Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Projek BRPiEC - Mengenali Raspberry Pi

Iye... teman masih lagi gunakan blog ni untuk projek BRPiEC. Sebenornya teman tak cukup masa lagi untuk buat satu blog baru khas untuk projek ni.




Apa-apa pun, di sini teman cuma nak bagi gambaran-gambaran asas je dulu, pengenalan kepada Raspberry Pi. Benda ni adalah sebuah komputer bersaiz kad kredit tapi tebal la. Lebih kurang setengah inci je tebalnya pun.

Dari Wikipedia -


"The Raspberry Pi is a credit-card-sized single-board computer developed in the UK by the Raspberry Pi Foundation with the intention of promoting the teaching of basic computer science in schools."

- 9 Disember 2013, 01:54

Di samping tu, teman tengah sediakan satu gambarajah blok macamana teman selesaikan salah satu masalah lazim dengan papan induk komputer ni - USB tak cukup kuasa untuk hidupkan hard disk luaran.

OK, jangan kelabu-asapkan otak tu dulu. Nikmati je koleksi gambor-gambor yang teman sempat ambik hari ni.


 Susunatur dalam kotak plastik hitam yang belum dipastikan lagi. Mungkin ada perubahan, atau tak ada.

Antara ubahsuai paling penting dalam projek ni ialah membolehkan sumber kuasa luar dibekalkan kepada penyambung-penyambung USB. Raspberry Pi ni tak direkabentuk untuk hidupkan alat-alat USB berkuasa tinggi macam external hard disk.

Alaaa. Macam ni haaa rupanya. Kenal tak? Hehehe.

Diakui, memang belum cukup kemas lagi susunatur barang-barang ni sebab banyak wayar-wayar panjang yang digulung. Buat masa ni kabel-kabel tu belum bersedia untuk dipotong pendek ikut kedudukannya, selagi susunatur komponen belum dimuktamadkan.

Untuk membolehkan USB hard disk tu berfungsi, kita perlukan bekalan kuasa yang arusnya lebih tinggi dari yang biasa dibekalkan dengan henpon atau tablet. Lebih kurang 2 hingga 3 Ampere baru cukup untuk kegunaan projek BRPiEC yang dirancangkan.

Cukup la kot setakat ni je untuk malam ni. Teman pun perlukan rehat sebab pagi nanti nak kerja. Sekian la ye. Wassalam...

Comments

  1. xphm apa2 pon. haha..
    hm.. ok dh jumpa. sbb klik dkt situ profile not exist. tu yg susah tu nk cari kalau orang datang komen kt blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Tak faham takpe... nanti ada lagi 2-3 entri pasal benda ni, dah boleh faham. InsyaAllah...

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu