Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


[ULASAN] Kunjungan ke Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Hilir Perak


Kalau peminat ikan, dapat makan ikan bakor memang syiok OK? Kalau kena la sambal belancannya, dengan air asamnya... perghhh... kelazatannya hingga menjilat tapak kaki. Eh silap! Hingga menjilat pinggan kot. Kekeke.

Hujung minggu yang baru lepas ni teman takde la nak merancang keluor bercuti ke apa ke. Ingat nak dok rehat kat rumah je. Terlalu banyak aktiviti, nanti nak mula koje balik mula le rasa liat semacam je. Ntah cemana, rezeki nak datang kita tak duga kan? Ada orang kontek-kontek teman ajak cuba rasa makanan laut kat medan ikan bakor kat satu tempat, dekat-dekat dengan sempadan negeri Perak dan Selangor. Lokasinya Simpang Empat Hutan Melintang. Eh, bukan lintang-pukang la! Namanya Hutan Melintang je, takde plak sambung-sambung.

Apa lagi? Orang nak belanja kan? Layan je laaa... Alhamdulillah. Hehehe.


Dari segi lokasi, teman katakan memang strategik sebab dekat-dekat ngan simpang besor. Senang orang nak datang dan kalo orang luor tu takde masalah nak cari tempat ni sebab dekat-dekat simpang ni ada banyak deretan kedai-kedai untuk tanyakan tempatnya.

Parking takde masalah sangat teman rasa, sebab bila tengok kat dalam medan ikan bakar ni ramai orang... dan masih ada banyak ruang lagi untuk letak kereta. OK la tu.


(Sori, tak perasan ada nombor-nombor plet yang tak dipadam.)



Oh ye! Korang boleh nampak ada satu gerai jual yong tau foo dekat dengan pintu pagar masuk ke medan ikan bakar ni. Teman rasakan yong tau foo kat situ sedap, sebab cawangan dari Taiping. Kita andaikan benda-benda yang ada bercawangan ni bagus la, sebab kalo tak sedap takkan ada permintaan plak kat tempat lain kan? Andaian aje ni ye. Teman tak sempat nak merasa pun yong tau foo tu.

Berbalik la kita kepada cerita Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Hilir Perak ni ye. Suasana yang agak cool teman katakan sebab korang boleh perati kereta lalu-lalang kat situ. Maklum le, kat tepi jalan besor. Cuma, ada sikit ralat sebab ada saluran longkang yang tak bertutup. Takut bebudak terjatuh je.

Bila dah order makanan tu, kita pun apa lagi... borak la, borak-borak-borak sampai letih. Eh-eh. Letih dah rasanya pim pang pet pot, makanannya mana? Udah dekat sejam suku nunggu ni. Ayor pun udah macam nak kering je dalam jag tu. Lalu, atas dasar keprihatinan maka kawasan dapur pun dijengah nak tau apa ceritanya.



(Diorang makan yong tau foo sementara tunggu makanan lain sampai)






Sekali silap hantor rupanya. Rezeki orang kat meja lain le tu, dapat makan dulu dari kitorang. Diorang kena bayor ke idak, itu teman tak pasti. Apa yang teman pasti, pekerja yang terlibat bergaduh mulut plak dengan si tukang ambik order, main tuduh-tuduh, sound kat pelanggan yang bertanya - suruh diam, dan tarik muka masam.

Weh! Customer datang nak makan la. Dah buat tempahan, memang le nak tau kenapa makanan tu tak tiba ke meja. Apa masalahnya? Tak cukup bahan ke, atau dah tak menang tangan ke... sekurang-kurangnya jawab dengan jujur dan mengaku aje la dah buat silap. Nak marah-marah pasal apa plak kan? Cakap elok-elok, orang boleh faham OK?

Apa pun, terima kasih bebanyak la sebab akhirnya atas meja kami  terhidang dengan makanan-makanan ni. Alhamdulillah. Terpujuk juga perut yang dah mula berbunyi-bunyi.







Kalau ditanya pasal makanan pulak, teman cukup berpuas hati dengan sotong goreng dan tomyam, manakala sotong bakor, ikan goreng dan ketam goreng cili tu kurang (sopan sangat, 'tak' ialah perkataan yang lebih tepat)... kurang menepati selera teman.

Secara jujurnya, teman kurang senang dengan ikan goreng yang terlalu garing sampai jadi keras dan hilang rasa segarnya, sotong bakar yang tak lekat dengan rasa rencahnya juga ketam yang teman tak berapa pasti terlalu kecik atau terlebih masak sampai kulitnya jadi rapuh macam keropok. Susah juga nak dikeluarkan isinya kalau macam tu kan?

Teman tak nak la dikatakan cuba merosakkan perniagaan orang... cuma kalau kita berniaga dan caj orang beratus ringgit, kita bagi la produk dan servis yang menepati dengan harga yang dibayor. Andai kata teman tau macam tu hasil di hujungnya, lagi baik teman rekemen kat orang yang sponsor tu untuk makan yong tau foo atau sotong kangkung aje. Makanannya mudah menepati expectation, dan harganya tak la terlalu mahal sampai tak sepadan dengan nilai matawang yang dibayor.

Hmmm... syukur la. Sekurang-kurangnya kami tak balik dengan perut kosong malam tu. Alhamdulillah. Waktu lapor macam tu, faktor rasa terpaksa diketepikan demi memujuk perut yang dah berirama keroncong. Kekeke.

Nasihat teman kepada pengusaha medan ikan bakor ni, harap-harap dapat diperbaiki lagi tahap servis dan yang penting, produk yang dihidangkan di atas meja biarlah tak menjadikan pelanggan rasa terkilan membayornya. Anyway... nobody's perfect, right? Sentiasa ada ruang untuk diperbaiki, insyaAllah.

Terima kasih tak terhingga kepada yang menaja makan malam ni, iaitu Puan Ruhaizah. Ada rezeki lebih, buleh la belanja lagi ko. Ahahahaha.

Sekian sahaja review santai teman untuk kali ni. Wassalam...

Comments

  1. Berapa nombor telephone untuk membuat tempahan makan disini..
    Bagile nombor telepone ke hp ke bio teman senang nak kontek .maalumlah teman dtg dari jauh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba