Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Pengguna vs. P1 Wimax - Satu Pandangan Neutral

Hmmm. Kebelakangan ni heboh cerita pasal penyedia perkhidmatan Internet (Internet Service Provider, ISP) P1 yang dikatakan menggunakan khidmat CTOS kepada pelanggan-pelanggan yang lalai membayar bil atau bayaran-bayaran lain termasuk denda pelanggaran perjanjian.




Situasi menjadi semakin panas, dan baru hari ni teman sempat menjengah ke kumpulan FB yang membincangkan hal-hal ketidakpuasan hati pengguna-pengguna perkhidmatan P1. Kes-kes nampak macam sangat rumit dan yang dapat teman tangkap tadi termasuklah -

a.) Servis kerap tergendala sehingga ke tahap terlalu sukar nak diguna
b.) Percanggahan dari segi bayaran balik dari tergendalanya perkhidmatan
c.) Pelanggan yang dah lama tamatkan perkhidmatan, tapi bil bulanan masih berjalan
d.) Alat-alat dah dipulangkan tetapi dikenakan denda sebab gagal memulangkannya
e.) Panggilan dan SMS amaran untuk mengenakan tindakan menyenarai di CTOS sekiranya gagal membayar mengikut yang dituntut
f.) Penyenaraian ke CTOS sekiranya masih gagal membayar
g.) Kesilapan menghantar maklumat pelanggan ke CTOS, padahal individu yang disenarai-hitam memang tak pernah melanggan servis

... dan senarainya menjadi semakin panjang untuk teman muatkan semuanya di sini.





Secara jujurnya, bukanlah teman berkapasiti untuk menentukan pihak mana yang benar, dan mana pula yang patut dipersalahkan. Tetapi mengikut pengamatan teman hari ni, ada yang menyatakan kebimbangan kalau-kalau diheret ke muka pengadilan oleh syarikat pengendali P1. Ada isu-isu lazim seperti tak menyimpan rekod-rekod penting contohnya resit/pengesahan bayaran, rekod penamatan perkhidmatan dan rekod pemulangan alat-alat yang disewakan.

Selain itu, ada juga bunyi-bunyi kesalan sebab tak membaca dan memahami sepenuhnya keseluruhan penjanjian atau kontrak perkhidmatan. Apabila kita turunkan tandatangan, beerti kita sudah faham, bersetuju dan akan mematuhi kehendak-kehendak kontrak.

Bukan teman nak memihak kepada P1, dan tak juga nak menyalahkan pengguna, cuma bagi teman secara peribadinya berpendapat, dalam situasi macam ni pihak pengendali P1 akan bertindak defensif (sangat-sangat defensif) sebab jumlah wang yang terlibat boleh dikatakan banyak, dan kes ini melibatkan reputasi. Nama perniagaan yang menjadi busuk boleh jatuh dan lenyap dalam sekelip mata. Ini bukan benda main-main!

Sedikit nasihat dari teman, andai kata kes ini menjadi sangat besar sehinggakan pihak yang berkuasa (ehem, yang tak mahu disebut namanya), gagal berfungsi seperti yang diharapkan, maka ia akan berlanjutan hingga ke tahap perundangan. Aduan secara rasmi memang diperlukan, dan tindakan undang-undang dimulakan dengan perancangan dan pelaksanaan yang sangat sistematik.

Sudahkah himpunan pengguna yang terlibat melantik peguam (atau peguam-peguam) yang sesuai untuk kendalikan kes ni? Atau semuanya bakal berkubur di tahap omong-omongan di ruang media sosial sahaja? Adakah semua bukti-bukti dan rekod dah dikumpulkan untuk mengukuhkan pertuduhan atau setidak-tidaknya untuk menjadi bukti menahan tuduhan balik syarikat yang berkaitan? Kita fikirkan sedalam-dalamnya.

Andai kata ini satu titik permulaan membuktikan kekuatan suara pengguna di Malaysia, maka ia perlu diambil serius, sangat-sangat serius, dan kes perlu dikendalikan oleh pihak yang benar-benar faham selok-belok pengguna dan kepenggunaan. Sokongan kuat dari segi perundangan memang sangat-sangat diperlukan.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat hasilnya nanti. Teman do'akan yang terbaik di hujung jalan cerita. Semoga berjaya, insyaAllah.

Sekian pandangan peribadi teman yang dapat teman tuliskan di entri ini, setelah cuba untuk bersikap benar-benar neutral terhadap kes ini. Wassalam...

Comments

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu