Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


TIPS: Atasi Masalah Komputer Terlalu Panas

Fuhhh...!!! Memang cuaca panas sekarang ni. Nak buat cemana kan? Semalam hujan pun dalam lima minit je, pastu reda. Tak sempat pun nak sejukkan bumbung. Berpeluh-peluh le warga kerja kilang macam teman ni.


( Sumber imej : http://cpstechnologies.yolasite.com )

Seperti kita sedia maklum, barang-barang komputer mudah rosak kalau terlalu panas kan? Apakan idaknya. Ada sebijik monitor LCD kat opis teman ni, pagi semalam elok aje takde apa-apa, tapi bila petang udah kelip-kelip ropa lampu disko. Pagi ni, elok je pulak. Haaa... tanda-tanda tak tahan panas le tu kot.

Jadi, hari ni teman nak kongsikan salah satu tips untuk kurangkan masalah komputer terlebih panas. Simple je ni. Bebudak sekolah macam Ajmal pun buleh buat.


BAHAN-BAHANNYA :

1. Dua bijik kipas PSU komputer (tengok je dalam gambor)




2. Soket ke PSU komputer (yang kaler putih, ada wayar merah-hitam dalam gambor tu).

3. Tiub 'heat shrink' dan pita penebat secukup rasa.

4. Getah penyendal (tak kisah korang guna apa pun, janji tingginya dalam 10mm. dan boleh grip).

LANGKAH-LANGKAH :

a.) Gandakan kedua-dua kipas dengan skru atau lilit dengan pita penebat. Bagi ruang dalam 2-3 mm. antara kipas tu untuk elakkan bilah kipas bersentuh dengan bahagian lain.

b.) Sambungkan wayar kipas-kipas tu secara selari dan sambung ke wayar yang ada soket bekalan kuasa tu. Kemaskan sambungan dan salut dengan tiub 'heat shrink' untuk elakkan dari mudah tercabut.




c.) Bukak casing komputer korang, dan cari la celah Bedah mana boleh selitkan wayar tu. Cucukkan soket bekalan kuasa yang kaler putih tu ke memana sambungan PSU yang masih ada.

d.) Tampal getah penyendal kat bahagian bawah kipas DIY korang tu, kat bahagian depan supaya kipas boleh mendongak.

e.) Tutup balik casing komputer.

f.) Letak kipas tu atas meja kerja korang, dan tala ke arah muka.



g.) Hidupkan komputer dan nikmati kesejukannya.


Hah? Apa pulak camtu jadinya? Yappadaaa...!!! Nak tau kenapa? KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA. 'Komputer' dalam kepala kita tu lagi penting dari komputer yang sebenor tu. Karang kalo dapat sakit kepala ke apa ke sebab dek terlalu panas, cemana plak ye? Huahahahaha.

Sekian aje la ye. Wassalam...

Comments

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me