Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Oh My English GAGAL?

Adakah program Oh My English itu gagal, atau sekadar kita bangsa yang memang lahir dengan sifat mahukan hiburan semata-mata? Teman agak susah nak terima kenyataan yang program Oh My English tu tak bagus atau gagal mencapai objektifnya, kalau punca datang dari kelemahan rancangan tu. 



Agak susah juga nak menyusun satu program pendidikan yang bersahaja, tapi mampu sampaikan ilmu dan maklumat macam tu kan? Dan bukan satu benda mudah juga nak dapatkan pelakon-pelakon yang sesuai untuk bawak watak-watak penting dalam tu.

Ahad lepas bila teman lalu dekat dengan sebuah mesin ATM bank merah-putih, teman sempat ambik gambor satu teks yang agak 'catchy' di skrin tu.


Tengah dok tekan butang nak ambik gambor, skrin tengah nak bertukor ke tulisan lain. Hahaha. Itu je yang teman dapat. Apa-apa pun, agak aneh teman rasakan andai kata sebuah syarikat kewangan yang sayap pasarannya meluas sampai ke luor negara, tapi masih mengamalkan bahasa Inggeris yang kurang tepat.

"Oh, benda kecik je tu. Bukan orang perasan sangat. Kecoh la kau ni." OK, fine... andai kata sambil lalu, dalam tempoh dua saat teman buleh tangkap silapnya kat mana, yang tu boleh kata orang tak perasan? Kekekeke.

Kita harap, dapat la pihak pengurusan bank tu perbetuikan apa yang tak berapa betui macam tu. Negara kita ni kan tersenarai antara negara paling banyak dilawat warga asing. Agak ke-'malu'-an juga la rasanya kalau nanti ada mat saleh dua tiga orang tengah dok rakam video kat skrin mesin tu, dan upload pulak ke Youtube nanti kan?

Jadi, gagal ke program Oh My English tu? Bagi teman, secara peribadinya ia tak gagal. Andai kata gagal sekalipun, bukan berpunca dari olahan atau perlaksanaan program tu, sebalik berpunca dari sikap orang kita sendiri. Tak tahu, tapi tak nak ambik tahu, kan?

Sekian bebelan untuk kali ni. Wassalam...

Comments

  1. hm.. mungkin tak proof read dulu kot kan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik gak kan? Cemana kompeni bank besor camtu buleh buat silap mudah camni. Hmmm...

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba