Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


TIPS: Atasi Masalah Bau Perabot / Kemasan Baru

Haaa... biasa teman dengor orang komplen bila pasang perabot baru atau baru berpindah (tak kira la pindah rumah ke opis), berminggu-minggu rasa mata pedih, hidung rasa perit, nak bernafas pun rasa sesak, kepala rasa macam melayang dan lain-lain kesan lagi.


(Sumber imej - marketinghq.com.au)


Dalam situasi macam ni biasanya kompeni pembekal pepasangan pejabat macam kabinet, partition, kerusi meja dan lain-lain barang akan dipersalahkan. Bagi teman secara peribadinya, betui kita buleh kata betui, salah pun buleh jadi juga. Sebabnya? Kita tak boleh nak persalahkan pembekal tu 100% andai kata bangunan kita tak direkabentuk dengan baik.

Teman pernah tengok sendiri berkali-kali, ada beberapa opis yang berhawa dingin, workstation untuk berbelas dan berpuluh-puluh orang, ruang yang sempit, langsung tak ada tingkap... dan paling syiok punya, satu kipas ekzos pun tak ada. Pernah juga dengor ada majikan komplen sebab staf dia asyik sakit-sakit lepas pindah opis baru. Kunonnya macam tak serasi le tu.

Bila teman luang sikit masa pegi melawat, baru bukak pintu teman dah terasa macam ada yang tak kena. Mata dah mula berair dan hidung rasa macam nak bersin. Rupa-rupanya bau 'kayu'. Teman gunakan istilah ni sebab nak menjelaskan benda yang terlalu teknikal memang la payah.

'Kayu' yang ada di pasaran, termasuk kayu inci, papan lapis, MDF dan lain-lain bila keluor dari kilangnya memang dah dirawat dengan sejenis 'ubat', iaitu formaldehyde. Benda ni memang bersifat tajam dan memang boleh bagi semua kesan kesihatan yang teman dah senaraikan tadi. Kalo korang berminat nak tau lanjut pasal bahan ni, elok korang Google sendiri atau cari je kat Wikipedia. Memang akan jumpa punya.

Kat bawah ni teman nak share salah satu cara yang ekonomik dan boleh dikatakan agak efektif dalam selesaikan isu tu. Banyak lagi cara la yang boleh dibuat. Ada orang akan tambah kipas ekzos, ada juga yang letak banyak-banyak 'Badak Dahaga' (bukan jenama sebenar), mungkin juga gunakan spray 'Fibris' (pun bukan jenama sebenar) dan lain-lain cara.

Lain orang, lainlah caranya, tapi untuk teman ini cara yang dah diuji dan melalui pemerhatian yang rapat, sangat-sangat rapat oleh sekumpulan professional dalam bidang pengubahsuaian, ketukangan kayu dan kemasan pejabat/rumah. Harap jangan tanya siapa individu dan kumpulan yang terlibat, dan jangan mintak data yang dikumpul sebab semua tu maklumat sulit yang teman tak boleh dedahkan kepada umum. ('secret recipe' le kot).


BAHAN-BAHAN DAN CARANYA -


Serbuk Natrium Bikarbonat dan Tepung Penaik (lebih kurang 100 gm. setiap satu untuk saiz kawasan kira-kira 18 kaki X 24 kaki)


Sekilogram arang jenis yang mudah dipecah-pecahkan. Paling baik kalau dapat arang buluh. Setiap sekilogram untuk saiz kawasan yang sama dengan yang disebutkan kat atas tadi.


Macam ni rupa arang yang belum dipecah-pecahkan.


Arang tadi diketuk-ketuk dengan tukul besi untuk pecahkan kepada saiz lebih kurang satu ke dua inci.


Serbuk Natrium Bikarbonat dan Tepung Penaik dicampur dengan nisbah 1:1. Err... biji-biji hitam tu habuk-habuk arang, yang tercampur sekali. Kekeke.

Letak dalam bekas atau dulang yang terdedah macam ni.

Dah siap! Kalau ikut ujian yang dijalankan kumpulan tu, dalam tempoh sehari setengah je dah boleh rasa bezanya. Rasa tajam dari bahan kimia yang memedihkan mata dan hidung tu jadi sangat-sangat kurang dan yang tinggal cuma bau 'kayu' yang semakin lama semakin hilang, insyaAllah.

Selamat mencuba! Sekian aje la sesi perkongsian kita untuk kali ni. Wassalam...


Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba