Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

TRIVIA: Tahukah Korang Bahawa Ultraman Ialah Sebuah Sekuel?

Ramai antara kita suka tengok drama aksi sains fiksyen bersiri Ultraman masa zaman budak-budak dulu kan? Dua-tiga hari lepas teman sempat belek-belek kat Wikipedia permulaan cerita Ultraman yang 'berhantu' sampai sekarang ni. Masa tu baru le teman tau bahawa cerita tu ialah sebuah sekuel dari drama bersiri yang lain iaitu Ultra-Q. (Kiri - Ultraman, Kanan - Salah satu resakse dalam Ultra-Q) Jadi, boleh kita simpulkan kat sini drama dan filem sekuel bukanlah satu pendekatan baru dalam pembikinan karya-karya tv dan wayang sebab benda tu dah diamalkan dari zaman tv hitam-putih lagi. OK, sekian la trivia untuk korang buang masa tengahari ni. Yang laki tu jangan buat-buat lupa, hari ni Jumaat ye. Hehehe. Wassalam...

Dua Produk Lama Yang Dah Tak Berapa Ingat

Entri ni tak berapa ringkas dan tak juga berapa padat, untuk bolehkan kita imbas balik kenangan masa dulu-dulu. Ceritanya, bila teman terimbas satu posting kat FB Felixia Yeap , dia ada letakkan gambor mi segera yang dimakan bersama-sama 'Bovrail' (bukan nama produk sebenar).  Jenuh pulak teman memikirkan apa bendanya tu. Rasa-rasa, seingat teman, memang pernah dengor, nampak dan tengok orang kita makan atau minum atau ' whatever la' (sambil letak tangan atas bahu, mata juling ke atas) diorang buat dengan benda tu. Yang pasti, teman pernah tau pasal benda yang dia sebut tu. Cari punya cari, baru le teman buleh ingat balik benda yang mampu tarik perhatian teman selama beberapa minit, sampai ke Google, Wikipedia, habih teman korek cari maklumat pasal produk tu. Kalau korang masih kurang jelas, kat bawah ni teman letakkan gambor 'Bovrail', dan 'Marmita' (juga bukan nama produk sebenar) untuk mudahkan orang ingat balik apa bendanya. Ikut bacaan pantas teman

Jom Merepek! Hahaha.

Kekadang kita perlukan sikit jurang masa untuk rehatkan otak kan? Tambah-tambah lagi macam teman ni ha, baru lepas audit. Dah jenuh dok penin fikir memacam, kita perlukan rehat. Jadi, apa salahnya kalo kita main edit-edit gambor sikit kan? Mana tau, kot buleh terhibur sikit rasanya. Jom kita! Aaa... amacam? Buleh gitu? Hahaha. Teman ada tiga je buat masa ni. Kalo korang ada buat, meh la share sini sekali ye. Sekian, wassalam...

DIY: Buat Tablet 7 Inci Untuk Kanak-Kanak

Huuu... zaman moden camni golongan mak ayah memang terduga juga la. Apakan tidaknya, dibuatnya anak ada dua-tiga orang, sorang main laptop, sorang main tablet, sorang main henpon... yang kita ni pulak nak guna apa ye? Ni le teman nak bagi idea sikit ni, kot buleh korang cuba ikut. Kita buatkan tablet untuk anak-anak kita, bagi sorang sebijik. Takde risau nak pecah ke, rosak ke, luka sebab terpijak ke. Maklum le, nama pun budak-budak. Tapi dinasihatkan, jangan le bagi bebudak umur bawah tiga tahun. Karang kot digigitnya pulak, tak ke naya? OK, takyah sembang panjang sangat. Korang buleh tengok video tutorial buat tablet secara DIY ni- Haaa... senang je kan? Buleh le memasing mencuba. Toksah risau. Kosnya murah je. Kalo silap, buleh cuba lagi banyak kali. Sekian untuk kali ni. Wassalam...

SAMPAI BILA?

Sampai bila kita nak biarkan diri sendiri, para sahabat handai, rakan taulan... pakat-pakat 'menulis' secara copy-and-paste tanpa mengusulkan kesahihan sesuatu terlebih dahulu? Sedangkan menyampaikan perkara yang benar, tapi buruk, itu dah jadi mengumpat... macamana pula dengan menyampaikan yang salah atau tak sahih? Bukan jatuh fitnah hukumnya tu? Renung-renungkan, dan selamat beramal! (tak ada grafik atau foto yang sesuai untuk menghiasi entri ini)

TIPS: Atasi Masalah Komputer Terlalu Panas

Fuhhh...!!! Memang cuaca panas sekarang ni. Nak buat cemana kan? Semalam hujan pun dalam lima minit je, pastu reda. Tak sempat pun nak sejukkan bumbung. Berpeluh-peluh le warga kerja kilang macam teman ni. ( Sumber imej : http://cpstechnologies.yolasite.com ) Seperti kita sedia maklum, barang-barang komputer mudah rosak kalau terlalu panas kan? Apakan idaknya. Ada sebijik monitor LCD kat opis teman ni, pagi semalam elok aje takde apa-apa, tapi bila petang udah kelip-kelip ropa lampu disko. Pagi ni, elok je pulak. Haaa... tanda-tanda tak tahan panas le tu kot. Jadi, hari ni teman nak kongsikan salah satu tips untuk kurangkan masalah komputer terlebih panas. Simple je ni. Bebudak sekolah macam Ajmal pun buleh buat. BAHAN-BAHANNYA : 1. Dua bijik kipas PSU komputer (tengok je dalam gambor) 2. Soket ke PSU komputer (yang kaler putih, ada wayar merah-hitam dalam gambor tu). 3. Tiub ' heat shrink ' dan pita penebat secukup rasa. 4. Getah penyendal (tak kisah korang guna apa pun, janj

Projek BRPiEC : DIY Uninterruptible Power Supply (UPS) Berkuasakan USB

Ada masanya kita pindahkan file yang terlalu banyak atau terlalu besar antara komputer dengan hand-held device (henpon, tablet, barcode scanner , kamera,  portable media player ) dan sebagai manusia kita biasa dengan sifat lupa. Tak semua device cukup efisyen dalam mengecaj baterinya sambil memindahkan data, sebab kadar penggunaan tenaga lebih tinggi dari kadar yang mampu dicaj dalam tempoh masa yang sama. Ada baiknya kalau kita bersedia dengan UPS ( Uninterruptible Power Supply ) untuk mengelakkan memory card rosak akibat kehabisan bateri semasa pemindahan data. Antara cara paling murah (lebih murah dari membeli power bank ), ialah dengan cara membuat sendiri UPS yang dicaj 'sambil lalu' melalui bekalan kuasa USB komputer kita. Sekian sesi perkongsian untuk kali ni. Wassalam... - - - Nota : Rev. (1) - LM323T option removed (takut ada yang tak reti nak pinda circuit design sebab jadi too complicated bila nak kena naikkan input voltage ).

Projek BRPiEC : Bekalan Kuasa [Power Supply] 5 Volt DC 3 Ampere

(IC LM7805, pakej TO-220) Entri kali ni agak teknikal sikit, tapi taklah rumit mana pun nak faham. Kepada yang biasa main dengan barang elektronik dan komputer, pasti tau bekalan kuasa 5 Volt sangat penting di zaman moden ni sebab kebanyakan barang elektronik pengguna dah berkongsi design dengan komponen komputer. Antara tuntutan rekabentuk moden ni ialah, ia mampu dihidupkan atau dicaj menggunakan USB. (Contoh litar yang biasa diguna untuk bekalan kuasa 5 Volt, 1 Ampere) Henpon, tablet, lampu suluh L.E.D, kipas angin, speaker ... itu antara contoh barang-barang yang dah menggunakan soket USB untuk bekalan kuasa. Yang uniknya (dan masalahnya), kalau bekalan arus tak cukup untuk dibekalkan. Andaikan satu soket USB secara efisyen dan konsistennya mampu bekalkan 5 Volt DC, 500 mA (setengah Ampere), macamana kita nak bekalkan cukup kuasa kepada alat-alat berkuasa tinggi? Kuasa (P) ialah Voltan (V) * Arus (I) Sebagai contoh, kita ada satu monitor LCD saiz mini yang berkuasa 7.5 Watt, berma

Projek BRP Evo - Gambor-gambor Terbaru

Sori... dah lama tak update pasal projek ni. Yang dapat teman sediakan hari ni ialah gambor-gambor terkini selepas projek BRPiEC dihantor ke gym dan buat jogging empat kilometer sehari selama dua minggu untuk menjadikannya lebih 'ramping'. OK, selepas aktiviti berdiet yang konsisten selama dua minggu, inilah hasilnnya... Jeng jeng jeng! Antara perubahan paling ketara yang dapat teman rumuskan ialah berat yang dikurangkan dari 820 gm. tak termasuk monitor, dah turun ke 670 gm. siap dengan monitor LCD 4.3 inci tu. Saiznya plak, kotak utama tu dah tinggal 25% dari saiz asal. Sedih juga nak dimaklumkan bahawa speaker jenis ' low-power, high performance' terpaksa dikeluorkan sebab tak menepati kriteria pemilihan material dalam proses miniaturization ni. Maka, takde la lagi bunyi yang awesome keluor dari BRPiEC yang dah dievolusikan ni. :-( Nak bunyi sedap, kena guna la speaker luor. Cukup setakat tu aje dulu. Nanti ada masa lapang, teman update balik layout diagram

[ULASAN] Kunjungan ke Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Hilir Perak

Kalau peminat ikan, dapat makan ikan bakor memang syiok OK? Kalau kena la sambal belancannya, dengan air asamnya... perghhh... kelazatannya hingga menjilat tapak kaki. Eh silap! Hingga menjilat pinggan kot. Kekeke. Hujung minggu yang baru lepas ni teman takde la nak merancang keluor bercuti ke apa ke. Ingat nak dok rehat kat rumah je. Terlalu banyak aktiviti, nanti nak mula koje balik mula le rasa liat semacam je. Ntah cemana, rezeki nak datang kita tak duga kan? Ada orang kontek-kontek teman ajak cuba rasa makanan laut kat medan ikan bakor kat satu tempat, dekat-dekat dengan sempadan negeri Perak dan Selangor. Lokasinya Simpang Empat Hutan Melintang. Eh, bukan lintang-pukang la! Namanya Hutan Melintang je, takde plak sambung-sambung. Apa lagi? Orang nak belanja kan? Layan je laaa... Alhamdulillah. Hehehe. Dari segi lokasi, teman katakan memang strategik sebab dekat-dekat ngan simpang besor. Senang orang nak datang dan kalo orang luor tu takde masalah nak cari tempat ni sebab dekat-dek

[REPOST] Ada Halal, Ada Haram, Ada Syubhat... Ada Ilmu?

Isu lama yang teman kongsikan semula kat sini sebab pada hemat teman, artikel lama ni masih relevan dan sangat perlu kita perhatikan. Bukan untuk memalukan atau menjatuhkan sesiapa... tapi cukup sebagai renungan bersama, insyaAllah. - - -  Sekadar berkongsi pandangan, berlandaskan pengetahuan yang cetek ini, harap ia dapat serba sedikit memberi gambaran bagaimana kita mengendalikan sesuatu isu dengan lebih berilmiah. Wallahhua'lam. *** Seringkali kita menerima edaran emel, SMS, notis-notis di laman sosial, blog-blog dan seumpamanya, yang secara MUKTAMADnya menjatuhkan sesuatu produk itu berstatus haram kerana ia terdapat kod-kod tertentu yang dikatakan berasaskan lemak khinzir, sori, lemak babi, lebih mudah menaipnya. Ingin diberi fokus di sini kepada kod-kod E yang 'popular' dewasa ini, E471 dan E422 yang merupakan bahan tambah kepada makanan. Untuk tidak menyentuh hati sesiapa yang pernah 'menerbitkan' sendiri artikelnya berkaitan isu ini, dan juga kepada sesiapa