Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


MH370: Blogger Kena Lempang Sampai Pekak Sebelah

Perkembangan terkini ini dibawakan kepada anda oleh BraderPET.com 

(Kredit kena letak la beb, sebab gua orang pertama yang laporkan benda ni. P/S : Jangan lupa klik semua iklan. Kalo tak nak, jangan baca! Puuuiiihhh...!!!)

GEMPAR! GANAS! SERAM! NGERI! Atas keterujaan seorang penulis blog yang sentiasa melaporkan segala perkembangan secara... (ehem!) copy-paste dari laman web Astro Awani, di samping spekulasi-spekulasi berbentuk heran tak tau nak kata apa, beliau telah mendapat habuannya semalam.


(Gambar hiasan tak ada sebarang kaitan apa dengan cerita)

Sepanjang tempoh melewati sebulan sejak insiden kehilangan pesawat MAS, MH370 yang menjadi perbualan seluruh dunia, blogger yang tak dikenali ramai (tapi dia rasa orang lain kenal dia la, macam dia gelamer) telah dilempang oleh sekumpulan 38 orang wakil kepada cucu tiri mak sedara angkat ipar ketua kampung salah seorang waris kejadian kehilangan pesawat yang misteri itu.

Menurut sumber risikan agen-agen pinjaman wang berlesen di Uganda Barat, sebelah atas sikit Sungai Ganges semalam, penulis blog tersebut menerima rawatan dan dimasukkan ke wad CCU di salah sebuah hospital sakit jiwa yang dirahsiakan lokasinya. (Psssttt... Sebenornya perisik tu sendiri tak pasti hospital tu kat mana. Dalam report risikannya dia tulis koordinat 25.0000 N, 71.0000 W - nampak benor bongoknya, sebab situ Bermuda Triangle)

Beberapa kecederaan direkodkan termasuk telinga pekak sebelah, gegaran otak yang boleh menyebabkan epilepsi ketika dalam suhu persekitaran -dua darjah Celsius, dan tidak ketinggalan cara bercakap yang kurang teratur, bersembur-sembur air liur kerana kehilangan sejumlah besar gigi di bahagian hadapan.

Kami masih menunggu laporan-laporan terkini sejak tengah malam tadi, namun tidak menerima apa-apa perkembangan positif. Difahamkan, pegawai risik terlibat sakit perut cirit-birit akibat tertelan 800 gram ubat julap, tapi ditulis dalam laporan - terkena buatan orang.

Apa-apa pun, kekalkan minat anda dengan topik ini yang hanya dilaporkan di blog ini sahaja. Blog lain takde buat perangai sewel camni yang bersungguh-sungguh nak meraikan kecelakaan orang lain macam cerita best jeee.

Jangan lupa, klik iklan. Semua iklan korang klik. Kalo tak, jangan baca tau.

KRINNNGGG...!!! Opocot! Haish...!!! Mimpi je rupanya. Ingatkan macam iye iye je tadi. Dah poyo semacam je taip memacam. Eeeeuuuwww...

Sekian aje la. Terima kasih la sebab korang dah sama-sama celebrate besday teman hari ni dengan meluangkan masa membaca entri takde pekdah ni. Huahahaha.

Jangan marah aaa...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me