Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

HALAL: Bila Si Striker Bermain Fancy

Coklat ada DNA babi? Nah... korang memang biasa la camtu. Rasa macam baca artikel yang difotostat dari halaman-halaman surat khabar. Tajuk sikit-sikit lain, tapi cerita dengan gambar tengok macam lebih kurang aje pun. Ah, lantaklah situ kan? Ikut selera masing-masing.

Hari ni teman nak kongsikan sikit pandangan peribadi teman berkait isu pensijilan halal di Malaysia. Kalau ada yang baca, rasa macam nak naik blood pressure sampai ke siling rumah tu, buleh la terus berenti baca, dan konsentret kepada isu piala Thomas.

Kalau JAKIM tu teman samakan dengan striker bolasepak, korang rasa patut ke tidak?


Ada sesetengah pemain bahagian serangan, atau digelar striker ni, pantang la dapat gol lebih dari dua, memang lepas tu lupa diri la. Masuk je gol ketiga, dia pun main fancy gegila la sebab nak ejek pasukan lawannya.

Sedor tak sedor, pasukan lawan yang mulanya keciciran tiga-satu tadi, masuk ke masa tambahan udah score lagi dua gol sebab si striker tadi memain je lebih kat atas padang. Kunon nak fancy sangat le mainannya kan?

Ini dah jadi pelik. Ada ke teman samakan JAKIM dengan pemain bolasepak pulak. Langsung takde kaitan!

Iye? Takde kaitan? Kita fikir mendalam, lebih sikit dari yang tadi. Apa rasionalnya teman kata macam tu?

Kalau kita imbas balik beberapa tahun lepas, ada satu bentuk hebahan yang dikeluorkan dek JAKIM ni, dengan niat nak memaklumkan kepada masyarakat bahawa ada beberapa agensi pensijilan halal yang tak diiktiraf oleh JAKIM. Logo-logo agensi tersebut tu pun ditayangkan untuk tujuan pemahaman.

Fair? Yeah... boleh katakan, untuk tujuan hebahan tu kira wajar la kan? Macamana pulak, kalau kita imbas balik bahan-bahan terbitan dalam kempen hebahan tu? Adakah kita masih kekal berpendapat pendekatan tu wajar, atau kita dah mula terheret lari sikit dari sudut asal tempat duduk kita tadi?

Contohnya? Macam ni haaa...


Serius, teman peminat setia cerita-cerita lawak klasik P Ramlee, contohnya Ali Baba Bujang Lapok tu. Antara lawak yang terkesan, bila ketua penyamun arahkan rumah Kasim Baba ditandakan pangkah untuk senang dicam oleh penyamun-penyamun dalam usaha mengenakan balik si Kasim Baba yang dah sapu bersih harta yang geng penyamun tu sorok dalam gua.

Apa ni? Tadi cerita JAKIM, lepas tu striker bola, dan sekarang cerita pasal lawak P Ramlee pulak! Ngarut je ko ni! Hahaha. Tak la ngarut mana pun kalo korang telitikan betui-betui apa yang diterbitkan dek JAKIM dalam kempen kesedaran pensijilan halal tu.

X X X ... X X X ... "Aku suruh kamu berikan tanda pangkah rumahnya Kasim Baba, apa pasal kamu pangkah semua rumah di Kota Baghdad? Bodoh! Unta! Kelabu asap!" Kan? Ada kaitannya kan? Hahaha. Habis semua kena pangkah.

Hmmm... adakah wajar pihak JAKIM memangkah logo-logo halal yang tak diiktirafnya, termasuk logo yang jelas menyebut nama agensi-agensi tu? Adakah penggunaan tanda pangkah tu wajib, baru orang nak faham bahawa logo-logo halal (dan pensijilannya) tak diiktiraf JAKIM? Tak boleh ke dengan cara penulisan warna merah - 

LOGO-LOGO HALAL INI TIDAK DIIKTIRAF OLEH JAKIM.

Jelas juga nampaknya kan?

Di sini teman nak tekankan, istilah 'tidak diiktiraf' dan 'tidak halal', dua perkara yang bukan sama ertinya. Tak la teman maksudkan, buleh main balun saja ikut suka, tapi kita kena bersikap rasional dengan apa yang jadi di sekeliling kita. Tak boleh main tuding jari sesuka, buat kesimpulan ikut kefahaman sendiri, dan antara sikap orang kita yang paling popular, suka menyampaikan. Tak kira la benda tu sahih ke tidak, janji disampaikan.

Secara peribadinya, teman rasakan dengan kuasa yang diperuntukkan kepada JAKIM untuk mengeluarkan sijil halal Malaysia, ia dah mirip kepada seorang jurulatih yang mengiktiraf salah seorang pemainnya untuk dilantik sebagai penyerang utama dalam pasukan bola. Tak ada apa yang diperlukan lagi untuk menjulang lebih tinggi seorang striker, bila dia dah menyarung jersi nombor 10.

Menjaringkan dua gol di separuh masa pertama, dan menambah satu jaringan lagi di separuh masa kedua, dia hanya perlu fokus kepada tugasnya menjaringkan gol, sebagai tugas prinsipal kedudukannya sebagai penyerang utama. Atau paling tidak, dengan kelajuannya turun naik di atas padang, mampu membantu jentera pertahanan untuk mengekang sebarang kemungkinan serangan balas.

Bermain fancy, penuh gaya, mengejek-ngejek pasukan lawan dalam kategori underdog tak menjadikan seorang penyerang itu lebih baik dari yang lain. Sebaliknya? Dia terlupa, di separuh masa pertama dia dah dilayangkan kad kuning sebab menyebabkan kecederaan pemain pasukan lawan, dan sebab dek nak bergaya lebih, meraikan keterlaluan semasa jaringan ketiga, membazirkan masa yang terlalu banyak sehinggakan si pengadil tidak boleh bersabar lagi.

Hasilnya? Layangan kad kuning kedua kepada si penyerang ini di hujung separuh masa kedua, diarahkan keluar padang, berehat dari permainan. Kesan tak langsung dari kekurangan seorang pemain, pasukan lawan menyerang balas di masa tambahan, menyumbat lagi dua gol sebelum wisel penamat.

Ke situ hanyut dan tenggelamnya reputasi sebuah pasukan bolasepak tersohor, dibogelkan oleh sebuah pasukan underdog yang tak ada sesiapa menjangkakan ia mampu memberi saingan, dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri ... oh, si striker hanya boleh menjaringkan gol, tapi tindak-tanduknya tak menampakkan dia menggunakan otaknya sebaik mungkin.

Kepada sesiapa yang terkait dengan artikel ni, harap jangan kecik hati dan terima dengan hati terbuka. Ini pandangan peribadi teman sebagai sebahagian dari masyarakat yang sentiasa memerhati dan cuba mencerna sebaik mungkin apa yang dipaparkan kepada umum.

Oh iya! Apa kisahnya coklat yang dikesan ada DNA babi tu ye? JAKIM mungkin perlu merubah prosedur kepada mekanisme pemantauannya sebab, coklat tu ada sijil halal JAKIM, bukannya sijil dari agensi-agensi yang dipangkah-pangkah oleh JAKIM sebelum ni.

Diharap semuanya mampu diselesaikan dengan pendekatan paling berhemah dan cukup ilmiah. Teman sendiri pun tak mengharapkan JAKIM akan dilayangkan kad kuning kedua dalam persaingan ini. Tiada lagi permainan secara fancy yang perlu dimainkan di sini. Fokus sahaja kepada nilai teras khidmat-khidmat yang kita dipertanggungjawabkan. Pasukan underdog sedang memerhati adanya kebarangkalian untuk menempa nama dan status yang lebih baik, dari masa ke semasa.



*** tunduk, insaf ***

Sekian aje la bebelan teman untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu