Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

[PETUA] Penggunaan Pewangi Kereta

Kalau korang ingat lagi, teman pernah tulis satu entri pasal pewangi kereta kan? Lebih kurang macam yang tu juga, kali ni teman nak cerita lagi pasal pewangi kereta. Dah macam drama bersiri le pulak. Hehehe.



OK, kita semua tau Malaysia ni cuacanya panas. Kalau setakat pewangi kereta jenis cecair ke gel ke, memang cepat aje habisnya kan? Dulu teman cadangkan untuk gunakan pewangi jenis tablet macam ubat gegat tu kan? Tapi bila teman fikir balik, bukan semua tempat ada jual pewangi kereta jenis camtu.

Jadi, kali ni kita kongsikan macamana nak gunakan barang yang sedia ada, mudah dapat di pasaran, tapi dengan cara yang berbeza. Kalau pewangi kereta jenis gel tu memang senang nak dapat kan? Dan harganya pun murah je. Lebih kurang RM4.50 - 7.00 pun dah boleh dapat.

Kita tengok cemana rupa aircond vent kereta teman -


Iya betui, memang takde air freshner kat situ. Teman tak pasang apa-apa jenis pewangi kereta kat aircond vent kereta teman sekarang ni, tapi kereta ni tetap berbau wangi kalau teman hidupkan pendingin udara tu. Macamana agaknya ye teman buat jadi camtu?

Rahsianya, teman dah letak pewangi kereta jenis gel di bahagian bawah papan pemuka (dashboard). Macam dalam gambor kat bawah ni -


Pemilihan kaler yang agak baik kan? Biasanya teman gunakan pewangi lemon, tapi sebab nak ambik gambor dan teman malas nak edit untuk tanda sana-sini, teman gunakan pewangi bunga. Warnanya merah, senang untuk korang nampak. Tak payah nak tanda-tanda pun kat gambor tu.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa pulak nak ditampal kat situ pewangi keretanya, sedangkan angin aircond kan keluor ikut atas. Apa punya idea la mamat ni. Merepek jeee...

Ooopsss. Tunggu dulu. Mesti ada sebab kenapa teman buat camtu kan? Kat bawah ni teman senaraikan faktor-faktor pemilihan tempat pasang pewangi kereta tu -

a.) Letak kat bahagian bawah boleh jimatkan gel pewangi sebab tak kena cahaya matahari secara terus. Lambat la sikit habisnya.

b.) Secara teknikalnya, memang ada saluran masuk udara ke sistem aircond kat situ. Teman dah jenguk pun kat tempat tu memang sahih, ada. Jadi, untuk kereta model lain boleh la cari sendiri kat mana sistem penghawa dingin tarik angin masuk.

Teman hanya terbalikkan konsep penggunaannya, untuk hasil yang sama. Biasanya angin meniup wangian dari aircond vent ke arah kita. Pasang cara ni, aircond akan tarik wangian tu dari bahagian bawah, dan keluarkan kat bahagian atas iaitu kat aircond vent. Kan sama aje hasilnya?

c.) Kalau kita letak pewangi kereta kat tempat keluor angin, kan ke kita dah menghalang aliran udara sejuk ke arah kita. Bazir je kalau kita terpaksa kuatkan aircond semata-mata sebab nak dapatkan angin sejuk yang cukup sedangkan kita sendiri yang tutup saluran keluor aircond vent tu.

d.) Pewangi kereta jenis cecair yang diletakkan kat saluran keluar pendingin udara ada kemungkinan terlucut dari tempatnya dan cecair tu boleh terkena kat radio kereta atau handphone atau apa-apa saja yang kita letak kat bahagian bawah instrument console.

e.) Tak semak mata memandang dan tak payah risau bilah-bilah plastik kat aircond vent tu terpatah masa kita pasang atau keluarkan pewangi udara.

Hmmm. Agak jelas juga kan idea yang teman cuba kongsikan ni. Kalau sesiapa ada idea yang lagi cool, boleh la cerita sekali iye tak?


Sekian la untuk kali ni. Wassalam... 

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu