Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Wafer Coklat Ingatkan Mata Pensel

Hek?! Apa yang kompius sangat? Takkan wafer coklat dengan mata pensel pun tak boleh nak beza? Well... kalo korang berdepan dengan situasi ni, mungkin korang lebih faham le kot. Cerita ni terjadi pagi semalam. Teman ternampak satu benda leper, bentuknya empat segi, memang saiznya macam kotak mata pensel automatik.

Takkan korang tak tau kot cemana rupanya? Camni haaa...




Aaaa... tau dah kan? Yang kaler biru, oren dengan merah tu la kotak mata penselnya.

Oleh sebab teman ni jenis 'agak' cerewet dengan barang-barang yang bersepah atas lantai, maka teman pun kutip la benda yang teman sangkakan mata pensel tadi tu. Tengok-tengok, sekali rupanya wafer coklat. Lhooo... cemana buleh sampai kompius?

Tengok punya tengok, kelih punya kelih, baru le teman faham cemana kekeliruan tu buleh jadi. Sekali rupanya wafer tu saiznya memang tak ubah macam kotak mata pensel automatik. Nak digamborkan pun susah. Jadi, teman ambik gambor untuk memudahkan korang bayangkan cemana saiz wafer tu.



Untuk makluman korang, wafer ni dalam kategori wafer murah jual sekupang sekeping dalam balang kaca zaman kita bebudak kecik dulu. Cuma... pelik juga le kalo jadi kecik dan nipis camtu. Bila teman patahkan (tak kuasa nak makan sebab kertas bungkusnya dah ada lubang gigit lipas), teman nampak ada dua lapis biskut je dalam tu. Dulu punya kalo tak silap teman dalam empat ke lima lapis.

Hmmm... bagi teman, benda ni tak buleh nak tuding jari kat sesapa. Dah memang keadaan ekonomi camtu, kita nak buat cemana lagi kan? Sebagai mat kilang, teman pun faham dilema kompeni-kompeni pengeluar produk pengguna camni. Margin untung tak besor mana, tapi kos bahan dah naik. Jadi, dari purata harga wafer tu sekeping sekupang, dah dinaikan ke 15 sen, tapi bila kos naik lagi, takkan nak naik harga lagi? Maka, terpaksa la gunakan pendekatan yang disarankan Che' Det iaitu turunkan kos pengeluaran.


Untuk pengetahuan bersama, banyak kos pengeluaran adalah pembolehubah atau dalam bahasa Banjornya dipanggil variable, tapi dalam kebanyakan kes, kos bahan adalah kos yang tak dapat dielakkan. Jadi, untuk kekalkan harga jualan, bahan terpaksa dikurangkan.

Terima kasih Che' Det untuk idea yang bernas ini. Walaupun wafer semakin nipis, tapi syukur alhamdulillah, masyarakat kita masih mampu beli wafer buat jajan bebudak masa majlis jamuan hari jadi.

Sekian, wassalam...

P/S : Tak suka makan wafer kecik, sila keluor dari Malaysia. Pindah pegi Uganda.

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me