Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Limpahan Rezeki dan Sistem Amaran Awal Semulajadi?

Berita syiok, tapi kalau kita perhatikan dari sudut berbeza jadi macam tak berapa nak syiok. Hari ni, 24 Disember 2013 masyarakat tempatan di Pulau Tambisan, Lahad Datu Sabah dilimpahi rezeki yang tak terjangka - ikan-ikan dan hidupan laut yang lain berenang menyerah diri naik ke pantai.




Memang rasanya tak ada sesiapa nak tolak tuah bila sumber protein segar macam tu dah terhidang di depan mata. Tinggal nak dikutip, siang dan cuci, lepas tu dimasak dan boleh dijamu sepuasnya. Sesuai jugalah masanya bila kita dapati sekarang ni harga barangan dah makin naik kan? Boleh juga jimatkan kos belanja dapur. Alhamdulillah...




Tapi... jika jangan alpa, sekadar alpa. Kita mungkin mudah leka dengan limpahan kemewahan rezeki macam ni hingga kita terlupa kepada sejarah. Ingatkah kita tarikh 26 Disember 2004? Dan, masihkah kita ingat apa berlaku sebelum kejadian tsunami?

Ikan-ikan berenang ke pantai-pantai, sanggup memanjat ke darat seakan-akan mengesan perkara 'kurang baik' akan berlaku di habitat semulajadinya iaitu di laut. Seperti kita sedia maklum, tsunami boleh terbentuk bila berlakunya gempa bumi di dasar laut.

Bukanlah teman nak menakut-nakutkan atau mengada-adakan cerita. Perkara ni berlaku berulang kali dan antara yang paling jelas nyata insiden yang sama di Acheh pada Disember 2004 dan di Jepun pada Mac 2011. Jadi, kebimbangan teman ada asas agaknya?

Amaran berbentuk link ke satu video di Youtube yang teman terima petang ni pada pukul 4:30 petang adalah sesuatu yang agak menggusarkan pemikiran teman. Harap-harap tak berlakulah perkara-perkara yang memudaratkan kehidupan manusia dan sekalian penghuni alam, insyaAllah.

Sekian, wassalam.

- - -

Nota :

Di bawah ni artikel yang teman salin dari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia yang terakhir dikemaskini pada jam 4:09 petang hari ni.


AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan & Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) & Reef South dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 24 Disember 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Palawan, Reef North & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan, Sarawak & Reef South dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Bunguran, Palawan, Condore, Reef North & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 24 Disember 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) & Reef South dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 24 Disember 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
c) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sulu dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 24 Disember 2013.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 24 Disember 2013, jam 04:09PM
- - - 
WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS


SECTION A: WARNING FOR PUBLIC
I) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (THIRD CATEGORY)-Upgraded from warning second category issued at 9:55 pm, 17/12/2013
Strong Northeasterly winds over 60 kmph with waves more than 5.5 metres occurring over the waters off Kelantan, Terengganu, Pahang & East Johore are expected to continue until Tuesday, 31st December 2013.
In addition, the coastal areas of Kelantan, Terengganu, Pahang & East Johore are vulnerable to sea level rise. This condition is expected to continue until Tuesday, 31st December 2013.
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all coastal and shipping activities including workers on oil platform.
II) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (SECOND CATEGORY)-Upgraded from warning first category issued at 9:55 pm, 17/12/2013
Strong Northeasterly winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres occurring over the waters off Sabah (Interior, West Coast & Kudat), FT Labuan & Sarawak are expected to continue until Tuesday, 31stDecember 2013.
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
III) WIDESPREAD THUNDERSTORM WARNING-Updated
Thunderstorm activities occurring over the waters off Sarawak, FT Labuan, Sabah (Interior, West Coast, Kudat & Sandakan) & Reef South are expected to continue until late night, Tuesday, 24th December 2013.
At the same time, strong winds up to 60 kmph and rough seas with wave height up to 4.5 metres is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
SECTION B: WARNING FOR SHIPPING
I) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (THIRD CATEGORY)-Upgraded from warning second category issued at 9:55 pm, 17/12/2013
Strong Northeasterly winds over 60 kmph with waves more than 5.5 metres occurring over the waters off Kelantan, Terengganu, Pahang, East Johore, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Palawan, Reef North & Layang-Layang are expected to continue until Tuesday, 31st December 2013.
In addition, the coastal areas of Kelantan, Terengganu, Pahang & East Johore are vulnerable to sea level rise. This condition is expected to continue until Tuesday, 31st December 2013.
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all coastal and shipping activities including workers on oil platform.
II) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (SECOND CATEGORY)-Upgraded from warning first category issued at 9:55 pm, 17/12/2013
Strong Northeasterly winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres occurring over the waters off Sabah (Interior, West Coast & Kudat), FT Labuan, Sarawak & Reef South are expected to continue until Tuesday, 31stDecember 2013.
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
III) WIDESPREAD THUNDERSTORM WARNING-Updated
a) Thunderstorm activities occurring over the waters off Bunguran, Palawan, Condore, Reef North & Layang-Layang are expected to continue until late night, Tuesday, 24th December 2013.
At the same time, strong winds over 60 kmph and rough seas with wave height more than 5.5 metres is dangerous to all coastal and shipping activities including workers on oil platform.
b) Thunderstorm activities occurring over the waters off Sarawak, FT Labuan, Sabah (Interior, West Coast, Kudat & Sandakan) & Reef South are expected to continue until late night, Tuesday, 24th December 2013.
At the same time, strong winds up to 60 kmph and rough seas with wave height up to 4.5 metres is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
c) Thunderstorm activities occurring over the waters off Sulu are expected to continue until late night, Tuesday, 24th December 2013.
This condition may cause strong winds up to 50 kmph and rough seas with waves up to 3.5 metres and dangerous to small boats.
Updated on 24 December 2013, at 04:09PM
 
Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
(Bhg. Meteorologi Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Amaran JMM.RML07/701/03/Jld 95 (69)

Comments

  1. Kemaskini -

    III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

    Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan WP Labuan & Sarawak (Limbang, Miri, Bintulu, Mukah & Rejang) dijangka berterusan sehingga pagi, Rabu, 25 Disember 2013.

    Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu