Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

RESIPI: Eskrem Orio MekFluri

Asal nak masuk bulan posa je, orang kita sibuk dah nak pikir apa nak dimakan bila buka posa nanti. Ahahaha. Posa pun idak lagi, udah pikir pasal makan. Bab nyekik, orang kita memang champion . Hehehe. Udah bertahun teman tak pegi restoran makanan segera yang ada logo huruf M besor tu. Bukan pengaruh dari boikot ke hapa, cuma... tak rajin. Bila udah lepak sana, mau melabun ngan kengkawan sampai nak ke subuh. Kat restoran tu ada satu jenis eskrem yang ada campur biskut coklat tangkup kat dalam dia. Lebih kurang, nak sebut nama dia jadi Orio MekFluri (bukan nama sebenar). Buleh tahan sedap juga la eskrem tu. Kot ada yang teringin nak buat dessert buka posa nanti, buleh cuba resipi kat bawah ni - BAHAN-BAHAN : 1 atau 2 bungkus biskut coklat tangkup (inti krim vanila) 1 botol 850 - 900 ml susu cair rendah lemak 300 ml susu pekat manis (kira-kira 3/4 tin) 2 sudu besar ovalette (bahan penstabil kek) - cari yang halal CARA PENYEDIAAN : a.) Hancurkan biskut tangkup dengan cara meramas. Janga