Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Lagi Kes Mati Hidup Semula di Malaysia

Teman salah sorang peminat kereta, jadi tak pelik la kalau berita-berita pasal kereta ni akan tarik perhatian teman. Semalam ramai 'reporter' melaporkan satu kemalangan maut kat Johor melibatkan kereta Lotus Elise. Woaaa... kereta mahal pun putus dua nampaknya beb!




Membaca hal-hal macam ni membuatkan kita berasa sedih dan simpati kepada keluarga si mangsa. Iyalah... bukan mudah nak menempuh kehidupan selepas kehilangan orang yang tersayang. Mungkin ada waris-waris mangsa yang pitam atau jatuh pengsan sebab dek terkejut bila membaca berita-berita yang dipaparkan oleh para sahabat pemberita Blogspot dan Wordpress yang cukup teman hormati.

OK, tukar mood. Subuh hari ni, 11 Januari 2014 teman rasakan ada sedikit keceriaan dan kemanisan di wajah ahli-ahli keluarga, sedara-mara dan sahabat handai mangsa yang terlibat. Nak tau sebabnya? Bukan la. Ada ke pulak pasal isu claim insurans! Ke mana hala sesat la korang ni. Hehehe.

Camni ceritanya... subuh ni teman terbaca satu artikel yang diterbitkan Sinar Harian. Sebenornya mangsa kemalangan tu tak jadi mati. Dia dah hidup balik. Semalam dia dah diisytiharkan mati, dan hari ni dia disahkan hidup balik. Woaaaa. Ini satu perkara baik kepada seluruh waris mangsa dan juga agen-agen insurans yang mana berkaitan.

Teman tak tipu la! Tak caya, korang baca la sendiri artikel tu. Ada pulak awak ni katanya membohong. Berita baik macam ni pun nak nipu orang ke? Apa la korang ni!


Berpantang maut sebelum ajal

MUAR - Seorang lelaki terselamat meskipun kereta mewah dipandunya remuk dan terputus dua dalam kemalangan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, dekat sini, semalam.
Lim Lik Wei, 40. yang memandu kereta Lotus, dipercayai hilang kawalan, terbabas dan melanggar kawasan tinggi di sebelah kiri lebuh raya.

Akibat rempuhan itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke utara, cedera parah di kepala dan badan.

Dia dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan kecemasan.

Difahamkan, mangsa akan dipindahkan ke hospital di Johor Bahru.

Kejadian di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan menyebabkan kesesakan teruk sepanjang dua kilometer di kedua-dua belah lebuhraya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan kejadian itu.

Haaa... puas dah baca? Ada rasa kena troll ke idak? Cuba korang fikir la, andai kata korang ni ahli keluarga mangsa, korang tak tau hujung pangkal, lepas tu terbaca artikel-artikel katakan salah sorang ahli keluarga korang meninggal akibat kemalangan jalanraya, dan lebih menyedihkan korang tau dari Internet. Takde sorang pun dalam keluarga korang yang maklumkan tentang tu.

Kita ni, nak buat apa-apa kena berdiri di bumi yang nyata dan bukannya di dunia khayalan. Kita bukannya wartawan, kita bukan polis kat tempat kejadian, bukan juga doktor yang pegi sana merawat mangsa, dan bukan-bukan-bukan juga. Kita bukan semua yang tersenarai tadi tu. Maka, kita tak ada hak mempermainkan isu hidup-mati. Betapa kita rakyat Malaysia tidak beretika sampai hal-hal macam ni pun nak diambil mudah, hanya sekadar nak dapatkan hits banyak kat blog, dapat duit orang klik iklan.

Apa dah jadi dengan masyarakat kita ni? Tak ada sensitiviti ke?

Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali golongan 'reporter tak bergaji' ni buat perangai macam ni, teman dah tak lalu nak kira. Kalo korang ingat lagi, arwah Kuman (KU2) dulu pun macam tu sampai dia kena duduk pegang kertas macam ni haaa -



Tak berminat nak memanjangkan bebelan teman ni, rasanya elok kita saling berpesan dengan diri sendiri, jangan kita berlagak tau andai kita memang tak tau dan jangan kita berlakon pandai andai kata pandai itu hanya imaginasi yang bermain di dalam kepala otak kita semata-mata. Jangan asyik berlindung dengan kenyataan 'Aku mana tau. Aku sampaikan aje. Orang lain yang kata dia mati.' Yo are soooooooo cheap!

*duduk, menung, insaf diri*

Sekian aje la untuk kali ni. Kita tutup dengan sedikit kata-kata yang agak 'fancy', "LU FIKIR LA SENDIRI...!!!"

Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba