Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Gambar-Gambar Rawak Lawatan Ke Muzium Coklat [[[ AWAS! Banyak Gambar ]]]

Entri ni agak ringkas. Teman tau korang lebih berminat tengok gambor kalo ada banyak gambor kan? Dikatakan orang Banjor dulu kala, " A picture worth a thousand words ." Jadi, dalam kes ni... 50 lebih gambor akan menghasilkan lebih dari 50,000 patah perkataan. Itu teorinya. Hahaha. Terus-terang cakap, 'muzium' ni letaknya terlalu dekat dengan romah teman tapi baru hari ni teman sempat nak menjengah ke sana. Maklum le, kita ni banyak urusannya. Blom tentu le kalo dekat, kita boleh pegi. Iye dak? OK, jom le kita sesama jamu mata... Kalo yang guna komputer tu, buleh klik kat atas gambor untuk besorkan. Hmmm... puas dah tengok gambor-gambor tu? Camni la. Masa teman tiba tempat tu tadi, teman tertanya-tanya siapa la yang bagi nama 'muzium' kat tempat ni? Secara peribadinya, teman rasakan 'galeri' lebih bertepatan dengan saiz premis dan jumlah barang yang dipamerkan. Dan, yang ironiknya kita pergi Muzium Coklat ni bukan untuk tengok sangat barang pameran, seb