Skip to main content

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Transformasi Gadis Playboy

Tak, memang kalau untuk publisiti murahan, atau untuk dapatkan hits banyak, memang idak la. Entri ni teman tulis sebagai satu tanda hormat yang dapat teman berikan kepada seorang gadis berbangsa Cina kelahiran Malaysia, Felixia Yeap, seorang (bekas) gadis Playboy.



Siapa sebenarnya si Felixia Yeap ni sampai berjaya tarik perhatian teman untuk menaip tengah malam buta macam ni? Apa yang dibuatnya? Gadis ini benar-benar melakukan transformasi diri. Bukan... dia bukannya bertukar dari Decepticon jadi Autobot macam dalam cerita Transformers tu. Lain laaa...

Duduk tenang, rehatkan minda, amati gambar-gambar kat bawah ni -



Mungkin ada yang meneka, serkap jarang yang si Felixia Yeap ini dah memeluk Islam, sebab itu la berubah cara pemakaiannya. Tak, salah tu, negatif... Gadis comel ini bukan Islam (belum memeluk Islam), tapi merubah cara berpakaiannya dengan alasannya tersendiri.

Penjelasan panjang lebar hal ini teman beri laluan kepada yang empunya diri. Teman bukan tulis artikel ni untuk publisiti murahan OK, tapi untuk mengajak kita membuka minda.

Boleh rujuk terus isu ni di entri blog peribadi Felixia Yeap.

Jadi, apa sebenarnya yang teman nak bebelkan kali ni?

Macamana rupa atau format perubahan atau transformasi orang kita pulak ye? Cubalah kita fikir, kita renungkan setajam-tajamnya apa yang kita buat? Adakah transformasi kita dari dulu ragut gelang emas makcik-makcik dah berubah kepada rompak dan samun bersenjata?


Atau... dulunya orang kita mabuk hidu gam dan minum air akar pinang, sekarang dah upgrade dengan minum air ketum? 'FLY TANPA RASA PENING' katanya. Maksudnya, dah minum air ketum, lepas tu bawak motor macam haram jadah dan itu transformasi kita?


Mungkin juga transformasi bangsa kita dapat dilihat lebih jelas kalau kita memerhatikan artis dan selebriti kita? Kenapa kena perhatikan diorang? Apa korang tak perasan selama ni anak-anak muda kita mengambil artis dan selebriti jadikan idola hidup diorang?

Jadi, tak heran la kalau ramai orang kita dah berubah pemakaian dari berhijab comel macam gadis Cina si Felixia Yeap tu tadi, ber-transformasi kepada memakai serban. Korang kenal tak serban? Alaaa... biasa kalau artis kita pakai, lepas tu kena intebiu dengan wartawan, dia akan jelaskan, "Oh, ini turban, bukannya serban."

Kompius juga la apa yang dipanggil serban, dan apa bezanya dengan turban. Jom, kita sama-sama perhatikan gambar-gambar kat bawah ni pulak ye.



Ooohhh...!!! Sakit kepala. Rumit kan? Susah juga nak bezakan. Jadi, lebih kurang kiranya artis-artis dan selebriti kita ni pakai turban la kot. Panggil je la nama tu, sebab nak jaga hati.

Isu transformasi? Itu la tu... tak faham lagi ke? Dah jelas la tu kan? Dulu orang kita yang lelaki pakai serban, eh! Turban la. Silap pulak! Haaa... dulu orang laki pakai turban, jadi sebab dek mengikutkan gaya masa kini, bangsa kita ber-transformasi dengan kaum wanita atau lebih khususnya kaum Muslimah kita yang mengambil alih cara pemakaian berserban tu.

Wow! Satu kemajuan yang patut kita banggakan. Tahap penerimaan dan penyesuaian kita sangat tinggi dan inilah yang membolehkan rakyat negara kita ber-transformasi menjadi negara maju.

Aaa... kan Felixia kan? Olololo... Comelnya dia... Muahahaha. Meluat tak rasanya buat camtu? Kah kah kah! Teman sendiri rasa macam nak loya mendengornya.

Sekian aje la bebelan teman untuk malam ni. Wassalam...

Comments

  1. hm.. respek dekat dia..
    singgah sini ye

    ReplyDelete
  2. hai done follow sini.... lw sudi jum join group blog sy...blh tw update trbaru n mcm2 lg....
    xad pksaan......this email https://www.facebook.com/groups/295129347296368/
    kelab blogger hana(no more love u in my life) thanz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memang dah follow pun blog awak hari tu. Hehehe.

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

Anda Sudah Potong? Jangan Tunggu Lagi...!!!

Entri kali ni sekadar hiburan semata-mata, dan tak ada apa niat untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa OK?! Duduk rileks, baca, tengok gambar, dan senyum sinis cukup laaa.  Baru-baru ni ada kompeni penyedia khidmat Internet berkelajuan tinggi wayarles dah melancarkan satu servis barunya iaitu khidmat talian guna kabel optik fiber. KABEL! Iyaaa... Perkataan yang patut kita bagi perhatian kali ni ialah kabel. Teman nak cadangkan kompeni tu gunakan pendekatan yang agak berani dalam mempromosi servis barunya tu. Contohnya, dengan penggunaan poster macam ni - Perkara ini bukanlah idea baru untuk kompeni ni pun. Tak ada apa yang nak kita rasa pelik pun sebenornya. Ingat tak dulu, kita selalu nampak poster 'POTONG! POTONG! POTONG!'. Mesti biasa kan? Kat tv pun selalu ada iklan camtu. Alaaa... yang ni haaa... Wohooo... kepada sesiapa yang terlibat secara langsung, atau tak langsung dengan syarikat Pee1 ni, jangan la marah. Kan teman dah kata, entri ni sekadar hiburan semata-mata. Ini

Kabinet Dapur (DIY Bulan Ramadhan 1431H)

Kembali atas popularitinya sendiri, maka entri kabinet dapur ni teman masukkan balik ke dalam blog teman ni. Terima kasih atas sokongan semua! :-) - - - Konsep sendiri, design sendiri, buat drawing sendiri, tukang sendiri... Maka, terhasillah kabinet dapur baru ni. Bajet yang tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan ditempah dengan kontraktor. Alhamdulillah, selesai sudah.  Yeah, bersih dan kemas rasanya konsep ni. Hitam-putih. Gambar semasa baru siap, sebelum barang-barang dimasukkan. Tiga pintu. Paling kiri - Barang kegunaan harian. Tengah - Tong gas dan simpanan barangan kurang aktif. Paling kanan - Simpanan barang paling jarang guna. Memang spesifik, tak campur aduk. Tempat letak tong gas ada tanda - supaya jangan lupa tutup. Kalau tak, nanti nampak tong gas kaler hijau-merah yang berkarat-karat tu. Hehehe (Syarikat Nasional punya ke tong hijau-merah tu) Ada lubang air-vent untuk pengudaraan - selalu designer lupa, tempat gas perlu ada pengudaraan yang baik. Dah mula letak

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u