Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Minuman Coklat Malt Jenama V dan Jenama 1

OK, maklumat macam ni korang boleh baca bila korang rasa dah takde apa yang berfaedah untuk dibuat. Sebab apa? Sebab kena banyak berfikir, dan macam biasa... sifat orang kita memang tak suka tengok nombor, analisa, dan benda-benda yang tak terkait dengan drama Korea, K-pop, bla-bla-bla. Minggu lepas teman sempat ke kedai rakyat untuk dapatkan (beli) sampel sebungkus serbuk minuman coklat malt. Hmmm... jenuh teman cari kat pasaraya yang ada dekat-dekat rumah teman ni, memang takde jual. Jadi, kebetulan dah terjumpa kedai rakyat tu kat Kuala Selangor, teman beli la terus. Dalam gambor kat atas ni, kat sebelah kiri tu sampel coklat malt jenama V yang pada hemat teman boleh dijadikan satu tanda aras untuk dibuat pembezaan, dan di sebelah kanan pulak sampel jenama 1 yang nak teman analisa. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak gunakan jenama M yang bungkusan hijau sebagai penanda aras. Oh, itu nanti akan jadikan perbandingan tak relevan macam beli Perodua Kancil, tapi nak berlumba dengan Lo

Kami Rakyat Malaysia

... dan, kami juga tetap berdiri teguh menyokong segala tindakan dalam urustadbir negara ini. *pejam mata, ketap bibir, telan air liur* Sekian, wassalam.

MH370

MH370 : Declared as 'ended in the Southern Indian Ocean' . Diisytiharkan 'berakhir di Selatan Lautan Hindi'. Takziah kepada semua waris mangsa, dan sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Para spekulator, anda patut berhenti membuat andaian liar. Sekian, wassalam. 24 Mac 2014, 10:00PM - MYT

BONGKAR! GEMPAR! Petunjuk Terpenting Misteri Kehilangan MH370

Pasti hampir semua orang dah tau pasal kehilangan pesawat MAS MH370, dan teman rasakan tak perlu la teman nak bagi intro panjang sangat. Ada perkara penting yang terabai dek pemerhatian pihak terlibat operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), dan teman ingin ketengahkan supaya semua pihak yang terlibat boleh bagi sikit peruntukan masa kepada faktor yang dah diketepikan ni.   Iye betui, memang teman serius... macam gambar kat atas ni, teman memaksudkan semua klu dan bukti-bukti yang dikumpul selama dua minggu ni, bukan satu petunjuk yang terus menjerumus kepada gambaran sebenar apa yang berlaku. Sama tak macam kita tengah main jigsaw puzzle , dan nak siap semua baru kita perasan ada satu bahagian yang hilang. Memang kompom, masalah tak dapat nak diselesaikan andai kata ada perkara penting yang dah diketepikan, betui tak? Apa agaknya faktor yang keciciran tu? Sebenornya, pihak Mencari dan Menyelamat dah terlepas pandang dan tak ambik input-input penting dari 'penulis-penulis bebas'

Wordless Wednesday - Edisi Supar Sepesel

Terkini Insiden Kehilangan MAS MH370 ?

Sila maklum bahawa blog BraderPET.com bukan sumber maklumat yang anda perlukan bagi mendapatkan maklumat terkini yang telah disahkan oleh pihak berkuasa / bertanggungjawab. BraderPET.com kekal dengan pendiriannya untuk tidak turut sama 'meraikan' perkara yang amat menyedihkan ini, tidak kira walau apa pun kesudahan insiden ini nanti. Jika ada sekalipun, ia mungkin sekadar pandangan-pandangan bebas secara umum setelah selesai semua siasatan dan kajian-kajian yang dijalankan. Maklumat-maklumat terkini boleh diperolehi di alamat-alamat di bawah - https://www.facebook.com/my.malaysiaairlines http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html https://www.facebook.com/pages/Ministry-of-Transport-Malaysia/178566888854999 http://www.astroawani.com Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Kabinet Dapur (DIY Bulan Ramadhan 1431H)

Kembali atas popularitinya sendiri, maka entri kabinet dapur ni teman masukkan balik ke dalam blog teman ni. Terima kasih atas sokongan semua! :-) - - - Konsep sendiri, design sendiri, buat drawing sendiri, tukang sendiri... Maka, terhasillah kabinet dapur baru ni. Bajet yang tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan ditempah dengan kontraktor. Alhamdulillah, selesai sudah.  Yeah, bersih dan kemas rasanya konsep ni. Hitam-putih. Gambar semasa baru siap, sebelum barang-barang dimasukkan. Tiga pintu. Paling kiri - Barang kegunaan harian. Tengah - Tong gas dan simpanan barangan kurang aktif. Paling kanan - Simpanan barang paling jarang guna. Memang spesifik, tak campur aduk. Tempat letak tong gas ada tanda - supaya jangan lupa tutup. Kalau tak, nanti nampak tong gas kaler hijau-merah yang berkarat-karat tu. Hehehe (Syarikat Nasional punya ke tong hijau-merah tu) Ada lubang air-vent untuk pengudaraan - selalu designer lupa, tempat gas perlu ada pengudaraan yang baik. Dah mula letak

Oh My English GAGAL?

Adakah program Oh My English itu gagal, atau sekadar kita bangsa yang memang lahir dengan sifat mahukan hiburan semata-mata? Teman agak susah nak terima kenyataan yang program Oh My English tu tak bagus atau gagal mencapai objektifnya, kalau punca datang dari kelemahan rancangan tu.  Agak susah juga nak menyusun satu program pendidikan yang bersahaja, tapi mampu sampaikan ilmu dan maklumat macam tu kan? Dan bukan satu benda mudah juga nak dapatkan pelakon-pelakon yang sesuai untuk bawak watak-watak penting dalam tu. Ahad lepas bila teman lalu dekat dengan sebuah mesin ATM bank merah-putih, teman sempat ambik gambor satu teks yang agak ' catchy ' di skrin tu. Tengah dok tekan butang nak ambik gambor, skrin tengah nak bertukor ke tulisan lain. Hahaha. Itu je yang teman dapat. Apa-apa pun, agak aneh teman rasakan andai kata sebuah syarikat kewangan yang sayap pasarannya meluas sampai ke luor negara, tapi masih mengamalkan bahasa Inggeris yang kurang tepat. "Oh, benda kecik