkan semua serentak. Nanti tepung tak rata.


e.) Panaskan minyak. Bila minyak dah cukup panas (korang celup jari, tengok meraung ke idak), buleh le mula menggoreng.



f.) Golek-golekkan bagi sama rata garingnya.

g.) Dah nampak kekuning-kuningan, korang dah buleh angkat dan toskan.

h.) Tunggu sampai suam, lepas tu cekik je la.



Hehehe. Simple je kan? Selamat mencoba resipi ngarut teman ni. Wassalam...

Comments

  1. ishhhh sedapnya cempedak goreng,terliur plak,umah kita banyak pokok dah kena tebang kat kg,nak buat jalan raya...
    salam kenal dr saya,klik link page fb kelabbloggerbenashaari
    jemput singgah blog saya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hooo. Takde cempedak takpe. Buleh try resipi lain macam MekFluri Orio tu ke kan? Ngeee... Hehehe

      Delete
  2. hbs la kalau celup jari..singgh bw cn http://mummysupplementshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Kalo ada yang betui-betui gi celup jari, memang naya!

      Delete
  3. aduhai! tertelan liur ni haaaa! GULP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kan? Blog ni bahaya untuk orang yang nak jaga bodi. Banyak benor gambor makanan kot.

      Delete
  4. Salam Ukhuwah Fillah ..
    Singgah Sini Dr Group Blogger Ben Asaari
    Done Follow Sini ..
    Jom Terjah Blog Kak Lya
    http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ni dok belek-belek blog sana plak. :-)

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me