Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

RESIPI: Pai Epal Goreng (Fried Apple Pie)

Aaa... mood main masak-masak, makan-makan dah datang lagi. Hahaha. Hujung minggu camni kalo takde aktiviti, elok la masak-masak dengan famili kan? Paling tidak pun, kot buleh buat apa-apa kudapan untuk minum petang nanti. Kadang-kadang kita ni selera macam Mat Saleh, tapi bercakap omputeh pulak bunyi macam wak drebar teksi dalam cerita P Ramlee tu. Macam-macam pesen ada la, dah namanya pun manusia. Kalau korang ingat-ingat balik, bila last korang makan pai epal MekDi? Ce ingat, ce ingat. Haaa... kalau teman, takyah tanya la. Memang udah bertahun-tahun teman tak makan kat situ. Order bawak balik idak, talipon suruh hantor ke rumah pun udah tak ingat bila masanya. Teringin nak nyekik pai epal goreng macam style MekDi tu? Jom, try buat. Memang tak 100% sama sebab resipi ni teman dah tune ikut selera teman. Kalo korang cukup kreatif, buleh aje pinda-pinda sikit, bagi ngam ikut tekak korang. OK, moh kita tengok resipinya. - - - BAHAN-BAHAN: Inti - 1 biji epal hijau saiz besar (dikupas,

Spesifikasi Lengkap Lenovo TAB A7-30 (A3300)

Atas permintaan, kat bawah ni korang boleh semak hardware specs . untuk tablet antara yang terbaru Lenovo keluarkan. Modelnya A3300, bersaiz tujuh inci diagonal . NOTA : Jika maklumat ini ingin dikongsikan, sila masukkan sumber maklumat - http://m.braderpet.com bagi memudahkan proses pencarian untuk mengemaskini sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau perubahan. Terima kasih. - - - LENOVO LenovoA3300 GV System (Android 4.2.2) Model LenovoA3300-GV Manufacturer LENOVO Device A3300-GV Product Lenovo_A3300-GV Brand Lenovo Android Version 4.2.2 (Jelly Bean) API Level 17 Build ID JDQ39 Fingerprint Lenovo/Lenovo_A3300-GV/A3300-GV:4.2.2/JDQ39/A3300GV_A422_01_19_140305_ROW:user/release-keys Display (1024x600) Size 1024x600 Refresh Rate 57.24 Hz Default Orientation Portrait Physical Size 7.42" (18.84 cm) Logical Size Large Density 160 dpi (Medium) Pixels Per Inch X: 160; Y: 160 Processor (ARMv7) Processor ARMv7 Processor rev 3 (v7l) Cores 4 Max Frequency 1300 Mhz Instruction Sets armeabi

Kekuatan Pengiklanan dan Penjenamaan

Adakah selama ni kita membeli kerana kualiti produk, keyakinan kepada jenama atau sekadar dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran murahan semata-mata?   Fikir-fikirkanlah. Sekian... Wassalam...

MH370: Blogger Kena Lempang Sampai Pekak Sebelah

Perkembangan terkini ini dibawakan kepada anda oleh BraderPET.com  (Kredit kena letak la beb, sebab gua orang pertama yang laporkan benda ni. P/S : Jangan lupa klik semua iklan. Kalo tak nak, jangan baca! Puuuiiihhh...!!!) GEMPAR! GANAS! SERAM! NGERI! Atas keterujaan seorang penulis blog yang sentiasa melaporkan segala perkembangan secara... (ehem!) copy-paste dari laman web Astro Awani, di samping spekulasi-spekulasi berbentuk heran tak tau nak kata apa, beliau telah mendapat habuannya semalam. (Gambar hiasan tak ada sebarang kaitan apa dengan cerita) Sepanjang tempoh melewati sebulan sejak insiden kehilangan pesawat MAS, MH370 yang menjadi perbualan seluruh dunia, blogger yang tak dikenali ramai (tapi dia rasa orang lain kenal dia la, macam dia gelamer) telah dilempang oleh sekumpulan 38 orang wakil kepada cucu tiri mak sedara angkat ipar ketua kampung salah seorang waris kejadian kehilangan pesawat yang misteri itu. Menurut sumber risikan agen-agen pinjaman wang berlesen di Uganda

Transformers [5] : Siapa Bumblebee?

OK, kita tau pertengahan tahun ni Transformers 4 akan mula ditayangkan. Korang mesti tau watak Bumblebee kan?   Tapi, kalau korang betui-betui peminat Transformers dari generasi yang memula dulu, pasti korang tau yang Bumblebee sebenornya bertukor dari robot kepada Volkswagon Beetle. Cuba ingat baik-baik, apa alternate mode Bumblebee yang sebenornya. Bukan Chevy Camaro kan? Hmmm... Macamana kalo ada pulak nanti Transformers 5, patut tak kita mengharapkan watak Bumblebee dikembalikan kepada jenama VW, sebab dah ada satu gambaran yang sangat kena gayanya dengan watak tu. Tadaaa...!!! 2014 Volkswagon Beetle GSR . Amacam? Nampak lebih cool dari apa yang ada sekarang? Kalau ditanya kepada teman, memang kompomlah... ini calon yang lebih baik. Sebabnya? Yang original tu kan lebih bernilai? Hehehe... Sekian aje la, bacaan melalut buat perabis masa korang. Wassalam...