Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

HALAL: Bila Si Striker Bermain Fancy

Coklat ada DNA babi? Nah... korang memang biasa la camtu. Rasa macam baca artikel yang difotostat dari halaman-halaman surat khabar. Tajuk sikit-sikit lain, tapi cerita dengan gambar tengok macam lebih kurang aje pun. Ah, lantaklah situ kan? Ikut selera masing-masing. Hari ni teman nak kongsikan sikit pandangan peribadi teman berkait isu pensijilan halal di Malaysia. Kalau ada yang baca, rasa macam nak naik blood pressure sampai ke siling rumah tu, buleh la terus berenti baca, dan konsentret kepada isu piala Thomas. Kalau JAKIM tu teman samakan dengan striker bolasepak, korang rasa patut ke tidak? Ada sesetengah pemain bahagian serangan, atau digelar striker ni, pantang la dapat gol lebih dari dua, memang lepas tu lupa diri la. Masuk je gol ketiga, dia pun main fancy gegila la sebab nak ejek pasukan lawannya. Sedor tak sedor, pasukan lawan yang mulanya keciciran tiga-satu tadi, masuk ke masa tambahan udah score lagi dua gol sebab si striker tadi memain je lebih kat atas padang. K

TIPS: Atasi Masalah Bau Perabot / Kemasan Baru

Haaa... biasa teman dengor orang komplen bila pasang perabot baru atau baru berpindah (tak kira la pindah rumah ke opis), berminggu-minggu rasa mata pedih, hidung rasa perit, nak bernafas pun rasa sesak, kepala rasa macam melayang dan lain-lain kesan lagi.   (Sumber imej - marketinghq.com.au) Dalam situasi macam ni biasanya kompeni pembekal pepasangan pejabat macam kabinet, partition , kerusi meja dan lain-lain barang akan dipersalahkan. Bagi teman secara peribadinya, betui kita buleh kata betui, salah pun buleh jadi juga. Sebabnya? Kita tak boleh nak persalahkan pembekal tu 100% andai kata bangunan kita tak direkabentuk dengan baik. Teman pernah tengok sendiri berkali-kali, ada beberapa opis yang berhawa dingin, workstation untuk berbelas dan berpuluh-puluh orang, ruang yang sempit, langsung tak ada tingkap... dan paling syiok punya, satu kipas ekzos pun tak ada. Pernah juga dengor ada majikan komplen sebab staf dia asyik sakit-sakit lepas pindah opis baru. Kunonnya macam tak serasi

RESIPI: Doh Gebus Pom Pom Pom

Hahaha. Nama makanannya pun dah pelik-pelik. Saje je kan? Yang sebenornya, teman cuma nak share satu resipi yang buleh kata simple ni le, hanya untuk buat doh. Cara mana korang nak guna doh ni, ikut pandai korang la ye tak? Ada orang suka donat, ada plak yang teringin nak makan cakoi, kot teringin nak buat kuih 'burger Malaysia' inti ikan bilis tumis tu pun buleh jugak. Sesuka korang la. Untuk teman yang tak berapa berkenan makanan manis ni, teman nak guna doh ni untuk buat pau goreng inti sambal ikan sardin. Cemana rupanya? Korang buleh tengok kat gambor bawah ni. Bahagian luar yang garing, rangup dan bahagian dalam plak lembut dan gebu jeee. BAHAN - BAHAN - 2 cawan tepung 1 inci potongan mentega atau marjerin (dari ketulan 200/250 gm.) 2 sudu besar susu sejat atau 2 sudu susu tepung (dilarutkan dengan 3 sudu besar air suam) 1/2 atau 1 sudu makan gula 1 sudu teh garam 2 sudu teh sebuk yis kering (dilarutkan dengan setengah cawan air suam) Minyak masak secukupnya untuk mengg