Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Kesan Hentaman Asteroid di Kota Damansara


Uh! Terima call pukul 11 malam untuk ceritakan kisah sains fiksyen, itu memang tak syiok. Gila la, rasa macam nak sepuk je siapa yang cari kita setakat nak sampaikan benda-benda camtu tengah malam buta. Tapi, malam kelmarin sahabat teman ni terselamat la dari kena seligi dengan teman. Nasib baik dia jauh, dan apa yang dia ceritakan tu boleh dibuktikan. Nasib baik le ko ni Semaun!

Kita sedia maklum le kisah-kisah macam asteroid jatuh ke bumi, kapal angkasa terhempas dan makhluk asing datang ke bumi ajak main teng-teng, itu biasa sangat dah kita dengor dalam filem-filem Hollywood kan? Tapi kali ni lain sikit. Apa yang sahabat teman sampaikan malam tu datangkan rasa meremang juga la bulu roma dan bulu idong teman ni.

Ikutkan cerita si Semaun, malam tu dia bawak awek pegi Uptown D'Kota. Nak makan sotong kangkung katanya. Tak sedor diri tu kuat resdong, nak juga makan sotong. Hmmm. Lantak ko la Semaun...!

Yang menariknya, bila sampai je ke tempat tu, dia terus talipon teman, bukannya dia pegi menyekik sotong kangkung pun. Katanya nak balik dah sebab badan rasa dedor macam nak demam. Teman tanya le kenapa, lalu dia pun bercerita -

"Tadi aku lalu kat jalan yang gelap sikit tu, sebab aku malas nak tempuh jem ikut jalan depan tu. Lagipun kat situ jenuh nak kena tukor-tukor lorong. Ada banyak mesin ngan lori besor-besor keluor masuk kat tempat pacak tiang MRT tu. Tapi..."

Si Semaun menyambung, "... aku jumpa banyak kawah kat jalan tu. Aku berenti le kejap nak tengok apa benda yang buat keta aku terhincut-hincut sampai awek aku tengah pakai lipstik tercocok masuk dalam lobang idong dia. Habih comot, tak lawo dah awek aku jadi macam badut sarkis."

Teman mendengor juga dengan setia si Semaun membebel-bebel tak sudah.

"Ko tau, aku tengok kat atas jalan tu ada banyak kawah-kawah besor. Sama macam Chicxulub crater kat Mexico tu. Aku saspek ini kesan hentaman bila asteroid jatuh ke bumi. Buleh ko datang tengok tak?"

Aduyai, mana maunya yeop! Udah dekat tengah malam ajak teman pegi ambik gambor kawah asteroid. Kalo kawah gulai kari kamben ke takpe le juga. Buleh buat cicah makan ngan roti putih. Lalu, teman pun berjanji le dengan dia, nanti pagi Isnin (pagi ni le), teman nak pegi koje teman singgah kat tempat yang dia ceritakan tu. Semaun pun balik je, tapi dia beli tapaw gak sotong kangkung tu. Takut kempunan plak karang.

Dan, macam biasa le. Nak jaga hati kawan, teman pun cari le tempat tu pagi ni. Agak mengejutkan, kali ni kalut Semaun betui pulak. Tak dinafikan, memang ada banyak kawah kat situ. Agak mengerikan sampai teman tak berani nak tunggu lama kat situ sebab takut nanti kena tegor ngan alien yang tumpang turun sekali ngan asteroid-asteroid tu.

Korang jangan nak kata teman temberang la. Ni teman ada ambik dua gambor buat bukti apa yang teman nampak pagi ni. Takut sangat nak tunggu lelama. Ikutkan maklumat si Semaun, ada banyak lagi, cuma teman rasa goyang gak la nak ngambik gambor sensorang kat situ.

Hmmm. Korang tengok le sendiri gambor-gambornya ye.




OK, cukup setakat ni aje la ye untuk kali ni. Teman pun takmo tengok lama benor gambor-gambor tu. Karang takut ngigau je, payah pulak nak tidor. Sekian le ye. Wassalam...


Comments

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu