Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


[REPOST] Ada Halal, Ada Haram, Ada Syubhat... Ada Ilmu?

Isu lama yang teman kongsikan semula kat sini sebab pada hemat teman, artikel lama ni masih relevan dan sangat perlu kita perhatikan. Bukan untuk memalukan atau menjatuhkan sesiapa... tapi cukup sebagai renungan bersama, insyaAllah.

- - - 

Sekadar berkongsi pandangan, berlandaskan pengetahuan yang cetek ini, harap ia dapat serba sedikit memberi gambaran bagaimana kita mengendalikan sesuatu isu dengan lebih berilmiah. Wallahhua'lam.




***


Seringkali kita menerima edaran emel, SMS, notis-notis di laman sosial, blog-blog dan seumpamanya, yang secara MUKTAMADnya menjatuhkan sesuatu produk itu berstatus haram kerana ia terdapat kod-kod tertentu yang dikatakan berasaskan lemak khinzir, sori, lemak babi, lebih mudah menaipnya.


Ingin diberi fokus di sini kepada kod-kod E yang 'popular' dewasa ini, E471 dan E422 yang merupakan bahan tambah kepada makanan. Untuk tidak menyentuh hati sesiapa yang pernah 'menerbitkan' sendiri artikelnya berkaitan isu ini, dan juga kepada sesiapa yang telah terpengaruh untuk mengedarkan artikel-artikel tersebut, di sini dimohon ribuan bahkan jutaan kemaafan kerana entri ini bersifat maklumat ilmiah semata-mata, tidak menyalahkan sesiapa bahkan tidak sama-sekali (atau dua-tiga kali) menjatuhkan maruah dan air muka sesiapa.


Berfikiran terbuka, buka minda luas-luas, kita renung semula... 'Siapakah aku hendak menilai dan menjatuhkan hukum halal dan haram sendiri walhal diriku bukan ahli (kompeten) di dalam bidang ini? Dan, sekiranya aku boleh mengesahkan maklumat aku ini betul, adakah aku pihak yang diiktiraf untuk terus menyebarkan maklumat ini kepada umum tanpa pengesahan pihak ketiga?'


***


Insaf daku... rehat, tenangkan minda semula, elakkan dari emosi mengganggu kewarasan pemikiran.


***


Berbalik kepada nombor. Kod E471 dan E422, ada sesiapa boleh buktikan di sini bahawa ia berasaskan lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam? Jika ada, sila kemukakan di sini agar dapat kita menghuraikan kekusutan yang telah berlegar sekian lama ini.


Secara ilmiahnya, E471 adalah kod untuk 'Mono-' dan 'Diglycerides' asid lemak, iaitu sejenis lemak sintetik yang boleh dihasilkan daripada sumber haiwan DAN tumbuh-tumbuhan. Permasalahan yang timbul adalah - asid lemak dari kedua-dua sumber ini adalah IDENTIKAL secara kimianya. Ini mendatangkan was-was, SYUBHAT, yang dianjurkan kita untuk menjauhkannya sama-sekali. Status halal yang diberikan kepada bahan berkod E471 ini adalah berdasarkan maklumat daripada pengeluar semata-mata. Berisiko bunyinya kan?


Perkara yang sama kepada kod E422, Glycerol, ia juga boleh dihasilkan oleh kedua-dua sumber tersebut.


***

Rehat

***

Masyarakat kita memanglah sensitif kepada isu-isu halal dan haram kerana ia adalah tuntutan agama Islam, ini termasuklah si tukang taip ini. "Hallo bro./sis, kalo takde logo halal yang sah dan diiktiraf, gua pun tak beli la benda tu..." Bentuk penekanan yang biasa kan?


Namun begitu, MENGGUNAKAN (atau TIDAK MENGGUNAKAN) dan MENYAMPAIKAN (atau TIDAK MENYAMPAIKAN) ada dua perkara yang jelasnya berbeza dari segi pengertiannya, juga dari segi amalannya. Kita bayangkan, kita sedang membeli-belah di sebuah pasaraya, kita pun mengambil sebungkus kopi segera 3-dalam-1 katakan. Lalu kita belek-belek, harganya OK, tarikh luputnya masih jauh, tanda halalnya sah... oh, selangkah lagi... nak tengok Kod-E pada senarai bahan.


"Oh-oh... E471 ... ah tidak... Haram! Aku terpegang benda haram! Najis! Babi nih! Ni mesti kat bungkusan ini pun ada kesan babi nih. Astagfirullahhalazim... aku nak balik sekarang gak, aku nak samak. Dan aku nak sebarkan merata-rata, untuk kepentingan ummah, kopi ni haram, ada unsur babi." 


Hasilnya, seperti biasa... kalau bukan esok, pada hari yang sama ada gambar produk tersebut, dengan 'close-up' di bahagian senarai bahannya, tepat ke kod E471, dengan artikel yang panjang lebar, seperti artikel ini :-) . Sangat memakan masa untuk dibaca dan difahamkan. Inilah keistimewaan sistem maklumat dewasa ini. Anda boleh berada di rumah untuk menjadi 'wartawan' atau 'kolumnis' di 'akhbar' anda sendiri, pada bila-bila masa, termasuklah pada 10 November 2010, jam 11 malam.


Malangnya, adakah yang kita sebarkan itu ilmu yang bermanfaat? Apakah konsep ilmu? Jika ia tidak benar (atau tidak dapat dibuktikan benar), masihkah ia ilmu? Jika bukan ilmu, ia jadi apa? Jadi unsur fitnah? Na'uzubillahhiminzalik...


Tenang semula. Anda semua tidak pernah dianggap pencetus fitnah mahupun penyebar fitnah, sebaliknya andalah sebahagian daripada masyarakat yang prihatin, yang berniat menjaga kepentingan ummah. Alhamdulilllah... beruntung masyarakat kita kerana ada ANDA sebagai komponen masyarakat prihatin.


Caranya...??? Ia satu persoalan besar di sini. Kerana 'niat tidak menghalalkan cara'. Satu lagi prinsip yang kita perlu berpegang teguh kepadanya. Adakah wajar cara kita itu? Jika benar, alhamdulillah, ia menjadi maklumat yang sangat berharga untuk menjadi panduan kehidupan kita sehari-harian. Tetapi bagaimana jika ia tidak benar (imbas kembali perenggan ke-3, menyentuh tentang 'kedudukan kita'), adakah ia menjadi unsur fitnah pula? Kita fikirkan sedalam-dalamnya. Kerana kita dikurniakan akal untuk berfikir.


Andai kata fitnah tanpa niat itu 'menjadi', dan syarikat pengeluar itu gulung tikar kerana orang kita tidak mahu membeli produknya, memboikot perniagaannya, adakah kita telah menganiaya perniagaan tersebut juga pekerja-pekerjanya yang mengambil gaji hasil dari perniagaan tersebut. Tidak zalimkah kita berlaku begitu? Atau kita hanya meletakkan situasi ini seperti mereka ini 'mangsa kejadian', dan menutup malu, kita pura-pura tidak tahu dan tidak terlibat dengan perkara itu langsung. Ialah... kadang-kadang tu emel pun pakai emel percuma, sehari boleh daftar 2-3 alamat, bila ada masalah, terus berhenti guna emel tu, atau padamkan terus akaunnya. Kan senang... Oh, konsep masyarakat prihatin - terabai sudah!


Untuk membawa pembaca lebih hampir dengan realiti, kita sediakan dua situasi di bawah untuk kita renung dan nilaikan bersama -


1.  (Copy-paste dari yang di atas, dan disunting sedikit) kita sedang membeli-belah di sebuah pasaraya, kita pun mengambil sebungkus kopi segera 3-dalam-1 katakan. Lalu kita belek-belek, harganya OK, tarikh luputnya masih jauh, tanda halalnya sah... oh, selangkah lagi... nak tengok Kod-E pada senarai bahan.


"Ah, ada Soyalecitihin(E471)." Ia E471 yang berasaskan lesitin soya?


Tenang, kita akan terus membayarnya, sampai di rumah, mungkin kita akan terus membancuhnya, kita akan minum. Eh, itu kan kod lemak babi, E471? Haram la! Bagaimana tu, mahu samak perut anda? Ini hanya provok sahaja kan? Tidak akan berlaku begitu. Bahkan kita BUAT TAK TAHU saja. Esoknya, tak ada pun artikel yang kita keluarkan untuk menyampaikan kandungan E471 di dalam kopi segera itu kan? Di mana keperihatinan kita? Bersikap adilkah kita? Kenapa kita tidak sampaikan maklumat ini? Tidakkah ia bersifat syubhat? Sila imbas kembali perenggan ke-5 - kedua-dua asid lemak ini IDENTIKAL secara sifat kimianya. Beerti, ia adalah berdasarkan MAKLUMAT PENGELUAR SEMATA-MATA. Ia tidak dapat dibezakan di makmal. Bagaimana ia boleh disijilkan halal oleh pihak bertanggungjawab? Sekarang, siapa yang menepuk air di talam, terpercik ke muka sendiri? Oh-oh, daku telah tercetuskan kontroversi di sini? Harap tidaklah ye? Sila baca dengan hati terbuka.


2. (Copy-paste dari yang di atas, dan disunting sedikit) kita sedang membeli-belah di sebuah pasaraya, kita pun mengambil sebungkus kopi segera 3-dalam-1 katakan. Lalu kita belek-belek, harganya OK, tarikh luputnya masih jauh, tanda halalnya sah... oh, selangkah lagi... nak tengok Kod-E pada senarai bahan.


"Oh, ada E471. Tak apa, pilih yang lain yang tiada tercetak E471 di labelnya. Ada banyak lagi produk lain boleh dipilih."


Gambar produk tadi tetap diambil, sebagai melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ahli masyarakat yang prihatin kepada kesejahteraan ummah. Lalu gambar dan maklumat lengkap tentang 'penemuan' itu dihantar ke pihak yang bertanggungjawab untuk menyemak semula kesahihan status halalnya. Dan urusan selanjutnya diserahkan kepada pihak bertanggungjawab, ini termasuklah tugas untuk menghebahkannya kepada masyarakat jika keraguan itu bersabit. Sebab itulah namanya pun PIHAK BERTANGGUNGJAWAB kan? Mereka perlu tanggung, dan mereka perlu jawab, ke atas segala tindakan mereka.


*** Secara jujur dan terus-terangnya, entri ini terlalu panjang. Letih juga nak menghabiskannya. Hehehe *** 


Bagaimana rasanya selepas membaca entri ini? Harap ia mampu memberikan kita gambaran terbaik, bagaimana kita boleh menjadi masyarakat prihatin dalam erti-kata yang sebenar. Wallahhua'lam. Si tukang taip ini pun bukanlah pandai mana. Lebih kepada berkongsi pandangan, bukan nak mengajar pun, bahkan TIDAK LAYAK pun untuk mengajar. Yang halal kita amalkan, yang haram kita tahu haram... jangan kita gunakan, yang syubhat pula... dah tahu syubhat, jauhkan la dulu, sampai ia dapat dipastikan statusnya. 'Gitu-gitu kan?'


Buka minda, tenangkan fikiran... luhurkan hati, insyaAllah, mesej yang cuba disampaikan dapat dicerna oleh minda yang terbuka. InsyaAllah.


Sesungguhnya yang benar itu dari Allah, yang kurang benar itu datangnya dari hamba sendiri.


Wassalam.

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me