Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


RESIPI: Pai Epal Goreng (Fried Apple Pie)

Aaa... mood main masak-masak, makan-makan dah datang lagi. Hahaha. Hujung minggu camni kalo takde aktiviti, elok la masak-masak dengan famili kan? Paling tidak pun, kot buleh buat apa-apa kudapan untuk minum petang nanti.

Kadang-kadang kita ni selera macam Mat Saleh, tapi bercakap omputeh pulak bunyi macam wak drebar teksi dalam cerita P Ramlee tu. Macam-macam pesen ada la, dah namanya pun manusia. Kalau korang ingat-ingat balik, bila last korang makan pai epal MekDi? Ce ingat, ce ingat. Haaa... kalau teman, takyah tanya la. Memang udah bertahun-tahun teman tak makan kat situ. Order bawak balik idak, talipon suruh hantor ke rumah pun udah tak ingat bila masanya.



Teringin nak nyekik pai epal goreng macam style MekDi tu? Jom, try buat. Memang tak 100% sama sebab resipi ni teman dah tune ikut selera teman. Kalo korang cukup kreatif, buleh aje pinda-pinda sikit, bagi ngam ikut tekak korang.

OK, moh kita tengok resipinya.

- - -

BAHAN-BAHAN:

Inti -

1 biji epal hijau saiz besar (dikupas, dipotong dadu sebesar ibu jari)
1 sudu gula
1 sudu besar mentega
3/4 cawan air
1 sudu teh serbuk kayu manis (atau 1 inci kulit kayu manis)
1 sudu teh jus perahan lemon (kalau suka masam)


Kulit -

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu minyak masak
1-2 cawan air (ikut kualiti tepung)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


CARA PENYEDIAAN:

a.) Panaskan mentega dalam periuk dengan api perlahan. Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur.

b.) Tuangkan air, besarkan sikit api ke tahap sederhana dan tunggu hingga air mendidih. Masukkan kayu manis dan biarkan lima minit. Kalau guna kulit kayu manis, keluarkan dari periuk bila bau kayu manis sampai ke tahap yang kita suka.

c.) Masukkan potongan-potongan epal, tunggu sampai lembut dan tambahkan jus lemon.



d.) Biarkan sekejap lagi atas api, sampai jadi macam dalam gambar kat bawah ni.




e.) Padamkan api, salinkan inti ke atas pinggan rata dan biarkan sejuk lebih kurang 20-30 minit.

f.) Tuang tepung ke dalam bekas adunan, gaulkan dengan garam halus dan serbuk penaik hingga rata.

g.) Tambahkan dengan minyak masak, dan gaul lagi sampai semua minyak meresap rata dengan bancuhan tepung.

h.) Tuang air sedikit demi sedikit, sambil uli-uli adunan. Bila adunan rasa dah cukup air dan cukup rata, golek-golekkan dengan tepung gandum yang tak dibancuh, supaya tak melekit.

i.) Bentukkan bola-bola, dan leperkan atas permukaan rata yang dah ditepungkan. Tebal yang kita nak lebih kurang sama dengan kulit karipap. Rupanya pun lebih kurang sama dengan tepung karipap pun.

j.) Terapkan kepada bentuk empat segi ke, bulat ke, segitiga ke, bentuk kepala Doraemon sekalipun, itu ikut suka sendiri la. Hehehe.

k.) Letakkan inti yang dah sejuk ke atas kulit yang dah diterap. Katup keliling kulit dengan jari, lepas tu matikan dengan garpu. (Elakkan terlebih isi inti. Takut nanti bila digoreng kulitnya terbuka)

l.) Langkah seterusnya ni, kalau goreng terus boleh, atau nak disimpan dalam pembeku dulu pun boleh juga.

m.) Bila menggoreng, gunakan minyak yang banyak untuk pastikan tahap garingnya seragam.


n.) Dah siap digoreng, biarkan sekejap sampai suam sebelum dimakan. (Jangan dimakan masa panas-panas, sebab intinya banyak simpan haba. Tak pasal-pasal lecur lidah nanti.)


Hmmm... senang je kan? OK, sekian aje la sesi perkongsian kita untuk pagi ni.

Wassalam...

Comments

  1. sedap :) hihi.. nak fight mat gebu ke?

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Takyah celen sesapa. Buat malu je. Ni resipi bujang-bujang jeee.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me