Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Yeay! Jom Balik ke Sekolah...!!!

Jom, kita 'balik' ke sekolah! Yappadaaa... dah tua bangka nak pegi sekolah balik? Ahahaha. Bukan la. Maksud teman, kita pegi tinjau-tinjau tahap kebersediaan pihak sekolah dalam nak memulakan sesi persekolahan baru, tahun 2014.



OK, terus-terang aje la. Kalo takde apa cerita menarik, takkan teman nak tulis entri pasal ni kannn...??? Hehehe.

Jawapannya - iye betui! Apa yang menarik perhatian teman ialah tahap kesediaan pihak sekolah, bukannya isu yang biasa kita tengok kat tv, baca kat paper sepanjang bulan Disember yang lepas. Tak berniat nak labelkan media arus perdana ni 'bodo tiang', tapi nampak macam setiap tahun macam takde modal nak nak dikisahkan. Apa, kalau cerita persediaan nak masuk sekolah aje, mesti kena intebiu mak bapak yang beli uniform sekolah, buku, alat tulis.

Kalau macam tu, tak terfikir ke kita... apa persediaan yang perlu dibuat dek pihak pengurusan sekolah pulak ye? Ce fikir, ce fikir.

Benda ni tak la kritikal sangat sebab biasanya pihak sekolah ni tau la apa nak dibuat, sebab tiap-tiap tahun pun prosesnya sama aje kan? Treeettt...!!! Salah! Belum pasti semuanya sama. Mungkin ada bezanya. Sebagai contoh, tinjauan teman tahun lepas teman dapati banyak tandas yang tak berpintu (iya, ditekankan di sini - TAK BERPINTU), tapi tahun ni teman cuba buat tinjauan semula selepas genap setahun berlalu.

Wah! Memang dah ada pembaharuan. Tandas-tandas kat sebuah sekolah agama di Kota Damansara nampaknya dah dibaiki dan tak nampak lagi tandas-tandas tak cukup sifat sampai nak digunakan pun tak boleh. Korang sanggup ke melepas hajat kat dalam tandas tak berpintu?

Syabas dan tahniah teman ucapkan kepada pihak pengurusan sekolah ni sebab mampu perbaiki kelemahan yang satu tu. Satu usaha yang baik dah ditunjukkan.

Memandangkan teman ada banyak masa lapang hari ni, teman perluaskan lagi langkauan tinjauan tu. Biasa la, bila cerita nak masuk sekolah ni antara agenda menarik (dan bakal menghiasi surat kabor stereotaip Malaysia sejati) hampir pasti la gambor bebudak darjah satu tengah menangis dan mak bapak ikut sama duduk dalam kelas, oh itu pun mesti kena letak la kan?

Hari ni 1 Januari 2014, iaitu sehari sebelum kerusi meja dalam kelas 'dihuni' dek murid-murid sekolah. Teman sempat menjengah salah sebuah kelas yang disediakan untuk budak-budak darjah satu esok. Gulp!

Kerusi longgar, berkeriuk sana-sini, bergoyang-goyang macam tunggu masa nak lerai.

Kerusi yang patah tak dibaiki atau ditukar macam buaya tunggu peluang nak menggigit bontot dan peha budak-budak sekolah.

Meja dah tak ada berlantai lacinya. Entah, tak pasti di mana la budak tu nak letak buku dengan alat tulisnya nanti.

FINE...!!! Mungkin teman terlalu membesar-besarkan isu remeh. Tapi, andai kata tahap keselamatan yang diperjudikan, teman pasti ia dah jadi perkara yang patut kita ambik peduli.

Kerusi meja dan perabot-perabot lain yang rosak dihimpun di sebelah koridor laluan nak ke surau.

Wohooo. Ini macam dah lebih la kot. Paling tidak pun, pada pandangan teman la ia sudah lebih. Macamana la kalo ada murid-murid sekolah yang main-main kat longgokan barang-barang tu, dan nasibnya kurang baik kot terpijak paku ke skru ke, atau kakinya dihempap dek batang besi ke.

Biasa la. Nanti mesti ada bunyi-bunyi sumbang yang menyampuk, "Alahai, budak-budak. Nama pun budak. Macamana kita buat pun, kalau diorang nakal, diorang main juga benda-benda tu."

Hmmm. Itu kata-kata orang dewasa andai kata perkara buruk jadi kan? Dah tu, apa beza antara orang dewasa dengan budak-budak? Tahap pemikiran macam sama taraf je teman rasa. Takde beza pun.

Itu pendapat peribadi teman le. Pandangan orang lain, tak dapat le teman nak pastikan. Hmmm. Sekian bebelan untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu