Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


BONGKAR! GEMPAR! Petunjuk Terpenting Misteri Kehilangan MH370

Pasti hampir semua orang dah tau pasal kehilangan pesawat MAS MH370, dan teman rasakan tak perlu la teman nak bagi intro panjang sangat. Ada perkara penting yang terabai dek pemerhatian pihak terlibat operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), dan teman ingin ketengahkan supaya semua pihak yang terlibat boleh bagi sikit peruntukan masa kepada faktor yang dah diketepikan ni.



Iye betui, memang teman serius... macam gambar kat atas ni, teman memaksudkan semua klu dan bukti-bukti yang dikumpul selama dua minggu ni, bukan satu petunjuk yang terus menjerumus kepada gambaran sebenar apa yang berlaku. Sama tak macam kita tengah main jigsaw puzzle, dan nak siap semua baru kita perasan ada satu bahagian yang hilang.

Memang kompom, masalah tak dapat nak diselesaikan andai kata ada perkara penting yang dah diketepikan, betui tak? Apa agaknya faktor yang keciciran tu?

Sebenornya, pihak Mencari dan Menyelamat dah terlepas pandang dan tak ambik input-input penting dari 'penulis-penulis bebas' yang juga namanya blogger, khususnya blogger Malaysia.

Seperti kita sedia maklum, para blogger ni maklumatnya lebih pantas dan jauh lebih tepat dari mana-mana sumber siasatan yang wujud di muka bumi ini. Mereka sungguh efisyen, mengatasi individu-individu lain yang mengikuti isu ni. Hampir setiap jam, ada saja perkembangan terbaru yang nak diketengahkan. Jelas, ini sangat-sangat memalukan semua pihak yang terlibat dalam operasi Mencari dan Menyelamat MH370. Satu aib yang teramat sangat, yang tak mampu ditampung lagi.

Apa nak susah-susah? Tanya je la kat semua blogger tu, kat mana lokasi dan koordinat pesawat MH370 tu. Kan senang je nak settle masalah ni. Itu pun korang tak reti nak fikir ke? Harap pangkat je tinggi, gaji kemain besor... dengan penulis blog pun takleh nak celen. Cap ayam betui la korang ni. Apa galang-gantinya? Tak la susah mana pun... korang letak je kat memana semua infografik kat Astro Awani dan RTM - 

Sumber: BlogAbahTiriLakiMakMenakanAngkatDiaLa.com

Sekian je la. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba