Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Minuman Coklat Malt Jenama V dan Jenama 1

OK, maklumat macam ni korang boleh baca bila korang rasa dah takde apa yang berfaedah untuk dibuat. Sebab apa? Sebab kena banyak berfikir, dan macam biasa... sifat orang kita memang tak suka tengok nombor, analisa, dan benda-benda yang tak terkait dengan drama Korea, K-pop, bla-bla-bla.

Minggu lepas teman sempat ke kedai rakyat untuk dapatkan (beli) sampel sebungkus serbuk minuman coklat malt. Hmmm... jenuh teman cari kat pasaraya yang ada dekat-dekat rumah teman ni, memang takde jual. Jadi, kebetulan dah terjumpa kedai rakyat tu kat Kuala Selangor, teman beli la terus.



Dalam gambor kat atas ni, kat sebelah kiri tu sampel coklat malt jenama V yang pada hemat teman boleh dijadikan satu tanda aras untuk dibuat pembezaan, dan di sebelah kanan pulak sampel jenama 1 yang nak teman analisa. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak gunakan jenama M yang bungkusan hijau sebagai penanda aras. Oh, itu nanti akan jadikan perbandingan tak relevan macam beli Perodua Kancil, tapi nak berlumba dengan Lotus Elise. Faham kan?

Ujian-ujian ringkas sempat teman buat untuk pastikan korang tak berharap kepada fakta-fakta bernombor semata-mata. Memang bosan gila la tengok nombor banyak-banyak. Silap gaya boleh tersembam muka ke meja dibuatnya. Hehehe.

Antara lain, teman membezakan kaler serbuk-serbuk minuman tu, dan macamana rupa keadaannya bila dibancuh. OK, boleh tengok sendiri ye. Penanda aras kita, jenama V sentiasa di sebelah kiri, dan sampel yang kita uji di sebelah kanan.

Jenama 1 nampak jauh lebih cerah dari jenama V.

Dan seterusnya bila kita bancuh dengan air (amaun serbuk coklat dan air disukat dengan cermat, sama seimbang untuk kedua-dua sampel), ini hasilnya -

Woaaa... jadi terbalik. Sekarang yang sebelah kanan dah jadi lebih gelap dari yang kiri pulak. Ajaib sungguh! Kekeke.

Bila kita perhatikan, sampel jenama 1 masih banyak yang terapung walaupun dibancuh dengan air suam 80 darjah Celsius. Jenuh juga teman kacau-kacau, tapi susah juga nak larutkan.

Rasanya pulak cemana ye? Hmmm... pada hemat teman, sampel jenama V lebih kena dengan selera teman sebab teman ni kurang minat dengan benda-benda manis. Walau macamana sekalipun, ujian rasa ni tak buleh jadi panduan muktamad sebab sampel-sampel dibancuh tak ikut saiz hidangan yang dicadangkan kat bungkusan tu. Dan, lidah manusia kan tak sama. Ada yang kata dah elok manis, tapi mungkin ada yang kata terlalu manis atau kurang manis. Ikut selera masing-masing la kan?

Bagi yang minat dengan menganalisa nombor-nombor, kat bawah ni teman sediakan satu jadual perbandingan antara sampel V dan sampel 1 untuk korang jadikan panduan, yang mana satu lebih menepati keperluan dan kehendak korang.

Hmmm. Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Sekian, wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba