Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Bangladesh Bukan Yang Kita Kenal

Sebut Bangladesh, orang kita terbayang - busuk, kuli kilang, cakap kuat-kuat, rebut-rebut macam langau masuk tren ... dan senarainya makin panjang.



Sumber Foto - khabarsoutheastasia.com

Itu apa yang dihidangkan depan mata kepala kita, dan kita percaya bulat-bulat, 'itulah Bangla'. Apa yang terselindung, Bangladesh dah mula menceburi perniagaan berasaskan pertanian dan program penjenamaannya cukup kuat. Ada produknya yang dah setaraf produk keluaran syarikat multinasional yang dah berpuluh tahun establish di pasaran antarabangsa.


Terus-terang, teman tak pernah terbayang Bangladesh mampu keluarkan produk yang mampu menyaingi... macam... Hmmm... Apa kata kita ambik serbuk minuman Tang sebagai contoh?




Kenapa? Tak percaya? Jangan bersikap prejudis, jangan padang rendah, hadapi realiti... kita di negara ini lebih bergantung kepada jenama mat saleh, tetapi orang Bangladesh ada jenamanya sendiri yang lebih kuat.


Bulan puasa yang lepas, minda teman sikit terbuka bila nampak beberapa orang warga Bangladesh bancuh air nak buat buka puasa. Apa benda la diorang dok hadap ramai-ramai tu ntah!

Jelas, diorang ambik beberapa sudu serbuk minuman, sesudu teh garam, biji selaseh yang direndam, dan bancuh buat minuman. Bila teman tanya, apa benda serbuk tu, secara spontan salah sorang jawab 'Tang'. Dan, sungguh-sungguh teman percaya benda tu Tang sebab olahan pembungkusannya memang sampai tahap produk berjenama multinasional.

Pusing punya pusing balang plastik tu... Eh-eh! Bukan Tang. Tediaaa... Tercetak jelas perkataan yang biasa teman nampak di lori-lori bonded yang hantor produk-produk ke kedai runcit dekat-dekat kawasan asrama pekerja kilang. Iya, jenama PROME!

Terpikat dengan olahan produk tu, teman pun mintak sorang budak Bangladesh tu belikan sebalang yang perisa mangga. Esoknya, bila dapat je, teman pun semangat le bancuh untuk buka puasa hari tu. Jom tengok, cemana rupanya.






Amacam? Ada rupa macam Tang yang asal? Memang sama pun. Dan, rasanya pun memang sama. Langsung sikit teman tak dapat bezakan. Agak mengagumkan juga la Bangladesh boleh keluarkan produk secanggih ni kan?

Memandangkan minda dah sikit terbuka, teman pun teruskan mencari maklumat syarikat yang eksport produk tu ke Malaysia.

Woaaa... lebih mengejutkan! Kalau kita tengok dari laman web syarikat Prome Agro Foods Ltd. (http://www.prome.com.bd), kita boleh andaikan ini macam Nestle di negara Bangladesh dengan jenama tempatan kebanggaan negara sendiri. Apakan tidaknya... dari minuman, gula-gula, snek, jeruk, biskut, bijirin, rencah masakan dan banyak lagi la.

Korang rasa-rasa la kan, ada tak kompeni Malaysia yang buat produk-produk camtu bawah satu jenama ye? Kalau tak ada, maksudnya kita ni macam terlalu bergantung dengan jenama-jenama mat saleh la nampaknya ye? Hmmm... jadi... Bangladesh lebih bijak dari kita?

Sama-sama kita fikir, dan cerna sendiri maklumat tu ye? Adakah wajar kita melabel Bangladesh ni negara mundur yang orangnya bodoh? Fikir semula... dan fikir... fikir...

Sekian untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba