Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Bangladesh Bukan Yang Kita Kenal

Sebut Bangladesh, orang kita terbayang - busuk, kuli kilang, cakap kuat-kuat, rebut-rebut macam langau masuk tren ... dan senarainya makin panjang. Sumber Foto - khabarsoutheastasia.com Itu apa yang dihidangkan depan mata kepala kita, dan kita percaya bulat-bulat, 'itulah Bangla'. Apa yang terselindung, Bangladesh dah mula menceburi perniagaan berasaskan pertanian dan program penjenamaannya cukup kuat. Ada produknya yang dah setaraf produk keluaran syarikat multinasional yang dah berpuluh tahun establish di pasaran antarabangsa. Terus-terang, teman tak pernah terbayang Bangladesh mampu keluarkan produk yang mampu menyaingi... macam... Hmmm... Apa kata kita ambik serbuk minuman Tang sebagai contoh? Kenapa? Tak percaya? Jangan bersikap prejudis, jangan padang rendah, hadapi realiti... kita di negara ini lebih bergantung kepada jenama mat saleh, tetapi orang Bangladesh ada jenamanya sendiri yang lebih kuat. Bulan puasa yang lepas, minda teman sikit terbuka bila nampak

Rabu Takdak Perkataan - TURUNKAN KADAR ASID DALAM PERUT

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

Hanya Di Malaysia

Malaysia ini unik kerana . . . MD-83 ialah sejenis pesawat keluaran Airbus Tuah concept car ialah bakal pengganti Proton Persona Kebetulan bernombor dipanggil konspirasi Kitaran pilihanraya dalam format 5 tahun kempen, 1/2 tahun bekerja Ada lebihan cukai tak dituntut, tapi jalanraya banyak kawah dodol Windows ialah sejenis komputer Page 'Only in Malaysia' ada banyak perkara bukan di Malaysia Hanya perlukan beberapa jam atau semalaman untuk menjadi pakar sesuatu bidang Negara paling ramai pengupas hadith dan pakar-pakar penerbangan (yang ni baru mula tahun 2014)