Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Kabinet Dapur (DIY Bulan Ramadhan 1431H)

Kembali atas popularitinya sendiri, maka entri kabinet dapur ni teman masukkan balik ke dalam blog teman ni. Terima kasih atas sokongan semua! :-)

- - -

Konsep sendiri, design sendiri, buat drawing sendiri, tukang sendiri... Maka, terhasillah kabinet dapur baru ni. Bajet yang tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan ditempah dengan kontraktor. Alhamdulillah, selesai sudah. 

Yeah, bersih dan kemas rasanya konsep ni. Hitam-putih.
Gambar semasa baru siap, sebelum barang-barang dimasukkan.

Tiga pintu. Paling kiri - Barang kegunaan harian. Tengah - Tong gas dan simpanan barangan kurang aktif. Paling kanan - Simpanan barang paling jarang guna. Memang spesifik, tak campur aduk.

Tempat letak tong gas ada tanda - supaya jangan lupa tutup. Kalau tak, nanti nampak tong gas kaler hijau-merah yang berkarat-karat tu. Hehehe (Syarikat Nasional punya ke tong hijau-merah tu) Ada lubang air-vent untuk pengudaraan - selalu designer lupa, tempat gas perlu ada pengudaraan yang baik.

Dah mula letak barang-barang. Yang sebelah sinki tu memang terhad untuk pengeringan sahaja. Sebab tu kecil sahaja ruangnya. Dah kering, akan masuk ke para dalam ruang paling kiri tadi.

Dapur gas, pemanas air dengan penanak nasi - guna balik barang lama. Boleh guna lagi. Konsep warna pun kena dengan kabinet baru ni. OK, tak payah bazir untuk rupa. Janji praktikal, memenuhi keperluan.

Konsep satu aliran (one-flow). Minimumkan pergerakan yang tidak perlu (konsep 'Lean'). Paling kanan untuk mencuci, bahagian tengah untuk membilas dan mengering, ke kiri lagi untuk memasak. Ikut sunah la kot nih. Buat kerja mula dari kanan, selesai di sebelah kiri. :-)

Ruang simpanan paling kiri (barangan yang paling kerap digunakan sahaja).

Tempat tong gas dan simpanan barang kurang aktif (pembakar roti, pemerah jus, pengadun tepung, dan lain-lain).

Panel 'air vent' boleh buka untuk masuk dan keluarkan tong gas. Tong gas tak perlu diangkat untuk dimasuk dan dikeluarkan, dah ambil kira siap-siap. (Tangan bersimen setengah tahun dulu, ada kecederaan otot sikit).

Ruang paling kanan (bawah sinki) - untuk simpanan barang yang jarang sangat digunakan. Nak guna, kena cuci dulu la ni.

Yang ni tak ada kaitan dengan renovation. Ni penapis air yang iklan dia 'Syukur, alhamdulillah...' Hehehe

'Close-up' bahagian pengering pinggan-mangkuk. Ada dulang penadah air (warna putih) dan alas plastik (kelabu) untuk elakkan bahagian atas meja terkena air.

'Close-up' pemegang pintu jenis aluminium. Konsep minimal, tak mahu ganggu rupa dan warna asas kabinet.

Kos projek : RM 1,200 tidak termasuk aksesori, RM 1,450 keseluruhannya
Tempoh menyiapkan projek : Lebih kurang 10 hari, dari mula merekabentuk, sehingga siap pemasangan  keseluruhannya.

Comments

  1. boley taw kt mn beli alas plastik hitam tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik/Puan Shida, anti-slip placemat tu beli kat Ikea. Sekarang ni kat Mr. DIY pun ada kot. Murah sikit, tapi kualiti tak sama macam Ikea punya la rasanya.

      Delete
  2. Tanpa Nama9/12/14 1:24 am

    Blh tak bg no wsap atau wsap sy. Nak tanya tentang barang kabinet dapur tu beli kat mana. Kalau balas kat sini mmg sy tak perasan la kot. Hehe kalau x keberatan blh la wsap sy 0131877471 hana

    ReplyDelete
  3. Tanpa Nama9/12/14 1:26 am

    Maaf pembetulan 0132877471

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu