"PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku. Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber
(IC LM7805, pakej TO-220)
(Contoh litar yang biasa diguna untuk bekalan kuasa 5 Volt, 1 Ampere)
Henpon, tablet, lampu suluh L.E.D, kipas angin, speaker... itu antara contoh barang-barang yang dah menggunakan soket USB untuk bekalan kuasa. Yang uniknya (dan masalahnya), kalau bekalan arus tak cukup untuk dibekalkan. Andaikan satu soket USB secara efisyen dan konsistennya mampu bekalkan 5 Volt DC, 500 mA (setengah Ampere), macamana kita nak bekalkan cukup kuasa kepada alat-alat berkuasa tinggi?
Kuasa (P) ialah Voltan (V) * Arus (I)
Sebagai contoh, kita ada satu monitor LCD saiz mini yang berkuasa 7.5 Watt, bermaksud arus minima diperlukan untuk menghidupkan monitor tersebut ialah 1.5 Ampere (5 Volt x 1.5 Ampere = 7.5 Watt).
Dari mana nak dapatkan bekalan kuasa tinggi macam ni, sedangkan majoriti unit bekalan kuasa atau pengecaj henpon hanya gunakan regulator IC LM7805 (5 Volt, 1 Ampere) atau ada yang jenis lebih bangang lagi 78L05 (5 Volt, 100mA). Pasti, bagi sesiapa yang nak bermain dengan komputer-komputer kecik, contohnya Raspberry Pi, Beagleboard dan seumpamanya, rasakan adanya keperluan untuk dapatkan bekalan kuasa sehingga 5 Volt 3 Ampere, atas dasar banyaknya komponen USB yang nak disambung, berkongsi bekalan kuasa dari sumber yang sama.
Ada kaedah yang payah dan makan masa, dan ada juga yang lebih mudah untuk selesaikan masalah camni. Ikut selera masing-masing kan? Salah satu dari cara yang rumit, kena tukor la seluruh bahagian bekalan kuasa tu dengan litar baru. Contohnya macam yang kat bawah ni, masih gunakan IC LM7805, tapi mampu keluarkan arus 3 Ampere.
(Gambarajah litar bekalan kuasa 5 Volt, 3 Ampere)
Atau, bagi yang malas nak fikir teruk sangat, hanya perlu cabut IC LM7805 dari papan litar bekalan kuasa tu dan tukor dengan LM323T. Tadaaa...!!! Dah siap! Hahahaha.
Yup, iye betui. Memang IC voltage regulator jenis LM323T ialah one-to-one replacement, pin-compatible, kepada LM7805 (pakej TO-220 dengan susunan pin yang sama, In-Ground-Out) yang mengeluarkan voltan yang sama, tapi arus lebih tinggi iaitu 3 Ampere. Nak tengok cemana rupanya? Tak payah letak gambor lain, sebab rupanya memang sama betui dengan LM7805, gambor paling atas dalam entri ni.
Untuk selesaikan masalah, kita tak perlu fikir terlalu mendalam sekiranya kita banyak bertenang, dan bijak mencari sumber. Senang rasanya kan kalau prosesnya hanya mencabut satu IC tiga pin, ganti dengan IC lain dan pateri semula.
Sekian aje la perkongsian untuk hari ni. Wassalam...
Comments
Post a Comment